Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Model pemprosesan maklumat , model behavioral, model sosial dan model…
Model pemprosesan maklumat , model behavioral, model sosial dan model personal dari segi model pengajaran berasakan fasa/ peringkat serta implikasi model pengajaran terhadap pdp.
-
Model behavioral
(Joyce, Calhoun dan Hopkins, 2002) Model pengajaran ini menumpukan kepada tingkah laku yang dapat diperhati dan tugasan yang jelas serta cara untuk memaklumkan kemajuan kepada murid, maka model pengajaran ini mempunyai asas penyelidikan yang luas .
Pengajaran
langsung direka bentuk untuk merangsang pembelajaran pengetahuan pelajar yang distrukturkan serta diajar secara langkah demi langkah, maka pengajaran jenis ini
berpusatkan guru dan mengandungi lima langkah, iaitu:
a. penentuan set
b.) penerangan/demonstrasi
c.) praktis/latihan terbimbing
d.)maklum balas
e.) amalan/praktis lanjutan
Model sosial
-Model sosial direka cipta untuk mengambil peluang demi membina komuniti pembelajaran.
-Model ini bertujuan untuk membantu pelajar menajamkan pemikiran melalui interaksi dan kerjasama dengan individu lain secara produktif dan cara-cara berfungsi sebagai seseorang ahli dalam kumpulan (teamwork).
- Model ini membantu untuk memperkembangkan perspektif individu dan kumpulan dalam memperjelas
dan mengembangkan idea-idea.
Ini bermakna model sosial mementingkan unsur interaksi sosial sambil pelajar-pelajar bekerjasama untuk menyempurnakan
suatu tugasan yang melibatkan aktiviti-aktiviti berikut:
a.) mengumpul maklumat
b.) mengkaji dan menganalisis maklumat
c.) menilai dan mentafsir
d.) membuat kesimpulan
Model personal
- Model pembelajaran personal bermula dari perspektif kendiri seseorang individu.
- Model ini menekankan kepada pembentukan kendiri seseorang individu dan mendorong pelajar untuk berdikari secara produktif serta mempunyai kesedaran diri dan bertanggungjawab terhadap matlamat sendiri.
model personal terdiri daripada pendekatan untuk membentuk dan menyepadukan aspek emosi serta intelek dalam melahirkan personaliti yang seimbang.
-
-