Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
cara peluasan kuasa asing di negeri Johor - Coggle Diagram
cara peluasan kuasa asing di negeri Johor
Cara Peluasan Kuasa British di Singapura
Raffles mencadangkan Tengku Hussein ditabalkan sebagai Sultan Johor dan tinggal di Singapura.
Tengku Hussein bersetuju dengan cadangan Raffles dan menandatangani perjanjian rasmi dengan Raffles pad 6 Februari 1819.
Raffles berjaya menduduki Singapura dengan menggunakan muslihat dan memaksa Tengku Hussein dan Temenggung Abdul Rahman menandatangani Perjanjian 1819.
Pertabalan Sultan Hussein sebagai sultan menyebabkan kerajaan Johor mempunyai 2 orang Sultan.
Sultan Hussein bersemayam di Singapura dan Sultan Abdul Rahman pula di Lingga.
Perjanjian Persahabatan 1855
Sultan Hussein mangkat pada tahun 1835 di Melaka dan diganti oleh puteranya, Tengku Ali.
Pertengahan abad ke-19, berlaku pertikaian antara Tengku Ali dengan Temenggung Ibrahim (anak Temenggung Abdul Rahman) tentang hasil negeri Johor.
Pada tahun 1847, Tengku Ali menuntut gelaran Sultan Johor tetapi telah ditolak dan didesak agar menggugurkan segala tuntutannya terhadap pentadbiran Johor kerana Temenggung Ibrahim lebih berpengaruh.
Penglibatan British dalam hal ini telah membawa kepada Perjanjian Persahabatan antara Tengku Ali dengan Temenggung Ibrahim pada Mac 1855.
Penglibatan British dalam peristiwa Pengilhakan Muar (1877)
Temenggung Ibrahim meniggal dunia pada tahun 1862 dan digantikan dengan anaknya, Maharaja Abu Bakar yang amat rapat dengan British.
Pihak British telah meluaskan pengaruhnya secara tidak langsung apabila A.E.H. Anton menawarkan Muar kepada Maharaja Abu Bakar buat sementara sehingga satu undian dijalankan oleh Temenggung dan penghulu-penghulu Muar.
Pada 20 Jun 1877, Sultan Ali mangkat di Umbai.
Jenazahnya tidak dapat dikebumikan hampir sebulan kerana masalah pengganti.
Temenggung Muar dan penghulu-penghulu Muar telah menandatangani surat mengakui Tengku Alam (anak Sultan Ali) sebagai pengganti.
Maharaja Abu Bakar telah bertindak dengan menangkap Temenggung dan penghulu-penghulu Muar bagi mendapatkan undian.
Demi mengelakkan pertumpahan darah, Temenggung dan penghulu-penghulu Muar telah meminta perdamaian dan mematuhi peraturan Maharaja Abu Bakar.
Upacara undian diadakan pada bulan September 1877 di Kesang disaksikan oleh pegawai-pegawai British.
Majlis bersidang dan bersetuju melantik Maharaja Abu Bakar sebagai pemerintah Muar.
Dengan ini, kekuasaan waris-waris Sultan Johor terhadap takhta Johor tamat.
Pihak British meluaskan kuasanya secara langsung sekali lagi melalui Perjanjian 1885 dengan Maharaja Abu Bakar dan mengiktirafnya sebagai Sultan Johor.
Penubuhan Lembaga Penasihat Johor
Lembaga ini ditubuhkan di London pada 1886.
Sultan Johor boleh berhubung terus dengan pejabat Tanah Jajahan di London.
Usaha British meluaskan kuasanya melalui lembaga ini nyata berhasil apabila Lembaga tersebut berfungsi menguruskan hubungan luar Johor dan menasihati sultan dalam hal-hal pentadbiran.
Lembaga Penasihat Johor juga menasihati Sultan Ibrahim supaya meminjam sebanyak 200 000 dolar daripada Negeri-negeri Selat untuk membina landasan kereta api dari Johor ke Singapura.
Dato’ Abdul Rahman Andak sedar akan muslihat tersebut menasihati Sultan Ibrahin agar tidak menerima tawaran pinjaman tersebut.
Cadangan tersebut merupakan muslihat British untuk mengawal kewangan Johor.
British mendapati agak sukar untuk meluaskan kuasa ke atas negeri Johor lalu berusaha menyingkirkan Dato’ Abdul Rahman Andak.
Pada tahun 1907, John Anderson (Gabenor NNS) mencadangkan agar Dato’ Abdul Rahman Andak dibersarakan dan dihantar ke London.
Beliau menerima pencen sebanyak 1000 paun setahun.
Pada tahun 1914, Sultan Ibrahim terpaksa menandatangani perjanjian dengan British dengan syarat Johor mesti mematuhi nasihat daripada Penasihat Am British.
British berjaya meluaskan kuasa ke atas Johor apabila Douglas Campbell dilantik sebagai Penasihat British.