Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERUBAHAN SISTEM PENDIDIKAN - Coggle Diagram
PERUBAHAN SISTEM PENDIDIKAN
Sistem Pendidikan di Tanah Melayu
Sekolah agama islam
Sebelum penjajahan british, kanak-kanak melayu mendapat pendidikan di surau, masjid, dan sekolah pondok.
Kurikulumnya ialah membaca dan memahami al-quran, mempelajari bahasa arab, hukum-hukum agama serta kemahiran membaca, menulis dan mengira.
Selepas penjajahan british, sistem pendidikan pondok atau madrasah menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih teratur
Ciri-ciri pendidikan madrasah adalah Berdasarkan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan,
Dilaksanakan secara kelas mengikut tahap, Tahap pengajian ialah tahap permulaan, pertengahan, dan pengkhususan dan Mudir atau guru besar bertanggungjawab mengawasi perjalanan sistem madrasah
Sekolah vernakular melayu
Semasa pentadbiran british, sekolah melayu didirikan untuk memberi pendidikan sekular kepada anak-anak petani dan nelayan. Anak-anak melayu diajar menulis, membaca, dan mengira serta sedikit ilmu geografi, seni pertukangan dan pekebunan. Sekolah melayu hanya memberikan pendidikan rendah sehingga darjah enam
Pendidikan vernakular melayu adalah rendah mutunya. Tumpuan diberi hanya kepada asas-asas seperti membaca, menulis, dan mempelajari asas kira-kira. Perkembangan sekolah melayu hanya terhad kepada sekolah rendah sehingga darjah empat dan maktab perguruan
Sekolah vernakular cina
Pendidikan cina di tanah melayu sehingga abad ke-20 adalah berasaskan pengetahuan klasik confucius. Sekolah-sekolah cina menekankan kaedah pembelajaran secara menghafal, mendeklamasi teks confucius atau klasik cina tanpa memahami maknanya, penggunaan sempoa adalah penting
Sekolah cina menggunakan dialek masing-masing sebagai bahasa pengantar. Guru, sukatan pelajaran dan buku dibawa dari negara cina
Sekolah vernakular tamil
Pendidikan tamil secara formal di tanah melayu dimulakan oleh orang perseorangan dan pertubuhan masyarakat india.
Perkembangan sekolah vernakular tamildi pengaruhi oleh perkembangan ekonomi di tanah melayu, orang india berhijrah secara beramai-ramai untuk bekerja di ladang kopi, tebu, kelapa dan getah
Sekolah-sokolah tamil didirikan dikawasan ladang di seberang perai, pulau pinang dan johor
Bahasa pengantar digunakan ialah bahasa tamil dan kadangkala bahasa telegu, malayalam, punjabi atau hindi
Sekolah aliran inggeris
Sekolah inggeris menyediakan pelajaran bagi semua kaum di tanah melayu. Sekolah-sekolah ini diusahakan oleh mubaligh kristian dan badan-badan awam
Sekolah inggeris dibahagikan kepada sekolah perempuan dan sekolah lelaki. Kelas yang lebih tinggi akan mengajar kemahiran pertukangan seperti pertukangan kayu, membuat kasut dan pakaian.
Sistem Pendidikan
Sebelum Merdeka
Rancangan Cheeseman
Bertujuan menyusun semula dasar pendidikan di bawah Malayan Union. Syor yang dicadangkan ialah pendidikan percuma di peringkat rendah, pengajaran bahasa inggeris di semua sekolah rendah dan penubuhan dua jenis sekolah.
Tidak dapat dilaksanakan disebabkan Jabatan Pelajaran terlalu sibuk dengan kerja membaiki sekolah-sekolah yang rosak akibat peperangan.
Pada tahun 1949, satu Jawatankuasa Pusat Penasihat Pelajaran telah ditugaskan untuk mengkaji semula dasar pendidikan di bawah kerajaan Persekutuan. Namun cadangan ditolak oleh Majlis Perundangan Persekutuan.
Laporan Barnes
Jawatankuasa Barnes ditubuhkan untuk mengkaji semula masalah pendidikan di sekolah vernakular melayu. Mencadangkan rombakan semula semua sistem persekolahan termasuk sekolah melayu.
Syor yang dicadangkan ialah sekolah rendah vernakular yang berbeza-beza mengikut kaum hendaklah dimansuhkan dan digantikan dengan satu sistem persekolahan yang dinamakan sekolah kebangsaan.,
pendidikan percuma untuk semua sekolah kebangsaan., sekolah rendah diberi sokongan kewangan dan bahasa melayu menjadi bahasa penghantar pada peringkat sekolah rendah dan bahasa inggeris akan menjadi bahasa penghantar di sekolah menengah.
Laporan Fenn-Wu
Ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan vernakular cina dan diketuai oleh dua orang pakar pendidikan cina iaitu Dr. W.P. Fenn dan Dr. Wu Teh Yao.
Syor yang dicadangkan ialah bahasa Melayu, Cina, dan Tamil dikekalkan sebagai bahasa penghantar, pelajar-pelajar dari semua kaum digalakkan mempelajari semua bahasa, sekolah cina dikekalkan tetapi sukatan pelajarannya hendaklah berorentasikan kepada keadaan dan sejarah tempatan dan kerajaan patut menambahkan bantuan kewangan untuk pentadbiran sekolah cina.
Ordinan Pelajaran 1952
Oleh sebab perbezaan pandangan antara Laporan Barnes dengan laporan Fenn-Wu, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk mengkaji cadangan-cadangan mereka. Laporan jawatankuasa khas telah ditubuhkan dan diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran 1952.
Cadangannya ialah dua sistem persekolahan yang menggunakan bahasa inggeris dan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar bahasa Cina dan bahasa Tamil akan diajar sekiranya terdapat permintaan, pendidikan vokasional diperluaskan di peringkat sekolah menengah dan bahasa melayu dan bahasa inggeris diajar di peringkat sekolah rendah selama enam tahun.
Tidak dapat dijalankan kerana mendapat tentangan daripada masyarakat cina dan india, kekurangan kewangaan dan ancaman komunis ketika itu.
Penyata Razak 1956
1955, kerajaan persekutuan telah melantik Tun Abdul Razak untuk mempengerusikan sebuah jawatankuasa pelajaran.
Tugas jawatankuasa Razak ialah membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan bersesuaian dengan aspirasi menyatupadukan penduduk berbilang kaum, menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar, manjaga perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum-kaum lain, mengkaji Ordinan Pelajaran 1956 dan membuat pindaan jika perlu.
Cadangan penyata Razak ialah penubuhan sekolah umum (rendah) yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar dan sekolah jenis umum (rendah) yang menggunakan bahasa inggeris, cina, dan tamil sebagai bahasa penghantar.
Sekolah menengah melayu menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar dan sekolah menengah inggeris menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar.
Bahasa melayu dan bahasa inggeris wajib diajar di semua sekolah.
Akta Pelajaran 1961
Semua syor dalam Laporan Rahman Talib digubal dan diterima sebagai Akta Pelajaran 1961. System pendidikan aneka jurusan ditubuhkan pada 1965 bg sekolah menengah rendah menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan.