Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
penentangan dan sebab-sebab penentangan terhadap kuasa asing di negeri…
penentangan dan sebab-sebab penentangan terhadap kuasa asing di negeri Kedah
Penentangan
Hubungan diplomatik Siam-Kedah dalam konteks tradisional memang lama wujud.
Ini terbukti dengan penghantaran bunga emas dan perak setiap tiga tahun sekali.
Kedah dibawah pimpinan Sultan Ahmad Tajuddin menentang penjajahan Siam ini dengan hebat.
Perang pembebasan Kedah ini juga melibatkan Tunku Abdullah, Tunku Kudin, Tunku Long, dan Tunku Muhammad Saad.
Perjuangan mereka turut disokong oleh rakyat seperti Tok Mo Ris dan pemimpin agama seperti Syeikh Abdul Kadir.
Terdapat dua bentuk penentangan iaitu perang gerila dan perang terbuka.
Sebab-Sebab Penentangan
Hubungan Siam-Kedah
Bagi Kedah pula, penghantaran bunga emas dan Perak ke Siam bersifat sosial dan tidak ada natijah politik. Ini bermakna Kedah dan Siam mempunyai pandangan yang berbeza tentang status masing-masing. Siam memaksa Kedah menghantar bunga emas dan perak tiga tahun sekali. Selain itu, Kedah dikehendaki memberi khidmat tenaga buruh dan askar, serta membekalkan makanan dan senjata.
Siam juga mengarahkan Kedah (di bawah Sultan Ahmad Tajuddin) menghantar bantuan tentera menentang Burma pada tahun 1811. Seterusnya, pada tahun 1813, Kedah diarah menyerang Perak dan sekali lagi pada tahun 1818. Ini berikutan keengganan Perak menghantar ufti ke Bangkok. Pada tahun 1818, Kedah diarah menyediakan 2500 orang askar untuk menawan Tonkah dan Burma.
Hubungan Siam-Burma
Pada abad ke-18 dan awal abad ke-19, Kedah tersepi antara kuasa Siam dan Burma. Kedua-dua kuasa ini cuba menguasai negeri-negeri Melayu Utara disebabkan persaingan politik dan tujuan sosioekonomi seperti tenaga manusia dan sumber.
Kedah terpaksa mengahadapi kedua-dua kuasa tersebut dengan mengamalkan dasar suai-faedah, iaitu dasar diplomasi yang memihak kepada kuasa yang lebih kuat dalam sesuatu masa. Dalam keadaan yang tidak pasti sama ada Siam atau Burma akan menang, Kedah terpaksa mengakui pertuanan kedua-dua kuasa tersebut.
Perselisiahan dalam negeri Kedah
Sultan Ahmad Tajuddin menghadapi cabaran daripada saudaranya, Tunku Daud, Tunku Bisnu, Tunku Ibrahim, dan Tunku Yaakop. Tunku Daud dan Tunku Ibrahim telah mencetuskan pemberontakan bersenjatatetapi Berjaya dipatahakan.
Tunku Bisnu dan Tunku Yaakop telah mempengaruhi kerajaan Siam dengan bersubahat dengan Gabenor Singgora dan Ligor. Pihak Siam bimbang Sultan Ahmad Tajuddin akan membuat hubungan sulit dengan Burma.
Hubungan Sultan Ahmad Tajuddin dengan Gabenor Ligor
Sultan Ahmad Tajuddin juga menghadapi saingan daripada Gabenor Ligor, iaitu Nakhon Sri Thammarat kerana beliau cemburu dengan kejayaan baginda yang dianugerahi pangkat Chao Phaya oleh istana Bangkok.
Pada 12 November 1821, Siam, menghantar angkatannya ke Kuala Kedah. Askar-askar Siam melakukan keganasan dengan menembak rumah-rumah di tebing sungai, menangkap orang lelaki dan menyeksa mereka hingga mati. Mereka juga merampas barang-barang dan membawa tawanan perang balik ke Siam sebagai hamba. Gabenor Ligor menegakkan kekuasaanya di Kedah. Beliau meletakkan anaknya, Phra Pakdi Borirak (Saeng) sebagai Gabenor dan seorang lagi anaknya, Nai Nut sebagai Naib Gabenor.
Faktor Agama
Orang Siam beragama Buddha Theravada dan orang Melayu beragama Islam. Golongan agama di Kedah menggunakan pelbagai cara untuk menaikkan semangat menentang Siam seperti syarahan agama, Khutbah Jumaat dan Kelas Agama.
Penentangan terhadap Siam juga digerakkan melalui semangat jihad. Pejuang-pejuang Kedah diberikan semangat mati syahid.