Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Refleksi Saga - Coggle Diagram
Refleksi Saga
Watak yang memberi
kesan kepada saya :silhouette:
Hisyam
Seorang yang mempunyai pendirian yang teguh apabila ada orang mencabar pendiriannya. Selain itu, dia turut memberi kesan kepada saya dengan cara membuktikan semangat setia kawan yang sangat tinggi sehingga sanggup mengikuti Rahmat. Tetapi juga menunjukkan bahawa ada orang yang mampu menyalahgunakan kepercayaan yang telah kita beri kepada mereka. Contohnya, Hisyam dan Masitah pada suatu malam itu. Astarghfirullah
Rahmat
Memaparkan semangat yang tinggi untuk membawa perubahan kepada kampungnya. Menunjukkan bahawa golongan muda yang berpendidikan mampu membawa perubahan kepada tempat asal sekiranya mempunyai semangat yang cukup
Seman
Menunjukkan bahawa kita mampu mendapat perempuan idaman kita jika kita mempunyai kesabaran setinggi gunung dan mampu menunggu pada masa yang tepat untuk kita masuk meminang
Perkara Menarik
dalam Novel :!?:
Teknik yang digunakan pengarang boleh dianggap menarik bagi tahun penulisannya. Ada unsur-unsur barat dan moden. Contohnya, penggunaan lirik-lirik lagu dan juga surat
Selain itu, ia juga menarik kerana mempunyai tiga watak utama, di mana penceritaan menggunakan Sudut Pandangan Orang pertama bagi ketiga-tiga watak dan bukannya seorang watak sahaja.
Jumlah kejutan, konflik dan 'putar belit plot' yang terdapat dalam novel ini juga membuatkan pembaca tidak jemu membaca novel ini. Misalnya, penceraian Rahmat dan Munirah pada akhir novel.
Penilaian Tema Utama :star:
Tema Utama:
Cabaran Golongan Muda Berpendidikan
dalam memajukan sebuah Kampung Terpencil
Cabaran 2
: Hasad Dengki & Iri Hati
Jalil & Pak Usu Rauf yang iri hati dengan perubahan yang dibawa oleh Rahmat, maka mereka berusaha untuk menjatuhkan segala usahanya kerana mereka yang kononnya ingin membawa perubahan tersebut. Hal ini telah menyebabkan pembangunan di kampung tersebut menjadi amat perlahan
Cabaran 1
: Pegangan Kuat Orang Tua
Orang Tua di dalam novel ini terlampau berpegang pada pegangan" lama mereka sehingga tidak mahu menerima perubahan yang dibawa oleh tiga sekawan itu. Hal ini menyebabkan beberapa pembangunan di kampung itu terpaksa dihentikan seketika kerana Rahmat perlu mendapat kepercayaan orang kampung terlebih dahulu.
Penilaian terhadap
novel secara keseluruhan :fountain_pen:
Novel ini berjaya memaparkan Tema Utamanya dengan baik. Selain itu, novel ini juga berjaya membawa persoalan sampingannya.
Pengarang juga bijak menggunakan Sudut Pandangan pertama yang berkembang secara selari sepanjang novel. Bahasa yang digunakan di dalam novel ini pula sederhana susah, maka boleh difahami oleh segenap usia.