Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KPD3016 (Kaedah Pengajaran) - Coggle Diagram
KPD3016
(Kaedah Pengajaran)
Pedagogi
Perkataan pedagogi berasal daripada bahasa latin.
Bermaksud kaedah mengajar kanak-kanak.
Dalam erti kata lain, ia merupakan kemahiran mengajar yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan PdP.
Bertujuan untuk membantu guru memahami prinsip-prinsip PdP.
Memulakan pengajaran yang mudah dahulu sebelum masuk ke bahagian yang sukar.
Kaedah berpusatkan guru / kaedah berpusatkan pelajar.
Guru diminta untuk menyediakan BBM yang menarik dan bermakna.
Guru digalakkan mempelbagaikan gaya mengajar.
Guru perlu melibatkan murid secara aktif semasa pdp dilaksanakan.
Model yang diperkenalkan dalam pedagogi
Model Taba
Menekankan penyusunan bahan-bahan pengajaran dalam suatu sistem yang sesuai yang mana dapat meningkatkan kemahiran berfikir pelajar.
Pelajar perlu melakukan operasi kognitif terhadap bahan pengajaran atau pemilihan suatu konsep haruslah dilakukan melalui empat peringkat iaitu menyusun data, atau fakta dengan memerhati ciri-cir persamaan dan perbezaan, mengelaskan fakta-fakta menjadi kategori dan mengaplikasikan apa yang dipelajari.
Model Sim
Proses pengajaran yang berlaku melalui interaksi antara guru, pelajar, isi pelajaran dan juga objektif, kesemua perkara tersebut saling berkait antara satu sama lain.
Model ini dibina berlandaskan bidang komunikasi, iaitu interaksi di antara guru dan murid dengan objektif dan isi pelajaran dalam suatu persekitaran tertentu.
Objektif pelajaran harus ditentukan secara expilisit dan mengikut kebolehan murid-murid.
Interaksi antara guru, pelajar, objek, isi pelajaran dan persekitaran dapat diwujudkan dengan berkesan.
Model Robert Glazer
Proses PdP dibahagikan kepada 4 komponen iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada pelajar, kaedah mengajar dan penilaian.
Tindak balas pelajar merupakan satu aspek penting dalam proses PdP.
Objektif pengajaran - ditentukan sesuai dengan pengetahuan sedia ada pelajar.
Kaedah pengajaran - dipilih berdasarkan objektif pengajaran dan pengetahuan sedia ada pelajar.
Penilaian - dijalankan keatas segala proses pengajaran dengan tujuan untuk mengesan kelemahan.
dibina berdasarkan konsep pengajaran sebagai suatu proses yang menitkberatkan langkah-langkah pengajaran iaitu perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas.
Model Latihan Terus / Arahan Terus
bertujuan untuk membantu pelajar mempelajari ilmu pengetahuan atau kemahiran asas yang boleh diajar dengan cara langkah demi langkah.
dikenali sebagai ‘Model Latihan’ dan ‘Model Pengajaran Aktif’.
dibentuk khas untuk merangsang pembelajaran pelajar berkaitan pengetahuan berprosedur (procedural knowledge) yang memerlukan sama ada kemahiran asas atau komprensif dan jugaberkaitan ilmu pengetahuan yang memerlukan pengajaran langkah demi langkah.
menekankan aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang ditunjukkan oleh guru sebelum pelajar melakukannya semula.
Model Inkuiri
merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang dikemukakan.
memerlukan pelajar mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, menjalankan kajian atau siasatan dan seterusnya mendapatkan jawapan dan membuat rumusan.
Terdapat dua jenis teknik inkuiri ‘inkuiriterbimbing’ dan ‘inkuiri terbuka’.
Inkuiri terbimbing memerlukan guru membimbing pelajar menjalankan segala proses kajian. Inkuiri jenis ini sesuai dilaksanakan pada peringkat sekolah rendah dan menengah
IInkuiri terbuka, pelajar tidak diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh pelajar sendiri. Oleh itu, ianya sesuai dilaksanakan pada peringkat pengajian yang lebih tinggi seperti di universiti.
Paragogi
strategi pendidikan yang membiasakan pelajar dengan latihan untuk memberi tumpuan kepada pembelajaran bersama dengan rakan sebaya.
Pembelajaran rakan sebaya bertujuan untuk menyokong pelajar mengembangkan pengetahuan dan kemahiran mereka, meneroka potensi dan kekuatan mereka, mengenal pasti matlamat dan rancangan untuk penambahbaikan, serta menyesuaikan rancangan yang diperlukan untuk mencapai matlamat pembelajaran mereka.
Andragogi
Pada pendidikan formal, andragogi seringkali digunakan pada proses pembelajaran pada level pendidikan menengah ke atas.
Dalam menerapkan konsep, prinsip andragogi pada proses pembelajaran sebenarnya tidak secara mutlak harus berdasarkan bentuk, satuan tingkat, akan tetapi yang paling utama adalah berdasarkan pada kesiapan peserta didik untuk belajar.
Strategi yang memberi tumpuan kepada orang dewasa dan prihatin dengan membuat mereka belajar dengan lebih berkesan dan cekap membentuk subjek andragogy.
Andragogy adalah kaedah dan amalan mengajar pelajar dewasa.
Pengajar dipanggil fasilitator atau jurulatih dalam andragogy
andragogy adalah gaya belajar yang bebas.
objektif dalam andragogy adalah fleksibel.
Heutagogi
pembelajaran yang ditentukan sendiri, adalah strategi pengajaran berpusatkan pelajar yang menekankan pengembangan autonomi, keupayaan, dan kemampuan pelajar.
Dalam zaman yang serba canggih, pelajar dan guru berhadapan dengan maklumat yang banyak dan kepelbagaian maklumat.
amat penting bagi pelajar untuk memiliki kemahiran pembelajaran arahan kendiri (self-directed learning skills).
Pembelajaran arahan kendiri sangat penting dalam dunia dan tenaga kerja masa kini.
untuk merancang, mengembangkan, menyesuaikan dan mengubah maklumat untuk disesuaikan selari dengan masyarakat digital, interaktif dan global.
Sibergogi
Guru dapat mewujudkan persekitaran dan iklim pembelajaran yang lebih luas tanpa dibatasi oleh halangan tradisional seperti bilik darjah, jadual dan kurikulum.
Proses pendidikan seharusnya dapat menerokai kehidupan pelajar dengan lebih luas dan menjadikan iklim penerokaan pengetahuan menarik dan relevan dengan keadaan semasa.
Education 4.0
revolusi dalam pendidikan yang mana ia bertujuan mengikuti arah perubahan teknologi yang begitu cepat untuk mengimbangi revolusi industri 4.0 yang tengah berjalan.
innovative-producing education
Sistem pembelajaran yang fleksibel dan interaktif seperti mengadakan smart class room perlu diperluaskan tidak kira di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah mahupun institusi pengajian tinggi
ia bertujuan agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik serta mampu merangsang minat pelajar sekalis gus dapat membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar.
P