Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Visual untuk Pengajaran dan Pembelajaran - Coggle Diagram
Visual untuk Pengajaran dan Pembelajaran
Pengenalan
Visual ialah sesuatu yang boleh diperhatikan sama ada imej statik (contoh, gambar, ilustrasi, simbol) atau bergerak (animasi, video).
Alat komunikasi konkrit berbanding komunikasi verbal.
Ciri-ciri visual yang baik
Mudah dan jelas dibaca / difahami.
Mesej dapat ditafsir.
Mendorong interaksi yang aktif.
Membantu memfokuskan perhatian.
Jika terlalu senang, pelajar tidak memberi perhatian pada visual.
Jika terlalu banyak, pelajar sukar mentafsir maklumat sebenar yang hendak disampaikan.
Peranan visual
Membantu memfokuskan perhatian murid kepada maksud terdapat dalam visual.
Dapat mengatasi keterbatasan pengalaman berbeza yang dimiliki oleh murid. Melalui visual murid akan mempunyai kefahaman yang sama.
Dapat menanam konsep dasar yang benar, konkrit dan realistik.
Membangkitkan keinginan dan minat baru murid terhadap sesuatu perkara yang dipelajari.
Meningkatkan perhatian dan kefahaman murid terhadap isi kandungan pelajaran yang dibincangkan.
Jenis-jenis visual
(Fotografik) Menyediakan ilustrasi melalui gambar, sejenis visual yang mewakili realiti dalam keadaan yang paling realistik, iaitu menyerupai sesuatu subjek atau situasi sebenar.
(Eelektronik) Menyediakan ilustrasi atau gambar dan imej bergerak dalam bentuk digital seperti video dan animasi.
(Visual grafik) Menyediakan ilustrasi secara artistik atau simbolik. Terdapat dua jenis visual grafik : analogik dan organisasi. Visual analogik menerangkan sesuatu konsep dengan menunjukkan sesuatu simbol yang dianggap dapat mewakili konsep tersebut.
(Visual organisasi) merangkumi carta, graf, peta dan sebagainya. Menyediakan ilustrasi melalui gambar, visual realiti, menyerupai sesuatu subjek, situasi sebenar.
Elemen reka bentuk
(Ruang) keluasan yang disediakan bagi sesuatu visual.
(Garisan) Menunjukkan gerakan, arahan dan perlakuan. Contohnya, garisan melintang menunjukkan kestabilan dan ketenangan.
(Permukaan) Jalinan tampak, jalinan sentuh.
(Rupa) bentuk geometri / organik, bentuk abstrak, bentuk gambaran.
(Bentuk 3 dimensi) 3D sebenar / konkrit, 3D tiruan dan ilusi.