Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
cara perluasan kuasa asing di negeri Sarawak - Coggle Diagram
cara perluasan kuasa asing di negeri Sarawak
Perluasan kuasa Brooke di Sarawak
Penentangan di Sarawak 1836-184.
Sebelum tahun 1836, Sarawak merupakan sebahagian daripada kesultanan Brunei di bawah Sultan Omar Ali Saifuddin.
Pada mulanya, kerajaan Brunei tidak campur tangan dalam pentadbiran Sarawak dan Sarawak ditadbir oleh pembesar-pembesar tempatan sahaja.
Sultan Omar Ali telah menghantar pangeran Indera mahkota sebagai wakil baginda untuk memerintah Sarawak.
Pangeran Indera Mahkota bertindak
Merampas kuasa politik dan ekonomi. pembesar-pembesar melayu.
Mereka kehilangan monopoli perdagangan dan penguasaan ke atas lombong emas dan antimony yang merupakan eksport utama Sarawak ketika itu.
Mengenakan cukai yang tinggi keatas orang melayu dan Membeli hasil orang melayu dengan harga rendah.
Sekiranya orang Bidayuh gagal menjelaskan hutang, maka isteri dan anak akan dijadikan sebagai hamba abdi.
Akibatnya, orang bidayuh dan orang melayu yang dipimpin oleh Datu patinggi Ali dan orang dayak memulakan penentangan pada tahun 1836.
Pakatan Panggeran Raja Muda Hashim dengan james Brooke
Pangeran Raja Muda mengambil keputusan meminta bantuan orang luar.
Kebetulan ketika itu james Brooke seorang bekas SHTI dan pengembara telah tiba di Sarawak pada tahun 1839.
Panggeran raja Muda dengan segeranya meminta bantuan Brooke untuk mematahkan penentangan di Kuching.
Sebagai balasan, James Brooke akan dilantik sebagai Gabenor Sarawak dan berkuasa mentadbir Sarawak sebagai wakil sultan Brunei.
Cara perluasan kuasa Brooke di Sarawak
Satu perjanjian telah ditandatangani antara james Brooke dengan pengeran Raja Muda Hashim (1841).
Syarat-syarat James Brooke di beri kuasa memerintah Sarawak serta jajahannya.
James diberi hak untuk memungut cukai di sarawak, Bertanggungjawab dalam hal kewangan Sarawak dan Dikehendaki menghormati dan memelihara undang-undang serta adat istiadat orang melayu di Sarawak.