Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pengubahsuaian dalam pentadbiran (Transformasi masyarakat) - Coggle Diagram
Pengubahsuaian dalam pentadbiran (Transformasi masyarakat)
Pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBBU)di Sabah 1881-1946
Pada tahun 1881, Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBU) mengambil alih pemerintahan Sabah. Pada Tahun 1888, Sabah dijadikan sebuah negeri di bawah naungan empayar British dan diperintah secara langsung oleh SBBU antara tahun 1881-1946.
SBBU telah menggabungkan institusi pentadbiran British dengan institusi tempatan dalam pentadbiran awam negeri. Pentadbiran negeri Sabah diketuai oleh seorang Gabenor yang dilantik oleh Lembaga Pengarah SBBU atas persetujuan kerajaan British di London.
Gabenor dibantu oleh sebuah Majlis Penasihat yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan SBBU seperti Setiausaha Kerajaan, Bendahari dan Ketua Pasukan Keselamatan. Majlis Penasihat ini pada umumnya, dianggotai oleh 6 orang, iaitu 5 orang ahli rasmi dan seorang ahli tidak rasmi.
Sabah dibahagikan kepada Rsidensi Pantai Barat dan Residensi Pantai Timur. Ini bagi melicinkan pentadbiran negeri. Bilangan Residensi ditambah menjadi 5 pada tahun 1922, namun kemudiannya dikurangkan kepada 4 iaitu Residensi Pantai Barat, Residensi Sandakan, Residensi Pantai Timur (Tawau) dan Residensi Pedalaman.
Setiap Residensi dibahagikan kepada 7 buah daerah. Setiap daerah diketuai oleh seorang pegawai daerah yang berbangsa Eropah. Beliau dibantu oleh Ketua Masyarakat Tempatan yang digelar Ketua Anak Negeri. Mereka ditugaskan untuk menjaga keamanan, mengendalikan keadilan, mengutip cukai, membahagi tanah dan menguruskan hal-hal pertanian.
Sebuah Majlis Undangan ditubuhkan untuk menggantikan Majlis Penasihat pada tahun 1912, bagi memperoleh pandangan pelbagai kaum dalam menggubal undang-undang Negeri. Majlis ini mempunyai 7 orang ahli rasmi dan 4 orang ahli tidak rasmi yang mewakili kaum cina dan para peladang di Pantai Barat dan Timur Sabah.
Mahkamah Anak Negeri yang wujud secara tradisi dalam masyarakat Peribumi di Sabah terus dikekalkan untuk mengadili kes-kes yang berkaitan dengan pewarisan harta, tanah dan hukum adat. Mahkamah tersebut diketuai oleh seorang Ketua Anak Negeri yang berperanan sebagai Hakim Tempatan.
Sebuah istitusi ditubuhkan oleh Gabenor C.W. Parr pada tahun 1915, untuk Ketua-Ketua Anak Negeri. Majlis ini berperanan sebagai orang tengah di antara pentadbiran Negeri dengan penduduk tempatan.
Pada peringkat kampung, pentadbiran diketuai oleh ketua kampung yang dikenali sebagai orang tua. Beliau ditugaskan untuk menjaga pentabiran kampung dan menjaga keamanan di kawasan masing-masing.
Gabenor D.J Jardine mengambil beberapa langkah pada tahun 1935, untuk menarik penglibatan ketua-ketua tempatan dalam pentadbiran negeri. Beliau menyusun semula Majlis Penasihat ketua-Ketua Anak Negeri dengan menambah keahlian Ketua-Ketua dari setiap daerah.
Agenda Mesyuarat Majlis Penasihat Ketua-Ketua Anak Negeri dibahagikan kepada 2, iaitu perkara-perkara umum dan hal ehwal agama Islam. Isu yang berkaitan dengan agama Islam dibahaskan oleh ahli yang beragama Islam sahaja. Pada tahun 1935, orang kaya-kaya Mohamad Saman telah membentangkan cadangan berkaitan dengan perundangan Islam dalam Mesyuarat Majlis Penasihat Ketua-Ketua Anak Negeri. Cadangan itu telah diterima dan diluluskan oleh SBBU yang membawa kepada penubuhan mahkamah adat orang Islam.
Sabah berada di bawah Pentadbiran tentera Jepun (1941-1946) semasa Perang Dunia Kedua. Selepas perang, SBBU menyerahkan negeri Sabah secara rasmi kepada kerajaan Britain di London pada 15 Julai 1946. Sabah menjadi tanah jajahan British berikutan penyerahan ini, sehingga negeri itu merdeka melalui Malaysia pada 16 September 1963.
Pentadbiran Keluarga Brooke, 1841-1946
James Brooke
Semasa pemerintahan Raja Putih yang pertama, james Brooke (1841-1868), Beliau tidak merombak sistem pemerintahan yang sedia ada tetapi memperkenalkan beberapa perubahan yang dianggap sesuai untuk memastikan setiap pembesar yang berkuasa di wilayah masing-masing memberi kesetiaan kepadanya.
James Brooke melantik beberapa orang pembesar tempatan yang menjadi penasihat kanan dalam pentadbiran negeri.
Ini adalah sebagai usaha untuk mengekalkan hubungan baik dengan mereka.
Antara pembesar tempatan yang dilantik ialah Datuk Patinggi, Datuk Temenggung, Datuk Bandar dan Datuk Imam. Di samping itu, beberapa orang Eropah turut dilantik untuk membantunya dalam pentadbiran negeri.
James Brooke mewujudkan undang-undang mahkamah bagi mengekalkan keamanan negeri. Antaranya ialah undang-undang yang mengandungi 8 fasal untuk melindungi masyarakat tempatan dan menggalakkan kegiatan perdagangan di Sarawak.
James Brooke menubuhkan Majlis tertinggi pada tahun 1855, untuk membantnya menggubal dasar-dasar dalam pentadbiran negeri. Majlis ini dianggotai oleh beberapa orang pembesar Melayu yang terkemuka.
James Brooke meninggalkan Sarawak untuk pulang ke England pada tahun 1863. Pada tahun 1868, beliau meninggal dunia di England dan digantikan oleh anak saudaranya, iaitu Charles Antthoni Johnson Brooke sbagai Raja Putih yang kedua. Charles Brooke juga turut menggunakan gelaran Raja Brooke.
Charles Brooke
Setelah mengambil alih pentadbiran negeri, telah menubuhkan Majlis Negeri (Council Negeri) pada tahun 1868 untuk memberi peluang kepada ketua-ketua suku kaum terlibat dalam pentadbiran negeri. Majlis tersebut dianggotai oleh oahli-ahli Majlis Tertinggi, Pegawai kanan Eropah dan Melayu serta Ketua-Ketua Suku Kaum Iban.
Majlis Negeri bersidang sekurang-kurangnya 3 kali dalam setahun, namun tidak berkuasa membuat undang-undang. Majlis yang berperanan sebagai penasihat kepada Raja Sarawak ini bersidang buat kali pertama di Bintulu dan diikuti di Sibu serta Kuching.
Chares Brooke juga turrut menyusun pentadbiran negeri dngan membahagikan Sarawak kepada 5 Bahagian. Setiap bahagian diketuai oleh seorang Residen serta dibantu oleh seorang penolong Residen yang dilantik di kalangan orang Eropah.
Residen dan Penolong Residen dibantu oleh para pegawai tempatan yang dikenali sebagai pegawai anak negeri. Mereka ini ditugaskan untuk menasihati Residen, mengutip cukai dan mengetuai ekspedisi ketenteraan.
Setiap Bahagian mempunyai majlis sendiri yang diketuai oleh Residen. Setiap bahagian ini dibahagikan kepada beberapa buah daerah yang ditadbir oleh pegawai derah. Peringkat Kampung pula, ketua-ketua kampug ditugaskan untuk mengekalkan keamanan, enyelesaikan pergaduhan dan memungut cukai.
Charles Vyner Brooke
Pada tahun 1917, Charles Brooke meninggal dunia dan digantikan oleh anaknya, Charles Vyner Brooke sebagai Raja Putih yang Ketiga. Charles Vyner Brooke meluluskan Kanun Jenyah Sarawak pada tahun 1924, yang digubal berdasarkan kanun jenaah India sebagai langkah untuk mengekalkan keamanan.
Pada tahun 1923, Charles Vyner Brooke mewujudkan jawatan Ketua Setiausaha dalam pentadbiran negeri. Seorang pesuruhjaya kehakiman telah dilantik pada tahun 1928, dan jawatan itu kemudiannya dinaikkan taraf kepada ketua hakim pada tahun 1930.
Charles Vyner Brooke menggubal satu perlembagaan baharu pada bulan September 1941, bagi negeri Sarawak sebagai langkah untuk menyerahkan kuasa mutlaknya kepada Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri.
Majlis Tertinggi dianggotai oleh 5 orang ahli yang dilantik dalam kalangan para pegawai negeri dan ketua-ketua suku kaum. Manakala Majlis Negeri mengandungi 25 orang ahli, iaitu 14 orang ahli rasmi yang dilantik di kalangan para pegawai perkhidmatan awam Sarawak dan 11 orang ahli tidak rasmi yang dilantik untuk kepentingan penduduk Sarawak.
Pada tahun 1946, Pemerintahan Keluarga Brooke berakhir apabila Charles Vyner Brooke menyerahkan pemerintahan negeri Sarawak kepada British Sarawak telah menjadi Tanah Jajahan British mulai 1 Julai 1946, dan dittadbir oleh seorang Gabenor yang dilantik oleh kerajaan di London.