Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
CARA PERLUASAN KUASA ASING DI TANAH MELAYU - Coggle Diagram
CARA PERLUASAN KUASA ASING DI TANAH MELAYU
Perjanjian
perjanjian yg melibatkan pengambilan Seberang Perai daripada Sultan Kedah pada tahun 1800
dijadikan kawasan pertanian membekalkan makanån kepada Pulau Pinang.
Melalui perjanjian ini, Kedah kehilangan wilayah Seberang Perai kepada British tanpa memperolehi sebarang perlindungan seperti yang diharapkan.
perjanjian pengambilan Singapura pada tahun 1819
antara Stamford Rames dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman.
Sebagai balasan Sultan Hussein menerima bayaran sebanyak $500 setahun manakala Temenggung Abdul Rahman menerima bayaran sebanyak S3000 setahun.
Kedua-dua mereka bersetuju untuk tidak membuat perjanjian dengan•mana-mana pihak tanpa persetujuan Rames.
Melalui perjanjian ini, Singapura diserahkan secara rasmi kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
British telah berjaya mendapatkan pelabuhan Melaka daripada kuasa Belanda.
Kedua-dua pihak ini telah berjaya memisahkan Kepulauan Melayu kepada dua bahagian iaitu pengaruh British dan Belanda.
Kesannya, British telah berjaya mengukuhkan pengaruhnya di negeri-negeri Melayu tanpa gangguan daripada kuasa Belanda.
Peperangan
Peperangan yang melibatkan Melayu Naning di bawah pimpinan Penghulu Dol Said dengan British antara tahun 1831 dan 1832 ini meletus apabila Dol Said enggan tunduk kepada desakan British yang memaksa Naning untuk membayar cukai, 1/10 daripada hasil tahunannya.
Naning mencapai kejayaan pada tahun 1831 , tetapi tewas di tangan British pada tahun 1832.
Hal ini kerana pada mulanya Naning mendapat bantuan daripada Yamtuan Ali dari Rembau dan beberapa pemimpin Negeri Sembilan yang lain.
Namun, pada tahun 1832, British telah membuat persetiaan dengan Rembau.
Rembau berjanji tidak akan membantu Naning.
Pada bulan Mac 1832, Kolonel Herbert mengetuai tentera menyerang Naning.
Pakatan British dan Rembau telah berjaya mengalahkan Naning
Pusat pentadbiran Naning iaitu Taboh telah ditawan dan rumah penduduk Naning telah dibakar Dol Said berundur ke Seri Menanti dan akhirnya menyerah diri kepada British.
Selepas itu, British telah menyatukan Daerah Naning dengan Melaka.
Pemuafakatan
Pada tahun 1793 telah meletus peperangan di Eropah.
Perancis yang berada di bawah pimpinan Napoleon Bonaparte telah berusaha meluaskan pengaruhnya dengan menakluki sebahagian besar negara di Eropah.
Pada tahun 1795, Perancis berjaya menakluki Belanda sehingga memaksa rajanya melarikan diri ke Britain bagi mendapatkan perlindungan
Kebimbangan Belanda terhadap tanah jajahannya di seberang laut akan menjadi sasaran Perancis menyebabkan Belanda bersetuju menyerahkan wilayahnya di seberang laut kepada British menerusi Arahan
Surat-surat Kew.
Arahan Surat-surat Kew membuka ruang kepada British untuk meneruskan perluasan kuasa di Asia
Tenggara termasuk di Tanah Melayu.
Permuafakatan antara British dan Belanda juga telah membawa kepada termenterainya Perjanjian InggerisBelanda 1824 yang menyaksikan British berjaya meluaskan pengaruhnya di Negeri-negeri Melayu tanpa halangan daripada pihak Belanda
Tipu Helah
cara Francis Light mendapatkan Pulau Pinang daripada Sultan Kedah bermula pada abad ke-19.
Contoh : perjanjian Inggeris-Kedah 1786 antara Francis Light dgn Sultan Abdullah utk membuka Pulau Pinang sebagai pangkalan tentera & pusat perdagangan British
Francis Light menjanjikan bantuan ketenteraan kpd Sultan Kedah sekiranya Kedah diancam oleh musuh
Sbg balasan, baginda membenarkan British menduduki Pulau Pinang,l.
namun bantuan-bantuan ketenteraan tdk dihantar lpd sultan kedah