Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
cara perluasan kuasa British di Perak - Coggle Diagram
cara perluasan kuasa British di Perak
Perang Larut
Long jaafar, seorang pembesar melayu telah menjumpai bijih timah di larut.
Pada tahun 1848, beliau telah membawa masuk ramai orang cina untuk memajukan perlombongan bijih timah di larut.
Orang Hakka Chen Sang merupakan pelombong paling awal tiba di larut pada tahun 1840-an.
Mereka tertumpu di kawasan perlombongan kelian Pauh.
Kebanyakan daripada mereka merupakan ahli kongsi gelap Hai San.
Orang Hakka Fui Chew tiba pada tahun 1850-an dan tertumpu di kawasan Kelian Bahru.
Kebanyakan daripada mereka ialah ahli kongsi gelap Ghee Hin.
Pada tahun 1875, long jaafar meninggal dunia dan jawatannya sebagai pembesar larut diambil alih oleh anaknya, Ngah Ibrahim.seperti ayahnya, beliau menggalakkan orang cina bekerja di lombong-lombong bijih timah
Akan tetapi, Ngah Ibrahimtidak mempunyai kuasa terhadap Ghee Hind an Hai San.
Apabila pergaduhan meletus antara kedua-dua kongsi gelap itu, Ngah Ibrahim akan menyebelahi pihak yang lebih kuat untuk menjaga kepentingannya.
Perebutan takhta kerajaan perak
Mengikut sistem pewarisan takhta perak, seseorang putera raja mesti menjawat tiga jawatan sebelum menjadi sultan.
Jawatan ini ialah Raja Di Hilir, Raja Bendahara, dan Raja Muda.
Oleh itu, apabila sultan mangkat, putera sulungnya tidak akan menjadi sultan secara automatik.
Raja Di Hilir merupakan putera sultan yang sedang memerintah manakala Raja Bendahara dan Raja Muda ialah putera sultan sebelumnya.
Sistem pewarisan ini tidak selalunya berjalan dengan lancer kerana sultan yang sedang memerintah dan pembesar yang berpengaruh sentiasa campur tangan dalam pelantikan calon yang dianggap layak.
Campur tangan Sultan dan Pembesar dalam sistem pewarisan pada tahun 1857 membawa kepada perebutan takhta kerajaan perak pada tahun 1873 di mana terdapat tiga calon yang bakal menaiki takhta.
Pada tahun 1857, Sultan Abdullah mangkat dan digantikan oleh Sultaan Jaafar Muaazam Shah dan Raja Ali menjadi Raja Muda.
Mengikut sistem pewarisan takhta perak, Raja Yusuf yang merupakan Putera Sultan Abdullah sepatutnya diberikan jawatan Raja Bendahara tetapi beliau telah diketepikan oleh pembesar-pembesar perak kerana dianggap tidak layak. Raja Ismail pula dilantik menjadi Raja Bendahara.
Jawatan Raja Di Hilir diberikan kepada sultan Jaafar, iaitu Raja Abdullah. Oleh itu, Raja Yusuf telah di ketepikan.
Cara peluasan kuasa british di perak
Sir Andrew Clarke bertindak dengan segera.
Beliau memanggil semua pihak yang terlibat menghadiri satu mesyuarat di pulau pangkor.
Pertemuan itu berlangsung di atas kapal british, iaitu H.M.S. Pluto di luar Pulau Pangkor pada 20 januari 1874.
Raja Abdullah dan penyokongnya seperti ngah Ibrahim, pembesar-pembesar hilir perak, ketua hai san, dan ketua ghee hin telah hadir.
Sultan ismail dan raja yusuf tidak hadir.
Perang saudara di perak
Raja Abdullah berasa kecewa kerana tidak dilantik menjadi sultan perak.
Keadaan di larut tidak tenteram kerana perang saudara antara Hai San dengan ghee hin.
Hai san mendapat sokongan ngah Ibrahim dan sultan ismail.
Pada tahun 1873, perang meletus antara hai san dengan ghee hin dan kali ini dengan penyertaan ngah Ibrahim, sultan ismail, dan raja Abdullah.
Raja Abdullah pula menyokong ghee hin.
Ghee hin dengan bantuan raja Abdullah telah menyerang simpang dan menawan pangkalan yang strategic itu.
Saudagar- saudagar british di perak mengadu bahawa kekacauan di larut telah menganggu perdagangan mereka.
Mereka menghantar surat rayuan kepada sir harry ord untuk meminta perlindungan.