Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Dasar pendudukan Jepun ke atas gerakan mencapai kemerdekaan - Coggle…
Dasar pendudukan Jepun ke atas gerakan mencapai kemerdekaan
Pengenalan
Pada 7 Disember 1941, Jepun melancarkan serangan udara ke atas pangkalan tentera laut Amerika di Pearl Harbour, Hawaii.
8 Disember 1941, Jepun meyerang Tanah Melayu.
5 Februari 1942, seluruh Tanah Melayu dan Singapura jatuh ke tangan Jepun.
Sebab-sebab Jepun menakluk Tanah Melayu:
Keperluan sumber alam
Keperluan pasaran
Menubuhkan Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya
Semangat perjuangan tentera Jepun
Dasar Politik
Sistem Pentadbiran bercorak ketenteraan
Pentadbiran Jepun memerintah Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak selama 3 ½ tahun iaitu bermula dari 15 Februari 1942 sehingga 12 September 1945 adalah bercorak ketenteraan.
Kuasa tertinggi pemerintahan Jepun di Tanah Melayu terletak pada seorang Jeneral Jepun. Negeri-negei Melayu diketuai oleh seorang Gabenor atau Mayor.
Beberapa biro pentadbiran seperti Hal-Ehwal Umum, Perusahaan, Kewangan, dan Perhubungan ditubuhkan di bawah pentadbiran Gabenor.
Di Sabah dan Sarawak pula, sistem pentadbiran Jepun juga bercorakan ketenteraan.
Pentadbiran Sabah, Sarawak dan Brunei disatukan di bawah satu unit pentadbiran yang dipanggil Borneo Utara.
Kuasa tertinggi dalam pentadbian ialah Gabenor Jeneral yang berpusat di Kuching.
Pusat pentadbiran bertukar ke Sandakan selepas berlakunya pemberontakan Double Tenth di Sabah pada bulan Oktober 1943.
Penglibatan orang Melayu dalam pentadbiran
Pemerintahan Jepun mengalami masalah kekurangan pegawai awam.
Demi mengatasi masalah tersebut, Jepun telah mendirikan Kao Kunrenjo, iaitu Sekolah Latihan Kepimpinan.
Sekolah ditubuhkan di Singapura, Pulau Pinang, dan Melaka yang memberi latihan pentadbiran kepada orang Melayu.
Pelatih akan diberi jawatan dalam perkhidmatan awam selepas tamat latihan di sekolah tersebut.
Sebagai contoh, di Tanah Melayu, Kapten Mohd. Salleh Haji Sulaiman dilantik sebagai Pegawai Daerah di Hulu Perak dan Ibrahim Yaakob dilantik sebagai Leftenan Kolonel mengetuai pasukan Pembela Tanah Air (PETA).
Dasar Menggalakkan Pergerakan Nasionalisme Melayu
Sebaik sahaja Jepun berjaya menawan Tanah Melayu, Jepun memberikan sokongan kepada Kesatuan Melayu Muda (KKM) pimpinan Ibrahim Yaacob.
Jepun juga menubuhkan Pasukan Sukarela (PETA) atau Pembela Tanah Air yang dikenal sebagai Giyu Gun di bawah pimpinan Ibrahim Yaacob. Jepun menggalakkan pergerakan Melayu memberi bantuan kewangan kepada para nasionalis Melayu melalui KMM.
Menjelang akhir pendudukan Jepun, Jepun telah menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) pada Julai 1945.
KRIS merupakan satu badan yang akan melaksanakan tugas memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu bersama-sama Indonesia.
Dasar berbeza-beza terhadap kaum di Tanah Melayu
Jepun melayan orang Melayu dengan baiknya kerana memerlukan sokongan orang Melayu bagi meneruskan pemerintahan. Orang Melayu diberikan jawatan tinggi dalam pentadbiran Jepun dan Majlis Agama Islam ditubuhkan.
Orang India dilayan dengan memuaskan kerana Jepun mengharapkan sokongan dan kerjasama orang India dalam rancangannya menguasai India.
Bagi orang Cina pula, Jepun telah bertindak kasar terhadap mereka dan Jepun melakukan pembunuhan beramai-ramai dan bertindak zalim terhadap orang Cina. Layanan kasar ini berpunca daripada permusuhan antara Jepun dengan China
Dasar Ekonomi
Dasar Sistem ekonomi kawalan
Salah satu sebab Jepun menyerang negara kita adalah kerana sumber-sumber alam yang sangat diperlukan oleh pihak Jepun.
Sistem ekonomi beras ditukar kepada sistem ekonomi kawalan. Perniagaan dan perdagangan dalam negeri dikuasai oleh pihak Jepun.
Misalnya, perusahaan getah dan kayu balak tidak dapat diteruskan di Sabah.
Dasar Sistem Permit
Jepun memperkenalkan sistem permit bagi mengawal semua jenis perdagangan dan pergangkutan. Dengan permit khas, beberapa barangan utama dikawal dengan ketatnya.
Oleh sebab pengeluaran barangan makanan seperti beras tidak mencukupi,maka Jepun telah memperkenalkan catuan beras.
Penduduk perlu mendapatkan kupon dari Pejabat Kawalan makanan untuk ditukarkan dengan beras dan dihadkan dua gantang beras sebul.
Dasar Pengenalan mata wang Pokok Pisang
Jepun memperkenalkan dan mencetak mata wang baharu bagi tujuan menambahkan penggunaan mata wang yang berimejkan Negara Jepun di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
Bagaimanapun, mata wang ini tidak bernilai di pasaran antarabangsa dan hanya boleh digunakan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sahaja.
Dasar sosial
Dasar Rancangan Penjepunan
Jepun berazam untuk menghapuskan pengaruh Barat di negara-negara Asia Tenggara dan negara kita yang menjadi tanah jajahannya.
Matlamat ini dicapai melalui pelaksanaan rancangan "Penjepunan" malah ketaatan kepada Maharaja Jepun, wajib menyanyikan lagu kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo dan Aikoku Koshin Kyoku
Bahasa Jepun dijadikan bahasa pengantar dan bahasa perhubungan dalam semua urusan lain.
Kelulusan dalam bahasa Jepun menjadi syarat utama untuk tujuan kenaikan pangkat dalam pekhidmatan kerajaan Jepun di TM, Sabah dan Sarawak.
Dasar Pendidikan
Jepun memperkenalkan sistem pendidikan untuk menjepunkan masyarakat tempatan.
Sistem pendidikan Jepun memberikan tumpuan kepada ketaatan dan kesetiaan kepada maharaja Jepun.
Setiap pagi, murid-murid wajib menyanyikan lagu kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo dan Aikoku Koshin Kyoku.
Bahasa Jepun dijadikan bahasa pengantar dan buku-buku teks dalam bahasa Jepun banyak diterbitkan.
Akhbar Syonan Shimbun memainkan peranan penting dalam menerbitkan pendidikan Jepun.
Sekolah-sekolah Cina ditutup kerana Jepun mengamalkan dasar anti Cina.
Dasar menindas terhadap kaum cina
Jepun mengamalkan dasar berbaik-baik dengan orang melayu dan India tetapi dasar menindas terhadap kaum Cina.
Dasar berbaik dengan orang melayu kerana untuk mendapatkan sokongan mereka melalui pengekalan institusi kesultanan melayu dan mengambil merka untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam.
Dasar menindas orang Cina disebabkan perasaan membalas dendam ke atas orang Cina yang menyumbangkan sokongan kewangan dan peralatan perang kepada China semasa Perang China-Jepun 1937.
Beribu-ribu orang orang Cina dan India kehilangan nyawa semasa bekerja dalam buruh paksa pembinaan projek membina Jalan Kereta Api Maut di