Kesan pendudukan Jepun ke atas gerakan mencapai kemerdekaan

  1. Kesan sistem pentadbiran tentera Jepun
  • Jepun masih mengekalkan institusi kesultanan Melayu tetapi sultan hanya sbg ketua agama dan adat istiadat Melayu sahaja
  • Orang Melayu sedar bahawa Jepun telah mungkir janji untuk memberikan kemerdekaan kepada tanah air apabila Jepun menyerahkan empat negeri Melayu Utara kepada tahiland
  • Mereka sedar Jepun memperalatkan kuasa dan sokongan sultan demi pentadbiran mereka sendiri
  • Orang Melayu sedar bahawa sultan mereka kehilangan kuasa politik sama seperti pada zaman penjajahan British
  • Kes penentangan orang Melayu terhadap pengisytiharan Malayan Union dan Gerakan Anti-penyerahan Sarawa
  • Bangkitkan kesedaran orang Melayu hingga menentang orang British
  1. Kesan penglibatan orang Melayu dalam pentadbiran
  • Orang Melayu sedar bahawa semua bentuk penjajahan tidak akan membawa sebarang manfaat
  • Mereka sedar bahawa British tidak boleh diharapkan dalam melindungi tanah air mereka
  • Pengalaman dan pentadbiran yang diterima oleh orang Melayu telah memberi keyakinan diri dan menyedarkan mereka bahawa orang Melayu mampu mentadbir negeri mereka sendiri
  • Maruah dan imej British sbg kuasa terunggul hilang apabila British kalah kepada tentera Jepun dalam masa yang singkat
  • Orang Melayu sedar mereka tidak boleh bergantung kepada British untuk mempertahankan Tanah Melayu dan mesti berusaha sendiri bagi mempertahankan hak dan kepentingan serta tanah air mereka
  • Pendedahan orang Melayu kepada organisasi ketenteraan dan separa tentera telah menyemai semangat Jepun, kesetain, pengorbanan dan sikap anti-Barat
  1. Kesan dasar berbeza-beza terhadap kaum di Tanah Melayu
  • Membangkitkan semangat kebangsaan yang mempunyai haluan berbeza mengikut kaum dan berpakis kepada negara asal
  • Orang India lebih cenderung kepada perjuangan kemerdekaan di negara India
  • Permusushan antara Jepun dengan orang Cina menyedarkan orang melayu untuk bangun memperjuangkan hak mereka sebagai bumiputera Tanah Melayu
  • Orang Cina bersikap anti-Jepun dan berjuang mempertahankan negara China daripada pencerobohan Jepun
  • Akibat dasar menindas terhadap orang Cina, ramai orang Cina melarikan diri ke dalam hutan dan menganggotai Parti Komunis Malaya (PKM)
  • PKM menjadi parti yang paling popular dalam kalangan orang Cina dan dianggap sebagai pelindung mereka daripada penindasan Jepun
  1. Kesan dasar ekonomi
  • Taraf hidup rakyat merosot
  • Ekonomi Tanah Melayu bergantung kepada eksport bijih timah dan getah mengalami kemerosotan
  • Perusahaan tempatan diambil alih oleh syarikat besar Jepun seperti Mitsubishi menyebabkan pengangguran semakin meningkat
  • Sistem ekonomi kawalan mengakibatkan Tanah Melayu mengalami kekurangan barangan pengguna terutmanya tekstil dan makanan
  • Disebabkan pengeluaran berkurangan akibat peperangan dan sekatan ekonomi yang dikenakan terhadap Jepun
  • Pada tahun 1943, Tanah Melayu hanya menghasilkan 37.5% daripada beras penduduknya.
  • Akibat percetakan wang kertas Jepun yang tidak terkawal dan kekurangan barangan pengguna - Tanah Melayu mengalami inflasi