Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN KANAK-KANAK - Coggle…
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN KANAK-KANAK
Genetik
Adalah penyebaran perwatakan fizikal dari ibu bapa kepada anak melalui gen mereka
Dipengaruhi oleh semua aspek seperti ketinggian, berat badan, kecerdasan, kebolehan serta penyakit dan persekitaran.
Persekitaran
Mewakili jumlah keseluruhan rangsangan fizikal dan psikologi yang diterima
Melibatkan persekitaran fizikal, keadaan geografi, persekitaran social dan hubungan dengan keluarga dan rakan sebaya
.
Jantina
Perkembangan anak lelaki dan perempuan adalah berbeza, terutama apabila mereka mendekati akil baligh
Senaman dan Kesihatan
Senaman menjadikan mereka sihat dan melawan penyakit dengan menguatkan system imun
Permainan luar mendedahkan kepada mikrob yang membantu mereka membina ketahan dan mencegah alahan
Hormon
Ketidakseimbangan dalam fungsi kelenjar penyembuhan hormone boleh mengakibatkan kecacatan pertumbuhan, obesity, masalah tingkahlaku dan penyakit lain
Nutrisi
Malnutrisi boleh menyebabkan penyakit akibat kekurangan nutrisi yang diperlukan dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
Pemakanan yang berlebihan boleh mendatangkan masalah kesihatan dalam jangka masa Panjang seperti Obesiti, Penyakit Kencing Manis dan Penyakit Jantung.
Pengaruh Keluarga
Pertumbuhan yang positif dapat dilihat apabila keluarga dapat meluangkan masa, tenaga dan kasih sayang kepada kanak-kanak semasa proses perkembangan mereka.
Jika kanak-kanak didapati mengalami penderaan atau pengabaian oleh keluarga sendiri, mereka cenderung untuk menjadi seseorang yang lemah dalam kemahiran bersosial.
Faktor Geografi
Kawasan tempat tinggal di mana kanak-kanak ini dibesarkan boleh mempengaruhi perkembangan mereka.
Cuaca atau iklim sesuatu tempat mempengaruhi kanak-kanak ini dari segi fungsi badan, alergik dan lain-lain keadaan kesihatan mereka.
Status Sosioekonomi
Status sosioekonomi sesebuah keluarga akan menentukan kualiti dan peluang seseorang kanak-kanak mampu perolehi.
Latarbelakang keluarga yang lebih stabil mampu memberikan sebarang bentuk bantuan sama ada dari segi pendidikan atau kesihatan jika ianya diperlukan oleh kanak-kanak tersebut.
Pembelajaran dan Pengukuhan
Pembelajaran dapat membentuk diri kanak-kanak dari sudut mental, emosi dan social mereka supaya mereka dapat menjadi seseorang yang berfungsi tinggi.
Pengukuhan pula adalah apabila sesuatu aktiviti dilakukan secara berulang dan diperhalusi untuk memastikan kanak-kanak dapat menguasai hasil pembelajaran.