Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Jelaskan peranan pengaruh luar dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu …
Jelaskan peranan pengaruh luar dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu
Pengenalan
Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air.
Nasionalisme tidak hanya terhad kepada pembebasan kuasa politik sahaja, tetapi juga pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan budaya asing.
Gerakan nasionalisme di Tanah Melayu merupakan tindak balas terhadap penjajahan asing dengan hasrat untuk menegakkan perasaan cintakan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air daripada penjajahan asing.
Gerakan nasionalisme di Tanah Melayu bermula pada abad ke-20 disebabkan British telah memperkenalkan pelbagai perubahan dalam sistem politik, ekonomi dan sosial.
Pengaruh luar antara faktor yang menyumbang dalam membangkitkan keinginan untuk mendapatkan hak hak politik dan membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan.
Oleh itu, terdapat beberapa pengaruh luar yang berjaya mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu.
Gerakan Islah
Golongan kesedaran Melayu ini dipelopori oleh golongan yang menganjurkan gerakan Islah Islamiah dari Timur Tengah pada tahun 1906.
Gerakan Islah Islamiah memperjuangkan Konsep Pan-Islamisme, iaitu satu gerakan menyatukan semua umat Islam di seluruh dunia dalam terhadap perluasan Barat.
Gerakan ini juga mendesak umat Islam supaya kembali kepada ajaran al-Quran dan hadis.
Para pelajar yang terpengaruh dengan pemikiran Syeikh Muhammad Abduh telah mempelopori gerakan pembaharuan setelah kembali ke tanah air, mereka menyeru orang Melayu supaya meninggalkan segala adat resam yang bercanggah dengan ajaran Islam
Gerakan Pan-Islamisme
Gerakan Pan-Islamisme diperkenalkan oleh Sultan Turki yang dianggap sebagai Khalifah sangat dihormati oleh seluruh dunia Islam.
Pada tahun 1876 hingga 1909, Sultan Abdul Hamid merupakan penyokong kuat gerakan Pan-Islamisme.
Gerakan ini merebak di kebanyakan negara Islam
termasuk Tanah Melayu.
Dunia Islam diseru supaya bersatu-padu di bawah satu naungan empayar Turki Uthmaniyah untuk menyekat perluasan kuasa Barat.
Hal ini mendorong umat Islam terutamanya di Tanah Melayu untuk menolak penjajahan barat.
Gerakan Turki Muda
Gerakan Turki Muda di bawah pimpinan Mustapha Kamal Attaturk
Gerakan ini mempengaruhi golongan intelektual di Tanah Melayu yang menganggapnya sebagai satu gerakan nasionalisme Islam yang berjaya mengatasi kelemahan dan kemunduran rakyat Turki.
Di Tanah Melayu, pengaruh gerakan Turki Muda ini tersebar dalam bidang politik pada tahun 1930.
Pengaruh dari Indonesia
Pengaruh dari Indonesia mempunyai impak yang sangat besar kepada orang Melayu
Hal ini kerana, golongan intelektual di Tanah Melayu telah membaca akhbar dan majalah dari Indonesia.
Sarekat Islam di Indonesia yang diketuai oleh Sayid Muhammad yang berasal dari Johor meluaskan pengaruh di Tanah Melayu.
Parti Komunis Indonesia dan Parti Nasional Indonesia telah berjaya mempengaruhi golongan nasionalis Tanah Melayu.
Hal ini kerana beberapa pemimpin PKI sering berkunjung ke Tanah Melayu misalnya seperti Tan Malaka dan Alimin Tan bagi menyebarkan fahaman komunis dan menarik sokongan daripada penduduk Tanah Melayu.
Pengaruh dari negara lain
Pengaruh dari negara lain seperti
India dan China masuk ke Tanah Melayu.
Pengaruh ini bertujuan membebaskan India
daripada penjajahan British.
Misalnya kepimpinan Mahatma Gandhi menjadi tokoh yang dikagumi oleh para nasionalis di Asia Tenggara.
Manakala, perkembangan di China seperti Revolusi China 1911 berjaya menggulingkan kerajaan Manchu telah membangkitkan kesedaran di Tanah Melayu.
Penutup
Kesimpulannya, pengaruh luar dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu memainkan peranan penting dalam membangkitkan kesedaran dalam aspek ekonomi, sosial dan politik dalam kalangan orang Melayu.
Antara pengaruh luar yang turut mempengaruhi ialah golongan yang menganjurkan gerakan Islah, Gerakan Pan-Islamisme, Gerakan Turki Muda, pengaruh dari Indonesia dan negara lain.
Sungguhpun demikian, pengaruh luar terutamanya dari Indonesia lebih banyak mempunyai pemikiran dan minda penduduk di Tanah Melayu.