Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
IMPLIKASI MODEL-MODEL PENGAJARAN - Coggle Diagram
IMPLIKASI MODEL-MODEL
PENGAJARAN
MODEL PERSONAL
Persekitaran pembelajaran perlu diwujudkan supaya individu membentuk kesedaran diri dan identiti sejak awal lagi.
Model personal membantu setiap pelajar bertanggungjawab terhadap perkembangan dan berjaya mencapai penghargaan diri serta keharmonian kendiri.
Guru perlu membentuk serta menggabungkan aspek intelek dengan emosi demi melahirkan suatu personaliti seimbang.
Guru perlu menyediakan iklim sosial yang mengizinkan pelajar meluahkan perasaan dan bebas untuk mengekspresi perasaan mereka.
MODEL SOSIAL
Guru hendaklah menunjukkan tingkah laku yang positif kepada murid-murid.
Guru perlu menyediakan persekitaran sosial yang kondusif dan selesa agar modelling bole berlaku.
Memberi peluang kepada murid untuk memerhati dan mencontohi pelbagai tingkah laku yang diingini.
Murid-murid juga dapat belajar dengan lebih mendalam lagi melalui kerja kumpulan yang bersifat koperatif.
MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT
Guru perlu menekankan sistem pembelajaran harus bermula daripada yang mudah kepada rumit.
Guru harus menambat konsep-konsep baharu ke dalam struktur kognitif sedia ada.
Proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dilakukan secara berulang-ulang.
Guru harus menggunakan kaedah ekspositori untuk menyampaikan konsep-konsep dalam sesuatu topik pelajaran.
Guru digalakkan untuk menyusun isi pelajaran secara berperingkat.
Guru memberikan prinsip-prinsip am sebelum memberikan contoh-contoh spesifik.
Pelajar juga dilibatkan dalam proses pembelajaran seperti mengumpulkan maklumat, sintesis, analisis dan menyimpul pelajaran.
MODEL BEHAVIORAL
Guru harus mengutamakan ganjaran, insentif da peneguhan sosial bagi memotivasikan pelajar agar mengulangi tingkah laku yang diingini.
Meningkatkan pengajaran sedia ada guru terhadap pengajaran yang hendak diajar kepada pelajar.
Memberi pengukuhan dan pelaziman kepada pelajar.
Mengaitkan rangsangan dan gerak balas dalam pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar.
Memberi motivasi kepada pelajar.
Pemulihan spontan kepada pelajar yang kurang aktif atau pasif di dalam kelas.