Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Refleksi Novel SAGA (Engku) - Coggle Diagram
Refleksi Novel SAGA (Engku)
Penilaian tema utama: Dendam dan iri hati
Usaha pembangunan dan perubahan yang dibawa oleh Rahmat seolah sia-sia kerana perasaan dendam oleh Jalil dan Pak Usu Rauf terhadapnya. Akhirnya, mencetuskan pelbagai konflik terhadap watak Rahmat dan secara tidak langsung kepada rakan-rakannya juga iaiu Munirah dan Hisyam.
Mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang adalah konflik akan sentiasa wujud selagi perasaan dendam dan iri hati tidak dibendung. Manusia yang dikuasai ego sanggup melakukan apa sahaja untuk memuaskan hatinya sendiri tanpa berfikir akan kesannya terhadap orang lain. Hal ini kerana ironinya masyarakat Melayu yang tak lekang dek aktiviti dan budaya kemasyarakatan namun tidak boleh melihat bangsanya sendiri berjaya.
Sikap dendam dan iri hati akan menyebabkan kehancuran dan kebinasaan.
Kesimpulannya, untuk mengecapi perubahan dan kejayaan yang dialami pada zaman kegemilangan Melayu dan Kerajaan Melaka, Si Kitol haruslah dikorbankan.
Penilaian terhadap novel secara keseluruhan:
Selain itu, pengarang juga jelas membawa kritikannya terhadap latar masyarakat dan latar masa dalam penulisannya. Contohnya, masyarakat kampung beragama Islam melakukan perjudian di Kedai Seman dan Munirah yang tidak menutup aurat sekaligus menggambarkan penghayatan masyarakat terhadap agama Islam yang masih kurang pada tahun 1970-an. Di samping itu, Munirah juga menggambarkan sifat liberal ataupun terbuka masyarakat bandar. Dia juga masih berdua-duaan dengan Hisyam walaupun telah berkahwin dengan Rahmat.
Seterusnya, pengarang juga menjelaskan sikap masyarakat kampung yang mundur kerana hanya menerima sahaja perubahan yang dibawa oleh tiga watak tersebut namun tidak dimanfaatkan sepenuhnya seolah-olah bayi yang menunggu untuk disuapkan. Mereka telah diberikan perubahan dan kemudahan namun disiakan begitu sahaja.
Pengarang telah menggunakan watak Rahmat, Munirah dan Hisyam bagi menyalurkan idea selaras dengan tema utama yang dibincangkan dalam novel ini. Contohnya, persoalan konflik dalam persahabatan yang dialami antara ketiga-ketiga watak ini kerana Hisyam yang masih menyimpan perasaan cinta terhadap Munirah namun akhirnya terbongkar sewaktu pengakuan yang dibuatnya di Kedai Seman dan menyebabkan persahabatannya dengan Rahmat semakin goyak
Konklusinya, novel ini telah memberi banyak pengajaran terhadap pembaca dari segi persahabatan, percintaan dan pengorbanan yang dilakukan untuk mencapai satu perubahan sebagaimana juga di dalam kehidupan. Perubahan memanglah perit dan pahit namun akhirnya akan mendapat kemanisan bak kata pepatah "berakit ke hulu, berenang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.". Simboliknya ragi seperti nama Kampung Batu Ragi adalah sebagai satu yang bertindak untuk mencetuskan sesuatu (perubahan) lalu disokong untuk mencapai satu hasil akhir. Oleh itu, usaha baik yang dicetuskan haruslah diteruskan supaya kejayaan dapat diperoleh
Perkara menarik dalam novel: Rahmat ke Jeram Panjang
Rahmat juga merupakan seorang yang berani kerana sanggup mengayuh perahu berseorangan walaupun mengahadapi arus yang kuat. Apatah lagi meredah kawasan Jeram Panjang yang sudahpun dikawal ketat oleh pengawal untuk berjumpa dengan Tuk Batin Uda. Selain itu, peristiwa ini juga menunjukkan bahawa Rahmat juga mempunyai kemahiran bertempur dan fizikal yang kuat kerana mampu bertahan walaupun diseksa oleh Rauf dan konco-konconya.
Bab ini juga akhirnya mendedahkan aktiviti haram dan hubungan Pak Usu Rauf dengan komunis serta dendam kesumatnya terhadap Rahmat yang cita-citanya untuk membangunkan kampung tersebut. Seterusnya, Jalil juga sudah terbongkar bersubahat dengan Rauf dalam penentangan terhadap ahli keluarga dan darah dagingnya sendiri iaitu Rahmat. Walau bagaimanapun, Jalil masih naif dan mudah dipergunakan kerana tidak mempunyai jati diri yang kukuh; dia tetap bersimpati dengan keadaan Rahmat yang dipukul dan diseksa oleh orang-orang Rauf.
Menggambarkan sifat egoistik dan narsisistik Rahmat dalam usahanya menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Hanya dia sahaja yang pergi ke Jeram Panjang bagi menyiasat gerangan yang membakar pondok tempat rehatnya sewaktu lawatannya sebelum ini.
Watak yang memberikan kesan: Hisham
Di samping itu, Hisham juga sanggup mengorbankan cinta hatinya, Munirah kepada Rahmat atas dasar persahabatan. Hisham tidak pernah menyimpan perasaan dendam terhadap Rahmat kerana Munirah.
Seterusnya, Hisham juga merupakan seorang 'playboy'. Walau bagaimanapun, dia mempunyai pegangan agama yang kuat dan tidak membiarkan nafsu menguasai dirinya. Dia juga menghormati kaum wanita dan tidak bertindak sebagai penguntit walaupun mempunyai perasaan cinta terhadap ramai wanita.
Mempunyai semangat setia kawan yang tinggi. Hal ini kerana dia sanggup mengorbankan kerja dan jawatan yang dia miliki untuk menolong rakan karibnya, Rahmat dalam usaha membangunkan Kampung Batu Ragi. Selain itu, dia juga telah menyumbangkkan modal wang ringgit dalam menjayakan projek pembangunan Rahmat.
Hisham juga faham situasinya sebagai orang luar dan tidak bertindak melulu apabila berurusan dan masuk campur dalam hal ehwal kampung tersebut namun akan menentang apabila dia merasakan dirinya tercabul.