Pengamalan Sebutan dan Penyukuan Sebutan Berdasarkan Baku.
Pembakuan Sebutan
Penyebutan dan Penyukuan
Matlamat
Dasar
Ciri-ciri
Maksud
Sebutan yang digunakan dalam situasi formal atau rasmi contohnya
-Pengajaran dan pembelajaran (PdP) di institusi pendidikan.
-Ucapan di khalayak ramai seperti pidao, ceramah, syarahan, perbahasan, forum, pengumuman dan kuliah.
-Komunikasi rasmi dan perbincangan di sektor awam seperti mesyuarat rasmi, temuduga, wawancara dan ucapan dalam upacara rasmi.
-Siaran melalui media elektronik seperti pembacaan berita, penyampaian hebahan, ulasan dan pengacaraan sesuatu matlamat.
-Menyeragamkan sebutan dalam bahasa Melayu.
-Mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam situasi formal atau situasi rasmi.
-Meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu baku di kalangan semua pengguna bahasa Melayu
-Memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu supaya sistem sebutan dapat menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa, kosa kata iaitu perbendaharaan kata umum dan istilah, sistem ejaan dan laras bahasa
-Menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur dan mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat dalam pengajaran dan pembelajaran di oeringkat sekolah.
-Berdasarkan ejaan seperti sebutan menurut pelambangan huruf dan penyukuan kata serta fungsi dalam ayat.
-Menurut Awang Sariyan (1988), ahli-ahli bahasa telah bersependapat tentang dasar sebutan baku bahasa Melayu iaitu sebutan bagi kata bahasa Melayu hedaklah berdasarkan sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan.
-Kata-kata dieja sebagaimana diucapkan dan diucapkan sebagaimana dieja.
-Secara umunya, setiap huruf dalam ejaan rumi atau jawi perlulah dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa yang dilambangkan.
-Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata iaitu pola pada suku kata sama ada kata dasar atau kata terbitan
-Intonasi merupakan nada suara yang naik atau turun sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam bahasa Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan.
• Sebutan kata
Berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan bentuk kata iaitu pola-pola suku kata sama ada kata dasar atau kata terbitan. Contohnya pola-pola suku kata KVK, KKVK atau VK.
• Sebutan huruf
Setiap huruf dalam ejaan rumi iaitu jawi hendaklah dilafazkan dengan jelas menurut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkan.
Intonasi
-Nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis atau bentuk ayat.
-“masuk !” seseorang individu sedang marah
Fungsi
Fungsi Intonasi
o Fungsi emosional- kegembiraan, kesedihan dan kemarahan.
o Fungsi gramatis- menandakan kontras dari segi tatabahasa terhadapa sesuatu ujaran sama ada klausa atau ayat itu merupakan pernyataan.
o Fungsi struktur informasi- memberikan sesuatu yang baharu yang telah dimaklumi.
o Fungsi tekstual- membentuk nada dan gaya suara yang turun naik contohnya pidato dan berita.
o Fungsi psikologi- membantu mengubah bahasa menjadi unit ujaran yang mudah diingat.
o Fungsi indeksikal- menandai identiti seseorang iaitu membantu mengenali seseorang sama ada tergolong dalam kumpulan sosial atau kumpulan pekerja yang berbeza.
Kata Dasar
-Vokal “a” dilafazkan dengan a pada bahagian mana pun sama ada terbuka atau tertutup.
-Vokal a disebut sebagai mana dieja dan dieja sebagaimana dilafazkan.
-Contoh saya, berapa, dan apa.
-Vokal “i” perlu dibunyikan dengan i. Sama ada terbuka atau tertutup.
-Sebutan i dalam perkataan alih bagi ejaan dalam sebutan baku disebut alih manakala dalam Johor-Riau disebut sebagai “aleh”.
-Vokal “u” perlu disebut sebagaimana dieja.
-Sebutan perkataan betul menjadi betol bagi sebutan Johor-Riau manakala sebutan tersebut kekal menjadi betul bagi sebutan baku
Kata Terbitan
Disebut mengikut pola pemenggalan suku kata yang berdasarkan pola ejaan VK KV dan KVK
Imbuhan awalan:Contoh ber nya nyi
Kata terbitan dengan awalan meng atau peng yang disebut sebagai meng a rah dan pe ng un di.
Imbuhan akhiran -an, -i dan –kan atau partiel –lah contohnya bilakah dan menjalankan.
Imbuhan apitan me-…-kan., peng-…-an yani contoh sebutan pengamalan yang disebut sebagai peng a ma lan.