Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Huraikan faktor-faktor yang mendorong peningkatan pengeluaran getah di…
Huraikan faktor-faktor yang mendorong peningkatan pengeluaran getah di Tanah Melayu pada abad ke 20.
Pengenalan
-
Pada tahun 1877, 22,000 bijih benih dibawa ke Singapura dan ditanam di Taman Botanical Singapura serta di perkarangan rumah Sir Hugh Low (Residen Perak) di Kuala Kangsa
Pada awal abad ke-20, tanaman getah mula diminati oleh orang ramai
-
Kejatuhan harga kopi
Kejatuhan harga kopi menjadi faktor menyebabkan perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Pada tahun 1890-an, berlaku kejatuhan harga kopi akibat saingan kopi Brazil.
-
-
-
Buktinya pada tahun 1898, taman-taman percubaan Kerajaan Perak telah menjual 32 ribu biji benih getah dan 60 ribu anak benih getah.
Kejatuhan harga kopi ini telah memberi ruang kepada perkembangan tanaman getah yang mula mendapat sambutan dalam kalangan pekebun kecil tempatan seterusnya peladang-peladang asing
-
Peranan H.N. Ridley
H.N. Ridley yang menjadi pengarah Taman Botanical Singapura sejak tahun 1888 bertanggungjawab ke atas perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu
Beliau telah menjalankan penyelidikan dan menggalak penduduk Tanah Melayu menanam getah sehingga digelar "Ridley Getah" atau "Ridley Gila".
Sebagai contoh, pada tahun 1896, seorang Cina di Selangor iaitu Tan Chey Yan telah menanam 40 ekar getah dan pada tahun yang sama, adik-beradik Kindersley telah menanam 5 ekar getah di Kajang.
H.N. Ridley telah mencipta teknik menoreh getah yang dikenali sebagai "Tulang Ikan Herring" yang membolehkan pokok getah hidup lebih lama dan pengeluaran susu getah meningkat.
Beliau juga telah mencipta cara mengangkut anak benih getah, iaitu membungkusnya dengan arang yang lembap.
-
-
Tenaga buruh
Tenaga buruh didapati dengan mudah dan murah hasil daripada usaha untuk membawa imigran-imigran dari Selatan India terutamanya dari Madras
Pada tahun 1907, tabung imigran orang-orang India telah ditubuhkan bagi menguruskan kedatangan orang India.
Imigran-imigran India dibawa ke Tanah Melayu melalui beberapa sistem seperti Sistem Kontrak dan Sistem Kangani
Usaha ini telah membantu orang-orang India datang ke Tanah Melayu dengan lebih mudah kerana adanya hubungan kerjasama Kerajaan British di India dan Tanah Melayu.
Kedatangan ramai imigran India sebagai buruh menyebabkan lebih banyak ladang-ladang dibuka di Tanah Melayu dan seterusnya menyumbang kepada pertambahan pengeluaran getah.
Dasar Kerajaan British
Perlaksanaan Sistem Residen di Tanah Melayu sejak tahun 1874 menamatkan kekacauan di Tanah Melayu seperti perebutan takhta, pergaduhan antara pembesar, pergaduhan di antara pelombong Cina, perlanunan dan lain-lain lagi.
Kestabilan politik serta keamanan dan peraturan yang wujud telah menarik ramai pelabur-pelabur Eropah untuk menanam modal dalam perusahaan getah.
-
-
Pada tahun 1910, sebanyak 142 buah ladang getah dibuka di Selangor.
Antara firma Eropah tersebut ialah Harrison dan Crossfield, Sime Darby, Guthurie, serta Dunlop
-
Penutup
Kesimpulannya, pada tahun 1920, perusahaan getah menjadi punca hasil yang terbesar bagi Tanah Melayu
-
Pada tahun 1920-an, berlaku kejatuhan harga getah.
Akibatnya, Kerajaan British terpaksa melaksanakan Rancangan Pembatasan Stevenson dan juga Rancangan Pembatasan Getah Antarabangsa pada tahun 1934