Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PBKK3043 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KELOMPOK, Menyediakan peta minda peranan…
PBKK3043 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KELOMPOK
Fasa permulaan /orientasi
Pada fasa ini, ahli kelompok mula berkenalan antara satu sama lain. Pada masa yang sama, tindakan serta tingkah laku mereka masih terkawal atau dengan kata lain belum menunjukkan perwatakan mereka yang sebenar.
Ahli kelompok masih berasa takut dan lebih banyak menunjukkan perlakuan positif berbanding negatif
Di sini kaunselor memainkan peranan yang penting bagi memastikan ahli terus aktif dan memastikan mereka selesa serta mengetahui faedah yang bakal diperoleh. Sekiranya kaunselor tidak memainkan peranannya, maka ahli kelompok berkemungkinan terus pasif dan kelompok tidak akan berkembang ke fasa seterusnya.
Fasa konflik dan konfrantasi
Akan timbul perasaan tidak puas hati dalam kalangan ahli kelompok. Perkara ini akan dinyatakan secara beterus terang.
Hubungan antara ahli akan menjadi kurang mesra akibat terdapatnya perselisihan faham antara satu sama lain.
Kaunselor perlu bertindak dengan bijak dalam mengawal situasi. Perkara ini penting bagi memastikan ahli kelompok dapat bersepadu Kembali bagi mencapai matlamat yang ditetapkan
Pada fasa ini juga, ahli akan lebih mengenali antara satu sama lain.
Fasa perkembangandan rasa bersepadu
Isu atau perasaan tidak puas hati antara ahli telah dapat diselesaikan
Pada fasa ini ahli mula menghormati serta mempercayai antara satu sama lain
Dengan ini mereka mula bersifat lebih terbuka dalam berkongsi perasaan, pengalaman, serta persoalan yang dihadapi
Di sinilah kejeleketan terbina di mana satiap ahli akan menunjukkan rasa kesepaduan antara satu sama lain.
Peranan kaunselor adalah memastikan ahli masih berada dalam landasan perbincangan yang sepatutnya. Hal ini kerana apabila ahli sudah mula selesa antara satu sama lain, kebarangkalian untuk mereka berbincang tentang perkara yang bukan merupakan matlamat sebenar sesi adalah tinggi.
Fasa hasil
Ahli mula berusaha untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan Bersama dan pada masa yang sama cuba untuk mencapai matlamat sendiri
Perbincangan menjadi lebih rancak, terbuka serta berfokus. Setiap ahli akan terbuka dalam memberi serta mengkritik pendapat
Peranan kaunselor adalah sebagai fasilitator sahaja. Hal ini kerana pada peringkat ini ahli berupaya memimpin dan mereka mengetahui matlamat yang ingin dicapai
Setiap penglibatan ahli adalah sangat bermakna.
Fasa penamatan
Pada fasa ini, ahli mula membincangkang altenatif yang diperlukan dalam mencapai matlamat yang ditetapkan
Peranan kaunselor atau pemimpin kelompok adalah memberi keterangan kepada ahli bahawa mereka berada pada fasa terakhir sesi iaitu penamatan. Tujuannya adalah menggalakkan ahli berasa kecewa, panik, marah serta membolehkan mereka berusaha lebih gigih untuk menemukan kata sepakat atau altenatif tentang isu yang dibincangkan
Penamatan hanya boleh berlaku sekiranya ahli telah benar-benar bersedia atau mencapai matlamat. Pada masa sama penamatan boleh dilakukan sekiranya sesi menjadi tidak terkendali
Tindakan susulan
Tindakan susulan hanya dilakukan sekiranya isu atau persoalan yang dibincangkan masih menemui jalan buntu
Ia hanya berlaku setelah sesi ditamatkan dan bukannya bahagian dalam sesi.
Tujuannya adalah sebagai tindak balas kepada altenatif yang telah dipersetujui. Pada masa yang sama, melihat perkembangan ahli atau klien dari semasa ke semasa.
Menyediakan peta minda peranan dan tugas pada setiap fasa mengikut kepentingannya.