Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENDUDUKAN JEPUN 1941-1945 - Coggle Diagram
PENDUDUKAN JEPUN 1941-1945
Kesan Pendudukan Jepun
POLITIK
Kemunculan nasionalisme
Slogan-slogan yang dilaungkan oleh Jepun membangkitkan semangat kebangsaam
Antara slogan yang dibangkitkan oleh Jepun adalah *Asia Untuk Orang Asia dan Semangat Asia
Slogan-slogan ini memberi keyakinan kepada mereka untuk membebaskan negara
daripada belenggu penjajah.
Penglibatan orang Melayu
dalam pentadbiran
Jepun telah memberikan jawatan yang tinggi kepada pemimpin-pemimpin Melayu.
Tindakan ini dilakukan oleh Jepun bagi mendapat sokongan daripada penduduk tempatan dan mengukuhkan kedudukan politik mereka.
Penglibatan dalam pentadbiran menyebabkan pemimpin-pemimpin Meiayumendapat
pengalaman dalam pentadbiran.
Contohnya, Ibrahim Yaacob dilantik oleh Jepun sebagai Leftenan Kolonel untuk menerajui pasukan PETA
EKONOMI
Pengenalan sistem
ekonomi kawalan
taraf hidup rakyat semakin merosot.
ekonomi Tanah Melayu yang bergantung kepada getah dan bijih timah turut merosot.
ekonomi terjejas apabila hubungan perdagangan antara Tanah Melayu dengan dunia luar terputus.
wang kertasJepun yang tidak terkawal menyebabkan berlaku
masalah inflasi.
Perkembangan ini menyebabkan berlaku masalah pengangguran dalam kalangan
talisrne penduduk tempatan.
SOSIAL
Jepun mengambil langkah bagi menghapuskan pengaruh barat diTanah Melayu.
Bagi tujuan tersebut, Jepun memperkenalkan dasar yang dikenali sebagai Dasar Penjepunan.
Pendidikan berasaskan bahasa dan budaya Jepun diperkenalkan bagi menggantikan
sistem pendidikan British.
Pendidikan Jepun mengutamakan Bahasa Jepun serta menanam sikap taat setia kepada
Maharaja Jepun.
kelulusan dalam Bahasa Jepun dijadikan syarat utama bagi kenaikan pangkat.
Dasar Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu
POLITIK
Pentadbiran Ketenteraan
Jepun memperkenalkan sistem pentadbiran bercorak ketenteraan di Tanah Melayu.
Kuasa tertinggi sistem pemerintahan Jepun di Tanah Melayu diterajui oleh seorang
Jeneral.
Singapura diasing dan dikenali sebagai Syonan yang membawa maksud Cahaya
Timur.
Bagi melicinkan pentadbiran,Tanah Melayu dibahagikan kepada tujuh wilayah yang diperintah oleh Gabenor.
Jepun menyerahkan Negeri-Negeri Melayu Utara iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada Thailand pada tahun 1943.
sultan dikekalkan kedudukan sebagai ketua agama dan adat Melayu.
Tentera Jepun menubuhkan pasukan polis sulit yang dikenali sebagai kempetai.
Tujuan kempetai ditubuhkan adalah bagi mengintip dan melaporkan mereka yang
terlibat dalam kegiatan anti-Jepun.
Latihan Pentadbiran
Orang Melayu
Jepun memberi peluang kepada orang Melayu melibatkan diri dalam bidang
pentadbiran.
sekolah latihan kepimpinan yang dikenali sebagai Kon Kunrenji
ditubuhkan.
Sekolah latihan ini memberi latihan dalam pentadbiran kepada orang Melayu.
Selepas menamatkan latihan, mereka akan diberikan jawatan dalam perkhidmatan
awam.
Contoh, orang Melayu yang
menerima jawatan
penting pada zaman pendudukan
Jepun
Ibrahim Yaacob Leftenan Kolonel pasukan Pembela Tanah Air (PETA)
Dr Burhanuddin al-Helmy penasihat kebudayaan dan adat istiadat Melayu
EKONOMI
Catuan Makanan
Jepun mengambil langkah-langkah untuk mengawal semua kegiatan ekonomi di
Tanah Melayu.
Contohnya, sistem permit diperkenalkan bagi mengawal pengedaran barang-
barang makanan seperti beras.
Pada tahun 1943, Jepun memperkenalkan catuan beras kerana bekalan beras tidak
menampung keperluan penduduk.
Eksploitasi sumber alam
Jepun bertindak memonopoli kekayaan sumber alam yang terdapat di Tanah Melayu.
Contohnya, kekayaan bahan galian seperti bauksit dan besi dieksploitasi untuk
kepentingan Jepun.
Bahan galian yang diperoleh daripada Tanah Melayu dieksport ke Jepun untuk
kegunaan sektor perindustrian di negara tersebut.
SOSIAL
Dasar Penjepunan
Jepun memperkena kan Dasar Penjepunan bagi menghapuskan pengaruh barat
Perubahan dilakukan dalam sistem pendidikan dengan memperkenalkan sistem
pendidikan Jepun.
Bahasa Jepun dijad!kan bahasa pengantar di sekolah dan buku-buku dalam Bahasa
Jepun diterbitkan.
Kelulusan dalam Bahasa Jepun dijadikan syarat utama dalam kenaikan pangkat.
Dasar perkauman
Pentadbiran tentera Jepun mengamalkan dasar berbaik-baik dengan orang Melayu
dan orang India.
Jepun mengamalkan dasar berbaik-baik terhadap orang Melayu bagi mendapatkan
sokongan daripada orang Melayu.
Jepun memberikan layanan baik terhadap orang India untuk mendapat kerjasama bagi
membebaskan India daripada penjajahan British,
Dalam pada itu, Jepun mengamalkan dasar menindas terhadap orang Cina di Tanah
Melayu.