Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Tanggungjawab Harian Guru Bertugas - Coggle Diagram
Tanggungjawab Harian Guru Bertugas
Guru bertugas harian hendaklah sampai ke sekolah sebelum 7:10 pagi dan menjalankan tugas pada masa yang ditetapkan. Waktu pulang adalah sekurang-kurangnya 30 minit selepas waktu persekolahan. Guru bertugas harian hendaklah melaksanakan tugas mengikut skop dan bidang tugas masing-masing
PERHIMPUNAN
Menyelaraskan persediaan program perhimpunan dengan guru disiplin/pengawas (upacara menaikkan bendera dan pembacaan ikrar) HARI ISNIN.
Mengacarakan majlis perhimpunan mengikut prosedur perhimpunan.
Membuat pengumuman khas
Mengacarakan majlis penyampaian hadiah
Pastikan semua laporan disemak oleh guru penolong kanan atau Guru Besar sebelum disimpan di dalam Fail Laporan Perhimpunan
Menyiapkan laporan perhimpunan dan laporan harian serta disimpan di dalam Fail Laporan Perhimpunan.
Memastikan Fail Laporan Perhimpunan disimpan di pejabat.
PROGRAM KHAS & LAPORAN HARIAN
Mengacarakan program khas. (Maklumkan kepada Ketua Unit Guru Bertugas/Ketua JK HEM sekiranya tidak dapat menjalankan tugas).
Memastikan buku pelawat ditandatangani oleh penceramah/pelawat yang mengendalikan/menghadiri program khas.
Melaporkan tentang program-program khas dan kes-kes disiplin yang berlaku di sekolah dan disimpan di dalam Fail Laporan Harian Guru Bertugas.
Memastikan Fail Laporan Harian Guru Bertugas disimpan di pejabat setelah diisi setiap hari.
Menyediakan sistem PA untuk perhimpunan hari Isnin dan majlis atau program khas.
Memastikan alat-alat sistem PA diselenggara dan disimpan dengan baik selepas digunakan.
Menyediakan softcopy (CD/pendrive/computer/radio) untuk memainkan lagu-lagu patriotik pada waktu perhimpunan
MENYAMBUT MURID HADIR SEKOLAH
Pastikan guru bertugas sihat dan bersedia untuk menjalankan tugas.
Pastikan murid sihat dan tidak bergejala sebelum menerima murid untuk hadir ke sekolah.
Jika murid bergejala, murid tidak dibenarkan hadir ke sekolah dan minta supaya ibu bapa/penjaga membawa anak mereka pulang ke rumah.
Pastikan ibu bapa/penjaga menghantar anak di tempat yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah mengikut SOP yang diberikan.