Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bincangkan peranan golongan intelektual dalam gerakan nasionalisme di…
Bincangkan peranan golongan intelektual dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu.
Pengenalan
Nasionalisme merupakan perasaan cintakan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air.
Gerakan ini merupakan satu tindak balas terhadap penjajahan asing dengan menegakkan nilai dan institusi-institusi yang dapat mencerminkan konsep negara yang bebas dan berdaulat.
Perkembangan sistem pendidikan melahirkan golongan intelektual Melayu yang terdedah kepada pelbagai idea dan falsafah politik daripada Barat seperti demokrasi, liberalisme, perlembagaan dan nasionalisme.
Golongan intelektual merupakan golongan yang membekalkan kepimpinan untuk mewujudkan satu gerakan kebangsaan di Tanah Melayu
Golongan ini telah merancakkan lagi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu .
Golongan intelektual yang dimaksudkan ialah mereka yang mendapat pendidikan sekular dan agama, iaitu daripada aliran berpendidikan Timur Tengah, berpendidikan inggeris dan berpendidikan Melayu
Oleh sebab itu, tiga golongan intelektual ini amat berperanan penting dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu.
Golongan intelektual berpendidikan di Timur Tengah
Golongan ini terdiri daripada Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin dan Syeikh Muhammad Salim Al-Kalali
Perjuangan, peranan, dan sumbangan golongan ini iaitu Kaum Muda adalah melalui majalah Al-Imam.
Majalah Al-Imam adalah majalah mula-mula sekali meniupkan seruan dakwah Islamiah dan mencetuskan Gerakan Islah
Golongan ini yakin bahawa umat Islam masih boleh diselamatkan sekiranya diberi petunjuk kepada hakikat dan ajaran Islam yang sebenar
Pelajar lulusan dari Timur tengah memulakan usaha yang dikenali sebagai Gerakan Pemulihan Islam dengan menyeru orang Melayu berpegang teguh dengan ajaran Islam sebenar.
Misalnya, Syed Syeikh al-Hadi telah menyuarakan pandangannya melalui novel Hikayat Faridah Hanum engan menggambarkan keinginan muda mudi Islam berusaha menyesuaikan diri mereka dalam segala keadaan dunia moden
Selain itu, Kaum Muda turut menubuhkan beberapa buah madrasah untuk mewujudkan sistem pendidikan agama yang lebih liberal dengan memasukkan bahasa Inggeris dan mata pelajaran moden di samping bahasa Arab.
Walau bagaimanapun, Kaum Muda mendapat tentangan daripada Kaum Tua yang kebanyakkannya terdiri daripada golongan ulama dan pegawai agama.
Mereka menolak idea Gerakan Islah.
Kaum Tua telah menerbitkan akhbar Suara Benar dan Lidah Benar.
Oleh kerana itu, Gerakan Islah hanya berkembang di Negeri Negeri Selat sahaja.
Golongan intelektual berpendidikan Inggeris
Golongan intelektual berpendidikan Inggeris merupakan perjuangan yang muncul apabila orang Melayu bimbang penguasaan ekonomi oleh bangsa asing
Golongan ini juga merupakan golongan yang bersikap sederhana dan sanggup bekerjasama dengan pihak penjajah
Mereka menyuarakan masalah-masalah sosial dan ekonomi yang dihadapi oleh orang Melayu.
Mereka menggesa kerajaan British untuk membaiki keadaan ekonomi dan memperbanyakkan peluang untuk orang Melayu menceburi perkhidmatan awam serta melatik lebih ramai orang Melayu sebagai pegawai dalam jabatan kerajaan.
Antara golongan intelektual berpendidikan Inggeris ialah Raja Chulan, Dato' Abdullah bin Haji Dahlan, Dato' Onn bin Jaafar, dan Mohammad Eunos bin Abdullah.
Kesatuan Melayu Singapura yang ditubuhkan oleh Mohammad Eunos bin Abdullah bertujuan untuk memajukan orang Melayu dalam sistem pendidikan dan bidang politik.
Golongan ini banyak terlibat dalam gerakan persatuan atau pertubuhan seperti Kesatuan Melayu Singapura, Persatuan Melayu Perak, Persatuan Melayu Selangor, Persatuan Melayu Negeri Sembilan dan sebagainya.
Misalnya, Persatuan Melayu Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada 1938 bertujuan menjaga dan mengawal kepentingan serta adat istiadat orang Melayu dan meminta supaya hak ketuanan orang Melayu dalam segala bidang ditingkatkan
Golongan intelektual berpendidikan Melayu
Golongan intelektual berpendidikan Melayu menyebabkan perjuangan orang Melayu antara tahun 1937 hingg 1941 yang berunsurkan politik dan agresif.
Golongan ini menyedari perlunya tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu.
Mereka telah menggunakan idea baharu untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British.
Golongan ini kebanyakkannya merupakan lulusan Maktab Perguruan Sultan idris(MPSI) di Tanjung Malim.
Misalnya, Ibrahim Haji Yaakob menubuhkan Belia Malaya pada tahun 1930 bagi meningkatkan taraf hidup orang Melayu dan menentang penjajahan British
Mereka mendapat ilham daripada perjuangan rakyat Indonesia menentang penjajahan Belanda kemudiannya mengatur langkah membebaskan Tanah Melayu dari penjajahan.
Selain itu, Harun Aminurrashid membangkitkan kesedaran kebangsaan melalui penulisan puisi
Manakala, Harun Hadi Hassan merupakan pensyarah MPSI sentiasa menanamkan semangat nasionalisme kepada pelajarnya
Apa yang pasti, usaha tokoh-tokoh nasionalis ini menimbulkan kesedaran untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British
Penutup
Kesimpulannya, terdapat tiga golongan intelektual yang berperanan dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu iaitu golongan intelektual berpendidikan Timur Tengah, intelektual berpendidikan Inggeris dan intelektual yang berpendidikan Melayu.
Usaha tokoh-tokoh nasionalis ini menimbulkan kesedaran untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British
Walau bagaimanapun,golongan intelektual dari aliran pendidikan barat dan Melayu memainkan peranan yang sama penting dalam menimbulkan kesedaran nasionalisme dalam kalangan orang Melayu.
Mereka berganding bahu bersama bagi menyumbangkan tenaga dan fikiran untuk memajukan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan pendidikan.