Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN NASIONALISME - Coggle Diagram
FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN NASIONALISME
Pengaruh Agama Islam
Pada awal kurun ke-20, semangat kebangsaan dibangkitkan oleh golongan pelajar yang mendapat pendidikan di Timur Tengah, khususnya di Mesir.
Pelajar yang menuntut di Universwiti Al-Azhar telah terpengaruh dengan idea pemulihan Islam yang dibawa oleh Sayid Jamaluddin Al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh.
Mereka memulakan Gerakan Islah setelah kembali ke Tanah Melayu. Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda.
Idea pembaharuan Kaum Muda itu disebar melalui majalah Al-Imam. Melalui majalah ini orang Melayu mulai sedar akan kepentingan pendidikan dan ekonomi mereka.
Peranan Bahasa dan Kesusasteraan
Golongan nasionalis di Tanah Melayu menggunakan bahasa dan kesusasteraan, sama ada dalam bentuk cerpen, novel, puisi atau syair untuk membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan orang Melayu.
Melalui kesusasteraan penulis berusaha menyedarkan orang Melayu tentang kemunduran dan membangkitkan semangat mereka untuk bersatu padu.
Contohnya, Syed Syeikh al-Hadi dalam novelnya yang terkenal, iaitu Hikayat Faridah Hanum memperjuangkan emansipasi wanita.
Pengaruh Kewartawanan
Pada tahun 1990-an dan 1930-an, bilangan akhbar dan majalah semakin bertambah kerana masyarakat Melayu sedar akan kepentingan media cetak sebagai alat pembuka fikiran.
Melalui majalah Al-Imam, Kaum Muda menjelaskan perjuangan mereka.
Antara akhbar dan majalah Melayu yang membincangkan gerakan politk orang Melayu ialah Idaran Zaman, Saudara, Warta Malaya, dan Majlis.
Semua akhbar ini memperdebatkan soal penubuhan persatuan Melayu, dasar desentralisasi, dan Malayan Union.
Peranan Pendidikan
Sistem pendidikan agama
Sistem pendidikan ini dikenali sebagai sistem pondok yang memainkan peranan penting sebagai pusat pendidikan dalam kalangan masyarat Melayu.
Selepas tamat pengajian di pondok, ramai orang akan melanjutkan pendidikan ke Timur Tengah, sama ada di Makkah atau di Mesir.
Semasa di Timur Tengah mereka dipengaruhi oleh Gerakan Reformis Islam yang dianjurkan oleh Syeikh Muhammad Abduh, pensyarah Universiti Al-Azhar.
Sistem pendidikan Inggeris.
Antara tokoh yang mendapat pendidikan Inggeris ialah Raja Chulan dan Mohammad Eunos Abdullah.
Beliau merupakan ahli majlis mesyuarat Negeri-negeri selat dan Raja Chulan merupakan ahli Majlis Perundangan Persekutuan.
Mereka menngunakan peluang yang ada dalam sistem pentadbiran dan perundangan untuk menuntut hak orang Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan, dan pentadbiran.
Sistem pendidikan Melayu.
Mereka menngunakan peluang yang ada dalam sistem pentadbiran dan perundangan untuk menuntut hak orang Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan, dan pentadbiran.
Untuk memenuhi kekurangan ini pihak British telah menubuhkan Maktab Perguruaan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1922.