Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pendekatan strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk kelas…
Pendekatan strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk kelas bercantum
Konsep kelas bercantum
Konsep kelas bercantum ialah merujuk kepada kelas-kelas di sekolah rendah yang mengandungi murid-murid yang umurnya hampir sebaya; misalnya tahun satu dan dua, tahun tiga dan empat serta tahun lima dan enam.
Ciri-ciri Kelas Bercantum
Kelas ini wujud di sekolah rendah sahaja.
Murid-murid berbeza peringkat umur dan tahun persekolahan
Bilangan murid kurang daripada 10 orang dan dengan itu, tidak membolehkan satu kelas biasa dibuka.
Guru mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan kerana peruntukan guru mengikut bilangan kelas.
Strategi pengajaran dan pembelajaran berbeza daripada kelas biasa.
Pedagogi Kelas Bercantum
Dalam situasi pengajaran secara kelas, konsep kepelbagaian murid perlu diambil kira kerana setiap murid mempunyai daya tanggapan, imaginasi, minat dan konsentrasi yang berbeza-beza walaupun mereka dalam kumpulan umur yang sebaya.
Oleh itu murid-murid di bawah jagaannya lebih sesuai dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Prinsip-prinsip pecahan kepada kumpulan adalah seperti berikut :
a.) Kumpulan Sama kebolehan
Guru memerhati dan mencatat pencapaian murid-murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan kemudian secara berhati-hati membahagikan murid-murid pada kumpulan-kumpulan tertentu. Pembahagian murid-murid kepada kumpulan-kumpulan yang lemah. Cara pembahagian begini akan lebih cenderung membawa kepada bilangan murid-murid dalam kumpulan sederhana adalah lebih ramai daripada murid-murid dalam kumpulan cerdas dan lemah.
b.) Kumpulan Pelbagai kebolehan
Kalau murid-murid dibahagikan mengikut kumpulan ini, dalam tiap-tiap kumpulan itu nanti terdiri daripada murid-murid yang berkebolehan dalam pelbagai aktiviti, ada yang pandai membaca, ada yang pandai melukis, ada penulis dan ada juga yang aktif dalam kerja-kerja praktikal. Murid yang cerdas dapat membantu murid yang lambat. Biasanya kumpulan ini dibentuk untuk menjalankan satu-satu projek.
d.) Kumpulan Sosial
Kumpulan ini berbeza dengan Kumpulan Aktiviti dan Kumpulan Pelbagai Kebolehan kerana kumpulan ini dibentuk berdasarkan kepada penyesuaian kanak-kanak itu sendiri. Di sini kanak-kanak diberi peluang memilih kumpulan-kumpulannya sendiri. Jenis-jenis aktiviti yang dibuat biasanya termasuklah permainan, pelajaran muzik, drama atau pelajaran bercorak rekreasi dan kerehatan.
e.) Kumpulan Individu
Kaedah ini boleh digunakan setelah semua kumpulan murid telah melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Guru mengambil kesempatan untuk membimbing secara individu.
c.)Kumpulan Tahun persekolahan.
Guru mengajar satu tahun tertentu, manakala masa yang sama kumpulan tahun persekolahan lain melakukan kerja sendiri.
Sesuai bagi kemahiran yang berbeza. Setiap darjah ada kumpulan:
-Lambat
-Sederhana
-Cerdas
Rancangan Pengajaran Kelas Bercantum
Pengubahsuaian Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran.
Guru-guru yang terlibat dalam kelas bercantum perlu sedar sukatan pelajaran yang disediakan oleh PPK adalah untuk kegunaan kelas biasa. Sukatan Pelajaran tersebut perlu diubahsuai supaya selaras dengan kehendak murid-murid dalam kelas bercantum.
Guru yang mengajar kelas bercantum Tahun 4 dan 5 perlu meneliti isi kandungan sukatan pelajaran bagi kedua-dua tahun tersebut dan membuat penyesuaian bagi setiap mata pelajaran supaya dapat diajar serentak. (rujuk Rancangan Pengajaran Harian).
Mata pelajaran dan tajuk yang sama boleh diajar serentak mengikut prinsip-prinsip kelas bercantum. Guru perlu mengubahsuai jadual waktu supaya mata pelajaran berkenaan dapat diajar dengan serentak. Namun jika dua tajuk berlainan terpaksa diajar pada satu masa, kaedah pengajaran kumpulan perlu dititikberatkan.
Strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk kanak-kanak keperluan asas.
a.) Auditori atauvisual.
b.) Kaedah pemudahcaraan.
c.) Kaedah tunjukcara.
d.) Kaedah peneguhan positif.
Strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk kanak-kanak keperluan asas.
e.) Main sambil belajar.
f.) Kaedah simulasi.
g.) Strategi pengajaran mediatif.
h.) Gabung jalin pelajaran dengan muzik.
SUHAIRI KUBIN (EDUP2093)(2022042400076)