Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
perubahan kependudukan dan sebab-sebab kemajmukan masyarakat di Tanah…
perubahan kependudukan dan sebab-sebab kemajmukan masyarakat di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
Perubahan kependudukan
Jumlah penduduk
Penghijrahan penduduk ke TM telah menyebabkan berlakunya perubahan kependudukan dari segi jumlah penduduk. Orang Indonesia yang berhijrah ke TM seperti masyarakat Jawa, Minangkabau, Bugis, Banjar dan sebagainya telah menambahkan bilangan orang Melayu di TM.
Tahun 1870, jumlah orang Melayu hanya 500 000 sahaja. Tetapi menjelang tahun 1921, jumlah ini telah meningkat sehingga 3 juta orang. Dengan kemasukan orang Cina dan India, orang melayu tidak lagi menjadi kaum yang terbesar.
Nisbah jantina
Penduduk melayu pada pertengahan abad ke-19 mempunyai nisbah jantina yang seimbang. Bilangan kaum lelaki Cina dan India masing-masing jauh melebihi jumlah wanita.
Tahun 1901, bagi setiap seribu orang lelaki India, bilangan wanita India hanya 171 orang, tahun 1911 pula 308 orang dan tahun 1921 meningkat sehingg 40 orang.
Perbezaan agama
Penubuhan institusi dan tempat beribadat serta pendidikan menyebabkan masyarakat cina dan india terpisah daripada masyarakat peribumi.
Untuk menjaga kepentingan dan keselamatan mereka di tempat asing, orang cina dan india menubuhkan pelbagai institusi sosial, tempat beribadat dan persatuan tidak rasmi. Kesemua ini mampu melindungi dan mengekalkan identiti etnik masing-masing.
Jenis penduduk
Penduduk Melayu merupakan penduduk tetap dan peribumi. Tidak terdapat sebarang sikap perkauman dan permusuhan dalam kalangan bangsa Melayu. Keadaan ini telah berubah dengan drastiknya berikutan munculnya dua kaum besar, iaitu Cina dan India.
Tahun 1921, hampir setengah daripada penduduk di TM merupakan penduduk tidak tetap.
-
-
-