Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TOPIK 2 (Teori & Model Pembelajaran) - Coggle Diagram
TOPIK 2 (Teori & Model Pembelajaran)
1) Model Tyler
Prototaip utama pembangunan kurikulum dalam pendekatan saintifik.
Asas kurikulum Tyler
Menyatakan objektif
Memilih pengalaman pembelajaran
Mengatur pengalaman pembelajaran
Menilai kurikulum
2) Model Masteri
Pendekatan berpusatkan murid.
Bertujuan untuk memastikan murid mencapai hasil pembelajaran berkaitan topik awal sebelum topik seterusnya.
Penentuan hasil pembelajaran
Guru perlu merancang pelbagai kaedah dan bahan bantu mengajar.
Bertujuan mengenal pasti apa yang perlu dikuasai oleh murid dan memberi tumpuan dalam penguasaan hasil pembelajaran.
Pengajaran dan pembelajaran
Guru perlu mengambil kira kebolehan dan keupayaan murid.
Penilaian
Bertujuan untuk mengesan penguasaan atau pencapaian murid terhadap hasil pembelajaran.
Tindakan susulan
Dijalankan ke atas murid yang masih tidak dapat menguasai hasil pembelajaran melalui aktiviti pemulihan dan pengayaan.
Aktiviti pemulihan
Merupakan aktiviti yang di rancang untuk membantu murid yang belum menguasai hasil pembelajaran.
Pengajaran dan pembelajaran diubah suai dan dipelbagaikan mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid.
Aktiviti pengayaan
Dilaksanakan untuk murid yang telah menguasai hasil pembelajaran.
Di rancang untuk memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar dan menarik.
Aktiviti pengukuhan
Bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid dalam unit pembelajaran yang sama melalui aktiviti seperti memberi latihan yang lebih mencabar.
Aktiviti pengembangan
Aktiviti pengembangan ini lebih mencabar dan boleh dijalankan oleh murid secara terarah kendiri melalui aktiviti membuat projek, membuat tugasan dan membuat kajian.
Bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dalam unit pembelajaran yang sama.
3) Pengajaran Terus
Pendekatan berpusatkan guru.
Guru menyampaikan maklumat manakala murid hanya mendengar dan membuat latihan peneguhan.
menggunakan 4 strategi
Demostrasi
melihat demonstrasi model sambil membaca, mendengar dan memerhati.
Latih tubi
Guru memberi latihan dan memberikan sedikit masa untuk murid berfikir.
Gambar berstruktur
Murid dapat membaca, mendengar dan melihat melalui bahan bantu mengajar.
Kuliah masteri
Topik pembelajaran dibahagikan kepada unit kecil.
Asas kaedah
Pengulangan dan pengukuhan bahasa
Menghubungkaitkan bahasa dengan pemikiran
Pengalaman atau pengetahuan sedia ada
Perasaan ingin tahu
Kelebihan
Meningkatkan tahap pemikiran murid
meningkatkan minat murid
Pembelajaran di sampaikan mengikut tahap keupayaan dan kebolehan murid.
Kelemahan
Mengambil masa yang lama.
Tidak fleksibel (hanya boleh digunakan waktu mengajar sahaja)
4) Pembelajaran Koperatif
Kebaikan
Motivasi yang lebih tinggi untuk berjaya.
Perhubungan interpersonal bertambah baik.
Menggalakkan seseorang mengambil risiko,
mencuba cara baru serta meningkatkan kreativiti.
Ciri-ciri / Prinsip-prinsip
Saling pergantungan secara positif
Saling pergantungan wujud apabila murid menganggap ia memerlukan usaha orang lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan.
Akauntabiliti Individu
Murid bertanggungjawab ke atas pencapaiannya sendiri.
Interaksi kumpulan
Murid berinteraksi dengan berkongsi maklumat melalui perbincangan, penerangan, dan mengajar apa yang diketahui kepada orang lain.
Kemahiran sosial
merangkumi aspek kepimpinan, membuat keputusan, membina
kemahiran, berkomunikasi dan pengurusan konflik.
Pendekatan
Kurikulum
Konseptual
Berstruktur
Definisi
Pembelajaran secara berkumpulan atau kerjasama.
Setiap ahli dalam kumpulan memainkan peranan penting dengan berkongsi maklumat untuk menyelesaikan masalah.
Murid-murid perlu saling membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil.
3-5 orang ahli dalam kumpulan.
Contoh aktiviti
Treasure hunt
Ice breaking
5) Pembelajaan Berasaskan Masalah
Kelebihan
menggalakkan pemikiran kreatif dan kritis.
meningkatkan motivasi murid untuk belajar.
membina kemahiran berhujah murid.
Langkah-langkah
mengenalpasti masalah
mencari maklumat rumusan
membuat hipotesis
menguji hipotesis
menilai dan membuat rumusan
membentuk kumpulan
Prinsip
Pembelajaran berpusatkan murid. Murid hanya di beri panduan untuk menyelesaikan masalah.
Guru perlu kreatif untuk menghasilkan masalah yang bersesuaian dengan topik pembelajaran.
Guru sebagai fasilitator, pembimbing atau motivator.
Masalah berdasarkan situasi sebenar.
Kelemahan
pemantauan yang berterusan
tidak semua guru boleh menjadi penasihat yang baik.
mengambil masa yang lama.
Definisi
Pembelajaran yang menyuntik sifat ingin tahu dan membuat penilaian dalam diri murid
1) Aktiviti pembelajaran yang mengenalpasti masalah
2) Mencari punca-punca masalah itu berlaku
3) Mengetengahkan maklumat yang diperoleh
4) Membentangkan punca-punca utama masalah melalui peta minda, powerpoint dan sebagainya.
6) Pembelajaran Berasaskan Kes
Ciri-ciri
Tertumpu pada kes atau masalah
Dapatan kajian dibentangkan dalam perbincangan kelas
Objektif pembelajaran difokuskan dalam kes yang diberikan
Pelaksanaan kes tidak di rancang
Ada usaha untuk memperbaiki keadaan
Pelaksanaan
Guru memberikan bimbingan dan pemantauan dalam proses menyelesaikan kes
mencari dan mencadangkan cara penyelesaian kes
huraian ringkas mengenai peranan murid dalam menyelesaikan kes
membuat pembentangan dan refleksi berkaitan dengan kes
menyediakan satu kajian kes berkaitan dengan pengajaran
Unsur-unsur
ii) Perasaan
perasaan pihak yang terlibat dalam situasi
iii) Hubungan
Hubungan manusia merupakan asas penting dalam situasi
i) Fakta
mengenalpasti fakta asas latarbelakang kes atau situasi
Kelebihan
mewujudkan komunikasi yang positif dan perhubungan kolaborasi
menggalakkan murid untuk bersedia dalam menanggung risiko dalam berkongsi idea dan pandangan
memberi peluang kepada murid untuk menjana idea
Definisi
Murid diberikan tugasan yang merupakan satu masalah atau situasi yang mungkin akan dihadapi.
7) Pembelajaran Berasaskan Projek
Ciri-ciri
Memerlukan kolaboratif dan bimbingan daripada guru
memfokuskan kepada proses murid menghasilkan produk atau hasil akhir
Berorientasikan murid
Murid akan menentukan hasil akhir/ produk mereka sendiri
Proses
Tugasan
Analisis masalah
Meneroka masalah
Membuat perkaitan
Membuat refleksi
Definisi
Kaedah pembelajaran yang membolehkan murid mengkaji sesuatu topik yang diberi untuk menghasilkan produk pada akhir pembelajaran
Peranan guru
Merancang aktiviti
Mengawal
Membimbing murid
Menilai
Kesan
menarik minat murid
menjana idea yang kritis dan kreatif
meningkatkan motivasi murid
Contoh aktiviti
Eksperimen sains
Menanam pokok atau tumbuhan
Menghasilkan kraf menggunakan bahan kitar semula
8) Pembelajaran Masteri
Tujuan
Mendedahkan potensi diri murid dan memastikan semua murid mencapai objektif pembelajaran dalam masa yang ditentukan.
Strategi
Group
Bahagikan kepada kumpulan masteri.
Enrich & correct
beri penggayaan pengajaran kepada kumpulan masteri dan
pemulihan kepada kumpulan tidak masteri.
Pre-test
Memberi kuiz formatif.
Monitor
Memantau pergerakan pembelajaran pelajar.
Inform
Mengajar pelajaran bergantung kepada arahan keseluruhan.
Post-test
Memberi kuiz sumatif kepada kumpulan yang tidak masteri.
Clarify
Menjelaskan kepada pelajar apa yang mereka jangkakan untuk belajar.
Assess performance
Menilai prestasi melalui ujian/latihan yang dijalankan secara
berterusan.
Re-teach
Mengajar semula.
Definisi
Suatu model atau sistem untuk merancang dan melaksanakan pengajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya.