Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERUBAHAN PERKEMBANGAN EKONOMI - Coggle Diagram
PERUBAHAN PERKEMBANGAN EKONOMI
Perusahaan Bijih Timah
Sebelum campur tangan British di negeri-negeri Melayu, kegiatan melombong bijih timah diusahakan oleh orang Melayu secara kecil-kecilan sebagai pekerjaan sampingan. Mereka menggunakan cara mendulang dan melampan.
Pada awal tahun 1820-an, kegiatan melombong bijih timah mula berubah apabila orang Cina mula dibawa masuk untuk bekerja sebagai buruh di lombong bijih timah setelah terdapatnya pelaburan modal saudagar di Negeri-negeri Selat dan pengenalan teknik melombong yang baharu.
Orang Cina memperkenalkan kaedah lombong dedah dan pam kelikir dengan menggunakan air untuk memisahkan bijih daripada tanah.
Mereka juga menggunakan saluran air dan pam rantai yang berenjin untuk mengeringkan lombong bagi mengatasi masalah banjir atau mengawal bekalan air.
Setelah orang Eropah mula melabur dalam perusahaan bijih timah, mereka menggunakan peralatan yang lebih moden seperti kapal korek untuk menghasilkan lebih banyak bijih timah.
Perkembangan pertanian dagangan
Pertanian dagangan peringkat pertama
enis tanaman pada peringkat pertama ialah Ubi Kayu, Kopi, Gambir dan Lada Hitam, Tebu. Ubi Kayu dimulakan oleh orang Cina pada tahun 1850-an. Mendapat permintaan tinggi daripada pasaran British dan menjadi tanaman dagangan yang menguntungkan di Melaka pada tahun 1850.
Kopi menjadi tanaman eksport yang menguntungkan pada abad ke-19 dan abad ke-20. Ditanam secara besar-besaran di selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Johor oleh pengusaha Eropah.
Gambir dan lada hitam diusahakan oleh orang Cina dari Singapura di sepanjang sungai di selatan Johor. Gambir dan lada hitam menjadi eksport utama negeri Johor pada tahun 1910.
Tanaman ini dibuka di Selangor dan Negeri Sembilan. Tebu diusahakan oleh orang Cina dan Eropah pertengahan abad ke-19. Ladang tebu dibuka di Seberang Perai, Linggi di Melaka dan Kerian di Perak.
Pertanian dagangan peringkat kedua
Pada peringkat pertama, perusahan getah ini kurang mendapat sambutan. Pada awal kurun ke-20, permintaan terhadap getah meningkat kerana perkembangan perusahaan membuat motokar di Eropah dan Amerika Syarikat.
Perusahaan getah pesat berkembang atas sumbangan H.N. Ridley, dasar kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, kejatuhan harga kopi dan sumbangan peneroka-peneroka perintis.
Kelapa sawit juga mula ditanam tetapi sebagai pohon perhiasan sahaja. Ladang kelapa sawit pertama muncul di Selangor atas usaha Henri Fauconnier pada tahun 1917.
Kelapa sawit muncul apabila berlaku kemelesetan dalam perusahaan getah. Kawasan penanaman utama di Tanah Melayu ialah Perak, Johor dan selangor. Johor pengeksport utama kelapa sawit.
Kesan-kesan
Perkembangan Ekonomi
Bijih timah dan getah tidak diperlukan di Tanah Melayu tetapi untuk dieksport. Dengan ini, wujud ekonomi moden berorientasikan eksport.
Ekonomi moden ini terdedah kepada ekonomi antarabangsa dan dipengaruhi oleh turun naik ekonomi dunia. Merangkumi 47% pendapatan negara.
Peluang pekerjaan
Perkembangan perusahaan tersebut telah menyediakan peluang pekerjaan dan keadaan ini menyebabkan tumpuan kepada aktiviti ekonomi dan pembinaan infrastuktur di kawasan bandar atau kawasan yang kaya dengan bijih timah dan getah.
Perkembangan sistem perhubungan
Pada awalnya, jalan raya hanya dibina di antara pusat perlombonngan dengan pangkalan terdekat di sepanjang sungai.
Selepas itu, beberapa landasan keretapi telah dibina oleh pihak British untuk mengangkut bahan bijih timah dan getah.