Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
CARA PERLUASAN KUASA ASING DI TANAH MELAYU - Coggle Diagram
CARA PERLUASAN KUASA ASING DI TANAH MELAYU
Melalui tipu helah
Cara Francis Light mendapat Pulau Pinang daipada Sultan Kedah bermula pada abad ke-18 lagi, iaitu dengan pendudukan Pulau Pinang 1786.
Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 antara Fancis Light yang mewakili SHTI dengan Sultan Abdullah untuk membuka Pulau Pinang sebagai pangkalan tentera dan pusat perdagangan British.
Franci Light tanpa persetujuan SHTI di India telah menjanjikan bantuan ketenteraan kepada Sultan Kedah sekiranya Kedah diancam oleh musuh.
Sebagai balasan, baginda membenarkan British menduduki Pulau Pinang.
Namun SHTI tidak menghantar bantuan bantuan tentera kepada Sultan Kedah ketika Siam menyerang Kedah untuk menghukum baginda. Ini berikutan SHTI tidak meluluskan syarat bantuan ketenteaan seperti yang ditawarkan oleh Light.
Melalui peperangan
Pengeboman Kuala Terengganu 1862 kerana British cuba campur tangan di Pahang.
Selepas kemangkatan Bendahara Ali 1857, timbul perbalahan di antara dua anaknya, Wan Mutahir dan Wan Ahmad. Ini membawa kepada tercetus Perang Saudara.
Wan Ahmad meminta bantuan dari kerajaan Siam. Siam ingin menjadikan Terengganu sebagai pangkalan untuk melancarkan seangan ke atas Pahang. Kerja melombong bijih timah di Kuantan terjejas.
Demi menjaga kepentingan ekonomi Pahang dan menyekat perluasan kuasa Siam di NNM. Gabenor NNS, Orfeur Cavenagh memberi amaran kepada Sultan Teengganu supaya tidak terlibat dalam Peang Saudara di Pahang.
Tetapi amaran Gabenor NNS tidak dipedulikan. Gabenor NNS menghantar sebuah kapal perang untuk menyerang Terengganu.
Apabila rundingan dengan Sultan Terengganu gagal, British menggunakan kekerasan dengan membedil Kuala Terengganu.
Melalui perjanjian
Perjanjian Pangkor 1874 dengan Sultan Perak.
Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 17 Januari 1874 ekoran tindakan Raja Muda Abdullah meminta bantuan British untuk mendapat takhta Perak.
Perjanjian ini dibuat di antara Andrew Clarke, Raja Abdullah yang berkuasa di Hilir Perak besama-sama dengan pembesar-pembesar yang menyokong Raja Abdullah iaitu Bendahara, Temenggung, Orang Kaya Menteri, Shahbandar. Raja Mahkota, Laksamana dan Dao’ Sagor
sebab-sebab perjanjian Pangkor ditandatangani ialah pergaduhan kongsi gelap China di Larut di antara dua kumpulan yang bermusuhan yang dikenali sebagai Ghee Hin dan Hai San.
Perjanjian British-Belanda 1824 yang juga dikenali sebagai Perjanjian London 1824
Perjanjian ini dimeterai untuk menangani ketengangan dalam hubungan British Belanda serta bantahan Belanda terhadap pembukaan Singapura pada tahun 1819.
dimeterai oleh George Canning bagi pihak British dan Charles W. Wmn bagi pihak Belanda dibuat tanpa persetujuan Raja-Raja Melayu yang terlibat.
Melalui permuafakatan
Pada tahun 1793 melalui peperangan di Eropah
Perancis berusaha meluaskan pengaruhnya dengan menakluki sebahagian besar negara di Eropah
Pada tahun 1795, Perancis berjaya menakluki Belanda sehingga memaksa rajanya melarikan diri ke Britain bagi mendapatkan perlindungan
Permuafakatan antara Britisah dan Belanda membawa kepada termetarainya Perjanjian Inggeris Belanda 1824 yang menyebabkan Bristish berjaya meluaskan pengaruhnya di negeri-negeri melayu