Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pemikiran menegak dan mendatar - Coggle Diagram
Pemikiran menegak dan mendatar
Definisi Pemikiran
Konsep pemikiran adalah proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental dalam otak manusia.
Semasa berfikir, otak manusia akan bertindak dengan usaha memahami rancangan luar yang diterima melalui deria, membentuk konsep, membuat tafsiran dan tindak balas berdasarkan pengalaman yang sedia ada dalam ingatan.
Pemikiran menegak
adalah pemikiran yang sangat linear dan terpilih. Setiap langkah adalah tepat, perlu dan mesti betul.
Kebanyakan masa, pemikiran menegak juga mesti mengikuti laluan yang sangat lurus dan jelas
Pemikiran menegak dikenali sebagai “vertical thinking”
Ciri-ciri
Murid-murid mesti betul dan tepat dalam setiap langkah
Dalam kategori pemikiran menegak, klasifikasi dan label adalah tetap
Seseorang itu mesti betul pada setiap masa
Pemikiran menegak mengikut urutan yang spesifik
Pemikiran menegak lebih menumpukan kepada apa yang relevan
PEMIKIRAN MENDATAR / LATERAL
dikenali sebagai pemikiran analitikal. ia telah diperknalkan oleh Dr Edward de Bono. kepentingan pemikiran mendatar adalah sesuatu masalah perlu dilihat drpd perspektif yang berlainan supaya ia mudah diselesaikan
EMPAT FAKTOR PEMIKIRAN MENDATAR
Mengenalpasti idea-idea dominan utama dalam masalah yang dihadapi.
Melihat sesuatu masalah daripada sudut-sudut yang berlainan.
Melonggarkan cara-cara pemikiran yang terkawal.
Menggunakan idea-idea yang diberikan oleh orang lain
TUJUAN
untuk merangsang pemikiran kreatif khasnya dalam aktiviti dimana murid-murid dalam setiap kumpulan perlu berhubung satu sama lain
TEKNIK PEMIKIRAN LATERAL
Perkaitan Bebas
Perkaitan bebas berlaku dalam proses sumbangsaran di mana terdapat banyak idea idea bebas untuk murid-murid membentuk kaitan dengan konsep-konsep yang dikaji.
Kaedah “Reversal”
Penggunaan kaedah reversal adalah untuk menilai sesuatu keadaan yang biasa secara terbalik. Murid-murid tidak perlu mencari jawapan yang betul tetapi penyusunan maklumat akan menggalakkan mereka untuk melihat cara-cara yang berbeza untuk menilai sesuatu situasi.
Kaedah Objek Fokal
Dalam kaedah ini, murid-murid memilih sesuatu objek secara rawak dan mengaitkan objek tersebut dengan masalah yang dikaji.