Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bincangkan penentangan penduduk tempatan terhadap Pentadbiran Syarikat…
Bincangkan penentangan penduduk tempatan terhadap Pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) di Sabah pada abad ke 19
Pengenalan
-
Sepanjang penguasaan dan pendudukan tersebut, banyak perubahan telah dilakukan oleh SBBU ke atas Sabah
Contohnya pembahagian residensi(bahagian) ,pengenalan cukai baharu dan penubuhan pasukan polis yang dianggotai oleh orang Benggali Sikh.
SBUB ini telah menyebabkan rasa tidak puas hati penduduk tempat an yang membawa kepada penentangan oleh masyarakat setempat seperti Pangeran Samah, MatSalleh dan Antanom
Pada tahun 1883,Pangeran Samah yang mengetuai suku kaum Bajau telah bangkit menentang SBBU di Sabah khususnya pasukan polis Benggali Sikh
Beliau telah bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan kutipan cukai yang dikenakan ke atas perusahaan sarang burung yang diusahakannya
Sebagai bantahan terhadap tindakan SBBU itu,Pangeran Abu Samah telah bertindak menutup jalan jalan yang menghala ke Gua Gomantong yang menjadi tempat perusahaan sarang burung beliau
Buktinya, Pangeran Abu Samah dan pengikutnya telah menyerang pasukan peronda polis SBBU yang cuba untuk membuka kembali jalan tersebut .
Walaubagaimanapun, pengikut-pengikut Pangeran Samah telah berjaya ditumpaskan oleh pasukan polis SBBU dan pangeran Samah sendiri turut terkorban dalam pertempuran tersebut.
Kebangkitan rakyat tempatan yang paling besar dalam menentang SBBU, diketuai oleh seorang pemimpin di Hulu Sungai Sugut bernama Datu Muhammad Salleh bin Datu Balu atau lebih dikenali dengan nama Mat Salleh.
Mat Salleh menentang SBBU atas faktor SBBU memperkenalkan pelbagai jenis cukai yang membebankan masyarakat tempat an seperti cukai beras, lesen perahu dan amalan buruh paksa
Tindakan SBBU yang campur tangan dan memasuki wilayah Sg Sugut turut mengundang kemarahan Mt Salleh.
SBBU juga turut membina jalan raya dan landasan kereta ap[mer ent asi kawasan Ranau yang berada dibawah kekuasaan MatSalleh tanpa berunding terlebih dahulu.
Kemuncak kemarahan Mat Salleh meletus apabila kampungnya di SgSugutdi serang dan di bakar oleh SBBU ekoran dari pergaduhan antara pegawai Inggeris dengan penduduk tempatan
Pada bulan Ogos1895,MatSalleh dan beberapa pembesar tempatan ke Sandakan menemui gabenor Beaufort iaitu C. v .Creagh tentang masalah cukai dan sikap keras pegawai British dengan penduduk tempatan.
Malangnya, beliau tidak dilayan dan diarahkan ditangkap atas dakwaan melakukan beberapa kesalahan.
-
Pada Julai 1897, Mat Salleh dan pengikutnya menyerang Pulau Gaya dan memusnahkan bangunan kerajaan British.
British bertindak balas dengan menyerang kampung kediaman Mat Salleh di Sungai Inanam tetapi Mat Salleh berjaya melepaskan diri dan membina kubu Mat Salleh di Ranau.
Pada bulan Disember 1897, British menyerang dan membinasakan kubu Mat Salleh di Ranau tetapi sekali lagi beliau berjaya melepaskan diri.
Setelah gagal menangkap Mat Salleh, SBBU menawarkan perdamaian dan berjanji membenarkan Mat Salleh mentadbir wilayah Tambunan.
-
Pada bulan Disember 1899, SBBU telah menghantar satu pasukan untuk menyerang petempatan dan kubu Mat Salleh secara besar-besaran dengan serangan meriam tanpa henti.
-
Walau bagaimanapun, perjuangan Mat Salleh telah diteruskan oleh pengikutnya, Mat Sator dengan sokongan kaum Bajau dan Ilanun.
Namun, semua penentangan ini berjaya ditumpaskan oleh SBBU.
Penutup
Kesimpulannya, gerakan penentangan penduduk tempatan terhadap pentadbiran British di Sabah telah menemui kegagalan.
Namun penentangan dan kebangkitan ini jelas menggambarkan bahawa telah uncul semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan