Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Peraturan Dan Disiplin Guru SK Pendidikan Khas Selangor : - Coggle Diagram
Peraturan Dan Disiplin Guru SK Pendidikan Khas Selangor :
Masa Ketibaan dan Ketepatan Masa
Semua guru mestilah sampai ke sekolah selewat-lewatnya pada pukul 7:15 pagi setiap hari persekolahan. Guru-guru mestilah menepati masa ketika melaksanakan tugas (kurikulum/kokurikulum).
Perhimpunan Umum/Rasmi
Perhimpunan Umum diadakan pada tiap-tiap hari ISNIN jam 7:30 pagi. Semua guru dikehendaki berada di tempat perhimpunan tepat pada waktunya. Guru bertugas mestilah membuat persediaan lebih awal. Guru-guru diminta mengikuti aturcara perhimpunan bersama-sama dengan murid-murid.
Kedatangan Guru Di Sekolah
Semua guru diwajibkan ‘Punch-in/thumb print’ apabila sampai ke sekolah dan ‘Punch out/thumb print’ sebelum meninggalkan sekolah. Jika tidak ‘Punch-In/thumb print’, maka guru berkenaan adalah dianggap tidak hadir atau datang lewat. Guru-guru yang datang lewat tanpa sebab munasabah haruslah menjelaskan kepada Guru Besar.
Guru - guru bertugas semasa Kokurikulum diwajibkan mencatat kedatangannya di dalam Buku Kedatangan (Kokurikulum) di pejabat.
Fail dan Dokumen Murid
Segala fail dan dokumen murid mesti disimpan di atas rak atau almari di dalam bilik PK Hal Ehwal Murid seperti yang diarahkan oleh pihak pentadbir untuk memudahkan pencarian fail. Guru-guru kelas adalah bertanggungjawab untuk memastikan kandungan fail setiap murid adalah lengkap
Meninggalkan Kawasan Sekolah
Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam waktu persekolahan kecuali dengan kebenaran Guru Besar dengan mengisi Borang Kebenaran Meninggalkan Sekolah Urusan Rasmi/Peribadi
Sebolehnya hendaklah elakkan meminta kebenaran keluar untuk tujuan-tujuan peribadi.
Mengemaskini Kehadiran Murid
Guru Kelas (masing-masing) dikehendaki mengemaskini kehadiran murid dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) setiap hari.
Guru Kelas (masing-masing) perlu memastikan ibu bapa/penjaga sentiasa mengemaskini semua butir-butir murid berkenaan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dari segi maklumat diri, bantuan murid dan sebagainya.
Pelawat
Pelawat-pelawat (ibu bapa, sahabat, wakil penjual dan lain-lain) tidak dibenarkan berjumpa guru-guru tanpa kebenaran Guru Besar.
Buku Ringkasan Mengajar
Buku ringkasan mengajar hendaklah dilengkapkan dan dihantar ke pejabat sekolah/bilik Guru Besar setiap hari Jumaat.
Buku ringkasan mengajar hendaklah ditulis dengan lengkap dan betul sebagaimana yang telah diwarankan.
Disiplin Sekolah
Setiap guru harus memastikan bahawa peraturan-peraturan sekolah dipatuhi oleh murid-murid sepenuhnya. Setiap guru adalah guru disiplin dan menjalankan tugasnya.
Buku Laporan Kegiatan Kokurikulum (Permainan/Sukan/Permainan/Kelab/Kelab Beruniform)
Buku Laporan Kegiatan Kokurikulum mesti dilengkapkan dan disimpan di bilik PK Kokurikulum selepas aktiviti dijalankan.
Pakaian
Semua guru hendaklah berpakaian kemas, dan lengkap dengan tanda nama semasa berada di sekolah.
Guru Perempuan: Memakai pakaian yang sesuai waktu bertugas.
Guru Lelaki: Jangan pakai sport-shirt dan jeans/berambut panjang melebihi kerongkong leher baju dan telinga.
Guru lelaki hendaklah memakai tali leher semasa perhimpunan hari Isnin
Guru diwajibkan berpakaian sukan semasa pengajaran Pendidikan Jasmani.
Hukuman Berat
Guru TIDAK dibenarkan mengenakan sebarang hukuman berat (seperti rotan/slapping) terhadap murid-murid. Hukuman biasa yang memalukan murid adalah tidak dibenarkan.
Pengurusan Kelas
Mengajar dan mengawasi murid-murid adalah tugas utama guru-guru. Meninggalkan sesuatu kelas tanpa kawalan/penyeliaan guru adalah kesalahan yang serius. Jika perlu meninggalkan kelas, guru berkenaan dikehendaki memberitahu Guru Besar.
Guru-guru dilarang berbual-bual dengan guru lain atau pelawat/pekerja sekolah semasa waktu mengajar.18
Penggunaan telefon bimbit dan pelayaran Internet dengan komputer untuk urusan peribadi di dalam bilik darjah atau sewaktu masa bertugas adalah dilarang.
Penyemakan buku hendaklah dilakukan pada waktu tidak mengajar dan bukan di dalam kelas, kecuali penyemakan projek-projek kumpulan.
Guru-guru yang tidak mempunyai waktu mengajar diminta memberi kerjasama untuk mengawasi kelas-kelas yang tiada guru, sementara menunggu penyediaan jadual guru ganti.
Guru adalah bertanggungjawab untuk memastikan disiplin kelas terkawal dan proses P&P berjalan lancar.
Guru hanya boleh membenarkan murid-murid keluar dari kelas untuk sebab-sebab yang munasabah sahaja. Murid-murid dikehendaki memakai pas keluar dan mencatat di dalam Buku Kawalan Kelas sebelum keluar dari kelas.
Guru-guru bertanggungjawab untuk memastikan semua pintu dan tingkap ditutup, meja-kerusi tersusun, dan bekalan elektrik dipadamkan pada akhir waktu persekolahan.
Guru mestilah memastikan murid-murid beratur dengan senyap sebelum masuk ke kelas untuk mata pelajaran pertama, waktu selepas rehat dan sebelum masuk ke bilik-bilik khas. Guru juga mesti memastikan murid beratur sebelum beredar dari bilik darjah pada waktu pulang.
Guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani, Agama Islam, Sains dan Kemahiran Hidup dan guru-guru yang menjalankan aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah hendaklah mengambil murid-murid dari kelas dengan teratur.
Kutipan Wang
Guru-guru tidak dibenarkan mengutip sebarang wang/yuran daripada murid-murid kecuali dengan kebenaran Guru Besar. Sekiranya ada kutipan wang, rekodnya atau rekod akaun mesti disimpan dengan teliti.
Keceriaan Kelas/Bilik Khas
Guru-guru kelas bertanggungjawab untuk menceriakan kelas masing-masing. Bilikbilik khas di bawah jagaan guru-guru mata pelajaran yang ditetapkan oleh Guru Besar hendaklah diurus dengan baik.
Guru-guru kelas wajib memaparkan jadual waktu pembelajaran, pelan kecemasan, jadual bertugas harian, visi dan misi sekolah, peraturan-peraturan bilik darjah dan carta-carta serta alatan yang sesuai di dalam bilik darjah masing-masing.
Guru-guru kelas hendaklah mewujudkan sudut-sudut mata pelajaran di dalam kelas masing-masing
Perkakas Bilik Darjah
Guru kelas harus menjaga alat-alat dalam kelas dan tidak disalahgunakan. Meja atau kerusi yang telah rosak/pecah mesti dilaporkan kepada Penolong Jurutera/Pegawai Aset secepat mungkin menggunakan borang yang disediakan.
Pesanan barang-barang atau alat-alat untuk sekolah/Panitia/Sukan
Jika ada pesanan sila hubungi Guru Besar untuk mendapatkan kelulusan terlebih dahulu.
Segala peralatan sukan yang telah digunakan hendaklah disimpan semula ke tempat asal dengan kemas.
Alat Bantu Mengajar
Alat bantu mengajar hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya. Guru-guru adalah bertanggungjawab atau kehilangan atau kerosakan alat tersebut disebabkan oleh kecuaian.
Kemalangan/Kecemasan/Guru Bertugas
Guru berhampiran mestilah memberi pertolongan sekiranya berlaku sebarang kemalangan/kecemasan/kecedaraan murid dan lain-lain. Sila beritahu pihak sekolah secepat mungkin.
Murid - murid yang balik awal
Guru kelas hanya boleh membenarkan murid-murid balik awal setelah ibu bapa/penjaga mereka mendapat kelulusan daripada pihak pentadbir. Ibu bapa perlu mencatatkan maklumat di dalam Borang Kebenaran Keluar Murid di pejabat sebelum berjumpa dengan guru.
Ketidakhadiran
Menelefon/memberitahu Guru Besar sebelum 7:30 pagi.
Serahkan surat sakit/klinik kepada Guru Besar sekembalinya ke sekolah.
Isi dalam Hrmis jika guru ingin mengambil Cuti Rehat Khas seminggu awal dan maklumkan kepada Guru Besar.
Lawatan Sambil Belajar
Guru mestilah mengikut prosedur untuk menjalankan aktiviti lawatan sambil belajar. Kelulusan daripada Guru Besar dan kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga mesti diterima sebelum membenarkan murid menyertai aktiviti tersebut.
Arahan Guru Besar/Pihak Pentadbir
Guru-guru diwajibkan menghadiri segala kegiatan sekolah apabila diarahkan oleh Guru Besar atau pihak pentadbir
Arahan-arahan pelaksanaan tugas hendaklah disempurnakan dalam tempoh masa yang diberi.
Surat Pekeliling
Surat-surat pekeliling yang diedarkan kepada guru-guru dari semasa ke semasa hendaklah dibaca dengan teliti. Sila ambil tindakan dengan segera. Surat pekeliling yang perlu difail hendaklah dengan menggunakan ‘Pocket Fail’.
Perintah Am (Bab D)
Semua kakitangan kerajaan termasuk guru-guru adalah tertakluk kepada Perintah Am Persekutuan Malaysia. Di bawah Bab D perhatian khas perlu dititik-beratkan untuk butir-butir berikut:
Tidak hadir tanpa kebenaran
Kerja dan kelakuan yang tidak memuaskan
Sikap Guru
Guru hendaklah menunjukkan sifat-sifat kepimpinan yang unggul supaya dapat menjadi teladan kepada murid-murid.
Guru hendaklah bekerjasama antara satu sama lain dalam apa jua bidang tanpa mengira bangsa, agama atau status.
Guru hendaklah menjalin hubungan yang baik dengan ibu bapa dan masyarakat setempat.
Guru hendaklah menjaga rahsia sekolah supaya tidak dibocorkan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.
'Free Period'
Semua guru hendaklah menggunakan masa lapang, ‘free period’ dengan berfaedah, iaitu dengan membuat persediaan proses pengajaran dan pembelajaran, mengadakan perbincangan peningkatan keilmuan perguruan ataupun menurut arahan pentadbiran seperti yang diperlukan.
PBPPP atau LNPT
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) atau Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi setiap orang guru disediakan oleh Guru Besar dan dihantar ke Bahagian Pendidikan Khas. Laporan ini didasarkan kepada prestasi guru berkenaan dalam bidang tugas sekolahnya