Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN MASA KINI, NUR FATIHAH BT ABDUL MANAH (PDPP…
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN
MASA KINI
FLIPPED CLASSROOM
Merupakan suatu konsep pedagogi yang situasi pengajarannya di kelas dan tugasan/kerja rumah adalah disongsangkan.
Kaedah bilik darjah flipped merangsang penglibatan murid secara aktif dengan menjadikan suasana bilik darjah seperti sebuah bengkel di mana murid boleh bertanyakan isi pelajaran dan berinteraksi antara mereka dalam aktiviti secara hands-on.
BILIK DARJAH SONGSANG (DI RUMAH DAN DI SEKOLAH): Sebelum (Murid bersedia untuk mengambil bahagian dalam aktiviti kelas). Semasa (Murid berlatih untuk mengaplikasikan konsep utama). Selepas (Murid mengimbas semula pemahaman mereka dan meneruskan pembelajaran.)
BLENDED LEARNING
Berteraskan aktiviti digital dan atas talian yang membantu murid untuk belajar sebahagian daripada kandungan muridnya di samping menghadiri kelas seperti biasa.
Pembelajaran Adunan Berpusatkan Murid: (Pengajaran guru) Sesi interaktif bersemuka- (Pentaksiran berasaskan laman sesawang) Hasil maklum balas refleksi- (Pengajaran berbantukan komputer) e-pembelajaran Visual Digital- (Arahan Bercetak) Bahan pengajian tradisional.
Secara umumnya, teknik ini memanfaatkan dua paradigma, iaitu teknik pengajaran tradisional dan teknik pengajaran moden
PROBLEM-BASED LEARNING
Tujuan PBL adalah untuk membantu murid mempunyai keyakinan diri, berdikari, hala tuju diri serta mampu mencetuskan kemahiran penyelesaian masalah.
Merupakan teknik pembelajaran aktif yang membantu murid membina ilmu melalui cara kolaboratif, pembelajaran terarah kendiri dan mendorong kepada motivasi intrisik.
Pelaksanaan Problem-Based Learning boleh berlaku seperti urutan yang berikut: Pengenalan masalah— Mentafsir, mencerakin dan memahami masalah—Merancang kaedah penyelesaian masalah— Melaksana kaedah penyelesaian masalah—Menilai dan menyemak semula penyelesaian.
PROJECT-BASED LEARNING
Bercirikan penglibatan murid secara hands-on dan minds-on. Murid perlu diasuh supaya memahami bahawa tugasan yang diberikan adalah penting bagi mereka, tanggungjawab dalam proses pembelajaran ini perlu dilaksanakan dengan baik.
Terdapat empat langkah kaedah ini iaitu:
Guru memanfaatkan pengetahuan sedia ada murid. Cthnya, pertontonkan klip video 'Kempen Keselamatan Jalan Raya’
Perbincangan masalah dilakukan. Contohnya melalui sumbang saran.
Guru menegaskan bahawa tujuan aktiviti projek adalah untuk membawa kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya kempen keselamatan jalan raya.
Memupuk elemen penting, iaitu komunikasi dan kolaboratif dalam kalangan murid kerana kerjasama dalam kalangan mereka adalah salah satu matlamat hasil pembelajaran yang hendak dicapai guru.
Sesuatu projek yang baik boleh memberikan murid kesempatan untuk membangunkan kemahiran-kemahiran abad ke-21 seperti komunikasi, kerjasama, pemikiran kritis dan inovatif serta kebolehan memanfaatkan teknolo gi yang akan berguna .
INQUIRY-BASED EDUCATION
Pengajaran ini memberikan fokus kepada perolehan pengalaman oleh murid itu sendiri
Membantu murid memperoleh kemahiran pemikiran kritikal apabila mereka beriaya menemui jawapan dan kemudiannya dapat memindahkan kepada mata pelaiaran yang lain.
Terdapat lima langkah pengajaran berasaskan inkuiri:
Penentuan aspek yang dikaji
Mengkaji aspek melalui pengumpulan maklumat
Penyusunan dan pengkategorian maklumat
Penganalisisan maklumat untuk menjana idea baharu
Merumus dan membentang hasil dapatan.
IMPLIKASI PEDAGOGI MASA KINI
Pedagogi masa kini dalam pengajaran dan pembelajaran perlu seiring dengan kemajuan sosioekonomi, teknologi dan komunikasi, perolehan maklumat serta ilmu pengetahuan bukan lagi hanya di dalam bilik darjah tetapi juga melalui ruang siber.
Guru bertanggungjawab mencelikkan minda, membangunkan serta menyuburkan minat, memperkembang bakat, kebolehan dan keterampilan murid-murid.
Guru perlu membangunkan kompetensi diri untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mengikut perkembangan semasa
NUR FATIHAH BT ABDUL MANAH (PDPP SEJ MEN)