Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
MUKADDIMAH BUSTAN AL-KATIBIN, : : : - Coggle Diagram
MUKADDIMAH BUSTAN AL-KATIBIN
Kelebihan akal
(Kata Hukama)
Akal basra'tul-fahm
Tanda berakal segera faham
Tahratul-aqlu husnu'l-ikhtiar wa dalil li tahu sohbatul ikhtiara
Membaikkan ikhtiar dan tandanya bersahabat dengan orang yang pilihan daripada orang yang baik-baik.
Al-Fadhlu bil-aqli wal-adabu la bil-ahli wan-nasabi
Kelebihan itu akal dan adab dan tiada sebab bangsa dan sebab asal, jikalau beberapa bangsa pun tiada ilmu dan akal dan adab, ke bawah juga jatuhnya.
Man sa'a adabahu dha'an nasbahu
Barang siapa jahat adabnya sia-sialah bangsanya.
Husnu haliah
Akal itu sebaik-baik perhiasan
Membincangkan
kelebihan ilmu
,
akal
dan
budi bahasa
Apabila sudah mengetahui kelebihan ilmu, hendaklah
memelihara adab dan syaratnya
Apabila
tiada adab
dan syaratnya,
maka sia-sia
lah pekerjaan
Bermula kehendak ilmu perkataan pada jalan berkata-kata kerana adab dan sopan itu daripada tutur kata juga asalnya, kemudian baharulah pada kelakuan.
Memperkatakan tentang** kelebihan ilmu bahasa atau tutur kata dan karang mengarang.
** Raja Ali Haji mengistilahkannya sebagai
ilmu al-qalam wa al-kalam
atau ilmu penulisan dan perbicaraan
Raja Ali Haji turut menyatakan syarat dan adab untuk menuntut ilmu dalam bab ini.
Syarat bagi menuntut ilmu ialah
"antara nafsumu dengan dirimu sendiri"
yang bermaksud untuk menuntut ilmu kita perlulah mempunyai keinginan untuk belajar yang tinggi.
Adab menuntut ilmu pula ialah "antara dirimu dengan gurumu" yang membawa maksud
seseorang yang ingin menuntut ilmu perlulah beradab dan menghormati gurunya
Syarat
menuntut ilmu
Al-Muhafazat
- Dihafazkan mana-mana ilmu yang sudah dibaca sekiranya hadir sahaja apabila dikehendakinya pada mengeluarkan dia
Muzakarah
- Menyebut-nyebut ilmu itu pada yang bersama-sama menuntut mengaji sertanya, barangkali taulan kita itu lupa atau kita sendiri pun lupa juga. Maka tatkala dibawa beringat-ingatan itu menjadi bertambah-tambah ingatannya
Al-Mudrasah
- Kuat menderas meskipun sudah dapat akan mafhumnya hendaklah dideras juga mana-mana ilmu yang sudah dibaca.
Mutala'at
- Menilik pada ilmu yang sudah kita kaji itu serta memikirkan maknanya dan memikirkan mafhumnya, maka jika dapat maka itu yang dituntut. Dan lagi tersangkut pada fikiran kita itu sama ada pada maknanya atau mafhumnya ingatkanlah baik-baik pada tentang yang kita tersangkut itu.
Al-Himmat
- Bersungguh-sungguh hal yang kuat pada hati pada berkehendak mendapat akan ilmu itu.
Tanda-tanda orang yang tidak mendapat ilmu
Kathir al-isytighal
yakni mereka yang bimbang terlampau terhadap hajatnya (termasuk juga lalai atau banyak main)
Sifat takbur dalam diri
4.
Barud al-himmah
yakni mereka sejuk hemat serta sangat pemalas dan hati-hati sejuk daripada mengasihani serta lalai dan lupa terhadap pelajarannya.
Su'ul akhlak wa 'umi l-basyirah
yakni jahat perangai serta buta mata hatinya
Tidak tahu diri itu jahil.
: : :