Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia, Nama Ahli Kumpulan: 1)…
Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia
Sebelum Merdeka
Sebelum kedatangan British (1400-1786)
Sistem Pendidikan Pondok
Pendidikan bukan formal, dipercayai berkembang dengan penyebaran agama Islam pada abad ke-14
Tempat dijalankan (Pondok, Madrasah, Sekolah Agama)
Tujuan pendidikan pondok, lebih kepada unsur keagamaan, melahirkan pelajar yang bermoral dan berilmu dari aspek keagamaan
Semasa Penjajahan British
Sistem Pendidikan Vernakular
Dasar Laissez-faire dalam pendidikan menyebabkan terdapat lima jenis persekolahan pada zaman pemerintahan inggeris.
Sekolah-sekolah tersebut adalah sekolah vernakular melayu, cina, tamil, inggeris, agama/madrasah
Tujuan sistem pendidikan ini adalah mewujudkan jurang antara kaum-kaum di Malaysia, mengawal sekolah vernakular Cina yang dibiayai oleh masyarakat Cina sendiri, memberi sokongan kepada sekolah Tamil yang disediakan oleh pemilik estet, memberi sistem sosial tradisional orang Melayu
Sebelum perang dunia kedua (1786-1941)
Perkembangan - Sekolah Menengah & Rendah, Latihan Perguruan, Vokasional & Teknik, Pendidikan Tinggi
Selepas perang dunia kedua (1946-1956)
Perkembangan - Laporan Pendidikan, Tahap Pendidikan
Tidak ada satu pendidikan yang seragam di Tanah Melayu pada masa ini, sistem pendidikan yang dilaksanakan mengikut kepentingan kaum tertentu
Selepas Merdeka
Laporan Rahman Talib 1960
Tujuan : Laporan Rahman Talib 1960 bertujuan mengkaji semula syor-syor yang di ketengahkan semasa laporan Razak.
Syor-syor yang di ketengahkan dalam laporan Rahman Talib 1960 iaitu:
a.) sekolah rendah telah berikan pelajaran secara percuma.
b.) keseluruhan sekolah rendah yang telah diberikan bantuan akan dijadikan sebagai SK dan SJK.
c.) Mana-mana pelajar yang lulus dalam peperiksaan sepenggal dan akhir tahun akan dinaikkan darjah secara automatik.
d.) Segala perbelanjaan sekolah rendah akan dibahagi kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, Manakala sekolah menengah adalah di bawah tanggungan kerajaan persekutuan sahaja.
Laporan razak 1956
Penekanan 2 perkara: 1) Perpaduan Kaum 2) Penghasilan tenaga kerja
Tujuan: a.) Menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.
b.) Laporan Razak juga telah mewujudkan satu sistem pengurusan pendidikan yang cekap dan berkesan.
c.) Laporan ini juga telah mewujudkan masyarakat yang berdisiplin,terlatih,bertoleransi, liberal dan progresif.
Syor-syor: a.) Dasar pelajaran adalah dibawah tanggungjawab menteri pelajaran atas peajaran menengah dan latihan yang diberikan kepada guru.
b.) Laporan razak juga telah menubuhkan jemaah Nazir-nazir sekolah.
c.) Lembaga pengelola sekolah juga telah ditubuhkan kepada semua sekolah.
Ordinan Pelajaran 1967
Menetapkan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi yang tunggal.
Diluluskan oleh Dewan Rakyat- 3/3/1967 & Dikuatkuasa-Sept 1967
Memberi kuasa kpd kerajaan persekutuan & negeri menggunakan penterjemahan dokumen rasmi/komunikasi dalam bahasa lain demi kepentingan awam.
Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979
Tujuan laporan jawatankuasa kabinet 1979 adalah untuk mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan.
Perubahan yang disyorkan dalam mencapai matlamat pendidikan sekolah rendah, Laporan jawatan kabinet 1979 telah merancang standard kurikulum bagi memenuhi kemahiran dalam tiga bidang iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dengan alam sekitar dan bidang perkembangan diri.
Manakala perubahan yang disyorkan kepada sekolah menengah adalah memansuhkan penjurusan dan digantikan kepada pendidikan umum. sekolah vokasional juga telah diwujudkan dan semua calon pada masa itu layak mengambil peperiksaan SPM.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Modal insan berminda kelas pertama merupakan salah satu kunci utama untuk membolehkan negara mencapai wawasan 2020.
Mereka akan meningkatkan tahap produktiviti dan daya saing negara dalam mendepani cabaran dan tekanan besar persaingan abad 21.
6 TERAS STRATEGIK PIPP
Melonjakkan kecemerlangan Institut Pendidikan
Memartabatkan profesion Keguruan
Merapatkan jurang pendidikan
Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Membangunkan Modal Insan
Membina negara bangsa
Ia bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara
Nama Ahli Kumpulan:
1) Raylyn Basri
2) Suhairi Kubin
3) Valentina Tracy Galampas