Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
cara perluasan kuasa asing di Negeri Sembilan - Coggle Diagram
cara perluasan kuasa asing di Negeri Sembilan
Perjanjian antara Dato’ Kelana dengan British 1874
Sungai Ujong merupakan kawasan pengeluaran bijih timah yang utama di Tanah Melayu pada awal abad ke-19.
Dua masalah utama di Sungai Ujong, iaitu percubaan pembesar-pembesar mengenakan cukai terhadap pengeluaran bijih timah yang dibawa keluar melalui Sungai Linggi dan percubaan Dato’ Kelana untuk menegakkan kuasanya ke atas Sungai Ujong.
Bijih timah dari Sungai Ujong dieksport melalui Sungai Linggi akibat daripada perdagangan bijih timah yang meningkat dengan pesatnya.
Kesannya, setiap ketua yang berpengaruh di sepanjang Sungai Linggi ingin mengenakan cukai terhadap bijih timah yang dibawa keluar melalui Sungai Linggi.
Dato’ Bandar Kulop Tunggal menuntut hak untuk mengutip cukai di sepanjang Sungai Linggi tanpa memberitahu Dato’ Kelana Sendeng yang turut mempunyai hak yang sama dengannya di Sungai Ujong.
Ini menimbulkan kemarahan Dato’ Kelana Sendeng yang mengarahkan Dato’ Bandar Kulop Tunggal ditangkap di Melaka atas tuduhan gagal menjelaskan hutang-hutangnya.
Keadaan ini tidak menghalang pembesar lain mengutip cukai.British memilih Dato’ Kelana Sendeng.
Saudagar-saudagar Melaka merayu kepada British agar campur tangan bagi melindungi pelaburan mereka.
Dato’ Kelana Sendeng menandatangi persetiaan perdagangan dengan British.
Manakala Dato’ Bandar Kulop Tunggal masih menuntut hak yang sama di Sungai Ujong.
Walaupun aktiviti perlombongan berjalan seperti biasa, Dato’ Kelana Sendeng gagal menegakkan kuasanya di Sungai Ujong.
Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman telah menggantikan Dato’ Kelana Sendeng yang meninggal dunia.
Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman dan Dato’ Bandar Kulop Tunggal telah bekerjasama menghalang percubaan penghulu yang baru, Dato’ Perba Rembau yang membina kubu-kubunya di sepanjang Sungai Linggi.
Saudagar-saudagar Melaka telah menghantar surat rayuan kepada gabenor negeri-negeri selat,Sir Harry Ord.
beliau cuba mengadakan perjumpaan dengan semua pembesar tetapi gagal.
Cara perluasan kuasa British di Sungai Ujong dan syarat-syarat perjanjian.
Pada tahun 1874,Sir Andrew Clarke memanggil satu mesyuarat pembesar-pembesar di Singapura.
Hanya Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman yang hadir.
Satu perjanjian telah ditandatangi antara Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman dengan Sir Andrew Clarke.
Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman diiktiraf sebagai pemerintah Sungai Ujong yang sah.
British akan memberi perlindungan kepada beliau.
Kesan-kesan perjanjian
Dato’ Bandar Kulop Tunggal tidak bersetuju dengan campur tangan British dan menyerang Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman yang mendapat perlindungan British.
Dato’ Bandar Kulop Tunggal tewas dan terpaksa berundur ke Kepayang.
Seorang Residen iaitu P.J. Murray ditempatkan di Sungai Ujong.