Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN DALAM PENGAJARAN AL-QURAN - Coggle Diagram
KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN DALAM PENGAJARAN AL-QURAN
Definisi
Teknik mempelbagaikan kaedah penyampaian guru bertujuan menarik perhatian dan minat murid. Meliputi kemahiran mengubah tingkah laku guru, mempelbagaikan aktiviti, menukar corak interaksi dan mempelbagaikan kaedah pengajaran
Prinsip Penggunaan Variasi Rangsangan
Perubahan kaedah dan teknik penyampaian dikaitkan dengan tujuan dan isi pelajaran
Perubahan aktiviti dikaitkan dengan langkah penyampaian
Penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai
Setiap langkah pengajaran mengandungi aktiviti yang berbeza
Hendaklah mengubah rangsangan berdasarkan maklumbalas murid
Objektif Variasi Rangsangan
Memusatkan perhatian murid dan mengekalkan minat
Melibatkan secara aktif dalam aktiviti pembelajaran
Mempelbagaikan saluran deria murid
Memotivasikan murid
Memberi peluang murid menikmati kepelbagaian aktiviti
Mewujudkan suasana pembelajaran yang positif
Komponen Variasi Rangsangan
Perubahan Pergerakan langkah guru
Kiri – kanan, depan – belakang
Perubahan Pergerakan anggota guru
tangan - kepala, tangan -hentian
Perubahan Deria Murid daripada mendengar kepada menonton dan daripada melihat kepada merasa.
Perubahan Nada Suara daripada mendatar kepada lantang dan lantang kepada perlahan
Perubahan bentuk lisan murid iaitu daripada menyoal kepada menjawab, daripada menulis kepada membaca dan daripada bercerita kepada berbincang
Perubahan Bentuk Fizikal Murid iaitu daripada menulis kepada melukis dan daripada duduk kepada berdiri