Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kesan-kesan pendudukan Jepun ke atas gerakan mencapai kemerdekaan - Coggle…
Kesan-kesan pendudukan Jepun ke atas gerakan mencapai kemerdekaan
Penutup
Semangat kebangsaan yang bersemarak semasa pendudukan Jepun mempunyai haluan berbeza dan berpaksi kepada Negara asal kaum masing-masing.
Orang Melayu memperjuangan pembebasan tanah air melalui kesatuan Melayu Muda, orang Cina lebih kepada bersikap anti-jepun kesan daripada Perang China Jepun manakala orang India berjuang membebaskan Negara India daripada penjajahan.
Perkembangan politik selepas pendudukan Jepun memperlihatkan semua kaum di Tanah Melayu berganding bahu membentuk pakatan murni ke arah mencapai kemerdekaan.
Kesan sistem pentadbiran tentera Jepun
Pendudukan Jepun telah membangkitkan kesedaran kebangsaan yang mendalam dalam kalangan orang Melayu sehingga orang Melayu telah bangun menentang British apabila mereka balik semula ke Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
Ini jelas dilihat dalam kes penentangan orang Melayu terhadap pengisytiharan Malayan Union dan Gerakan Anti-Penyerahan Sarawak.
Orang Melayu sedar bahawa sultan mereka kehilangan kuasa politik sama seperti pada zaman penjajahan British.
Mereka sedar bahawa Jepun hanya memperalatkan kuasa dan sokongan sultan demi pentadbiran mereka sendiri.
Jepun masih mengekalkan institusi kesultanan Melayu tetapi sultan hanya sebagai ketua agama dan adat istiadat Melayu sahaja dan bukannya pemerintah negeri.
Orang Melayu sedar bahawa Jepun telah mungkir janji untuk memberikan kemerdekaan kepada tanah air apabila Jepun menyerahkan empat negeri Melayu Utara, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Thailand.
Kesan penglibatan orang Melayu dalam pentadbiran
Pengalaman dalam pentadbiran yang diterima oleh orang Melayu telah memberi keyakinan diri dan menyedarkan mereka bahawa orang Melayu mampu mentadbir negeri mereka sendiri.
Orang Melayu sedar bahawa semua bentuk penjajahan tidak akan membawa sebarang manfaat kepada mereka.
Mereka sedar bahawa British tidak boleh diharapkan dalam melindungi tanah air mereka.
Maruah dan imej British sebagai kuasa terunggul hilang apabila British kalah kepada tentera Jepun dalam masa yang singkat.
Orang Melayu sedar mereka tidak boleh bergantung kepada British untuk mempertahankan Tanah Melayu dan mesti berusaha sendiri bagi mempertahankan hak dan kepentingan serta tanah air mereka.
Pendedahan orang Melayu kepada organisasi ketenteraan dan separa tentera telah menyemai semangat Jepun, kesetiaan, pengorbanan, dan sikap anti-Barat.
Kesan pergerakan nasionalisme Melayu
Pembebasan para nasionalis seperti Ibrahim Yaacob telah membolehkan perjuangan nasionalisme diteruskan.
Ibrahim Yaacob telah menggunakan bantuan kewangan Jepun untuk membeli akhbar Warta Malaya pada tahun 1941 bagi menyalurkan mesej nasionalisme, membangkitkan kesedaran politik dan menjadi alat propaganda anti-British.
KMM telah bekerjasama dengan gerakan anti-Jepun untuk membentuk organisasi bawah tanah.
KMM berjaya memperalatkan Jepun bagi tujuan nasionalisnya.
Dengan sokongan yang diberikan oleh Jepun, KMM bergiat semula secara sulit dan berjaya menyemarakkan sentimen anti-British dalam kalangan masyarakat Melayu.
Pendudukan Jepun telah menyemarakkan kesedaran politik secara berparti dan berpersatuan dalam kalangan penduduk Tanah Melayu.
Ini dapat dibuktikan apabila selepas pendudukan Jepun banyak parti muncul, antaranya ialah UMNO,MCA,MIC,AWAS,API, dan PKMM.
Idea kemerdekaan juga disemai dalam kalangan orang Melayu semasa pendudukan Jepun walaupun KRIS gagal mencapai matlamat memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu bersama Indonesia dalam lingkungan Melayu Raya atau Indonesia Raya.
Kesan dasar berbeza-beza terhadap kaum di Tanah Melayu
Membangkitkan semangat kebangsaan yang mempunyai haluan berbeza mengikut kaum dan berpaksi kepada Negara asal.
Orang India lebih cenderung kepada perjuangan kemerdekaan di Negara India.
Orang Cina bersikap anti-Jepun dan berjuang mempertahankan Negara China daripada pencerobohan Jepun.
Akibat dasar menindas terhadap orang Cina, ramai orang Cina melarikan diri ke dalam hutan dan menganggotai Parti Komunis Malaya (PKM).
PKM menjadi parti yang paling popular dalam kalangan orang Cina dan dianggap sebagai pelindung mereka daripada penindasan Jepun.
Permusuhan antara Jepun dan orang Cina menyedarkan orang Melayu untuk bangun memperjuangkan hak mereka sebagai bumiputera Tanah Melayu
Kesan Dasar Ekonomi
Sistem ekonomi kawalan menyebabkan ekonomi dan taraf hidup rakyat
Ekonomi Tanah Melayu yang bergantung kepada eksport bijih timah dan getah mengalami kemerosotan.
Ini disebabkan pengeluaran berkurangan akibat peperangan dan sekatan ekonomi yang dikenakan terhadap Jepun.
Akibat percetakan wang kertas Jepun yang tidak terkawal dan kekurangan barangan pengguna, Tanah Melayu mengalami inflasi.
Perusahaan tempatan diambil alih oleh syarikat besar Jepun seperti Mitsubishi menyebabkan pengangguran semakin meningkat.
Sistem ekonomi kawalan mengakibatkan Tanah Melayu mengalami kekurangan barangan pengguna terutamanya tekstil dan makanan.
Pada tahun 1943, Tanah Melayu hanya menghasilkan 37.5% daripada beras penduduknya.
Program Grow Your Own Food Crops and Vegetable telah mencerobohi kawasan tanah simpanan Melayu
Kesan Dasar Sosial
Dasar penjepunan dan sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh Jepun menimbulkan kebencian dan kemarahan penduduk tempatan.
Namun, sistem pendidikan Jepun menyemai sifat kerajinan dalam kalangan belia terutmanya orang Melayu.
Penduduk tempatan dipaksa menjadi lebih rajin dan kreatif. Berhadapan dengan situa kekurangan bahan keperluan, mereka mencipta kain daripada benang nanas dan bahan api daripada susu getah.
Penduduk Tanah Melayu hidup sengsara dan menderita di bawah pemerintahan Jepun.
Mereka ditindas dan diseksa oleh Kempeitai tanpa diberi peluang membela diri.
Orang cina yang diseksa melarikan diri ke pinggir hutan untuk mengelakkan kekejaman.
Ramai orang India dijadikan buruh paksa dan dihantar ke sempadan Thai Burma untuk membina Jalan Kereta Api Maut.
Ramai yang meninggal dunia kerana kekurangan makanan dan wabak penyakit seperti beri-beri dan malaria.
Tambahan pula, tentera Jepun merampas ubat yang sedia ada.
Tindakan Jepun mengambil orang Melayu sebagai polis dan tentera untuk menentang MPAJA menambahkan lagi permusahan antara orang Melayu dengan Cina.