Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
faktor-faktor dan cara-cara penghijrahan masyarakat India di Tanah Melayu …
faktor-faktor dan cara-cara penghijrahan masyarakat India di Tanah Melayu
Faktor Penolak
Pertambahan pesat yang berlaku di India telah menimbulkan pelbagai masalah terutamanya kepada masyarakat tani.
Tanah yang boleh diusahakan untuk kegiatan pertanian semakin berkurang.
Petani yang memiliki tanah pula mula kehilangan tanah kerana terpaksa menjual atau menggadaikannya untuk membayar cukai atau hutang.
Petani yang tidak memiliki tanah pula terpaksa memajak tanah daripada tuan tanah yang menyewakannya dengan kadar yang tinggi.
Kesusahan ini ditambah lagi dengan bencana alam yang sering berlaku seperti banjir, kemarau, kebuluran dan merebaknya wabak penyakit.
Sistem sosial di India juga membataskan mobiliti ekonomi dan sosial. Mereka yang berasal daripada kasta rendah tidak berpeluang meningkat ke taraf yang lebih tinggi.
Mereka sentiasa dihina dan tidak dapat menikmati hak yang sama dengan golongan yang berasal daripada kasta tinggi.
Keadaan ini diburukkan lagi dengan wujudnya jurang antara mereka yang berpendidikan dengan golongan yang kurang terdidik dan buta huruf yang sebahagian besarnya adalah daripada kasta mereka yang rendah.
Semua masalah ini menimbulkan kesengsaraan hidup dan mendorong mereka berhijrah ke negara lain untuk memulakan kehidupan baru.
Faktor Penarik
Perkembangan pesat perusahaan getah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20 telah meningkatkan keperluan tenaga buruh yang semakin mendesak kerana penduduk tempatan enggan bekerja di ladang getah.
Oleh itu, oranh India dibawa masuk untuk bekerja sebagai buruh di ladang getah.
Permintaan terhadap tenaga buruh semakin meningkat kesan tercetusnya Revolusi Pertanian di Eropah.
Kuasa Eropah yang inginkan bahan mentah mula menjajah di beberapa kawasan tropika yang sesetengahnya tidak dapat membekalkan tenaga buruh.
Keadaan diburukkan lagi dengan penghapusan amalan menggunakan hamba abdi di tanah jajahan British.
Peladang-peladang Eropah yang kehilangan sumber tenaga buruh meminta British mengadakan peraturan baharu untuk mendapat bekalan tenaga buruh yang tetap dari India.
British di Tanah Melayu mengalakkan kemasukan buruh asing dari India kerana mereka sanggup bekerja walaupun dibayar gaji yang sedikit.
Selain ladang getah, mereka juga diambil bekerja untuk membina jalan raya dan landasan kereta api.
Orang Tamil daripada India Selatan yang berpendidikan Inggeris pula diambil untuk menjadi kerani dalam perkhidmatan kerajaan atau bertugas di ladang.
Orang Punjabi keturunan Sikh dibawa masuk untu menjadi polis dan tentera.
Cara Kemasukan Melalui Sistem Buruh Kontrak
Pada peringkat awal, kemasukan orang India di Tanah Melayu dikendalikan melalui Sistem Buruh Kontrak yang mula diperkenalkan pada tahun 1820.
Buruh dikehendaki mengikat kontrak dengan majikan yang membiayai tambang perjalanan mereka ke Tanah Melayu.
Mereka diwajibkan bekerja dengan majikan untuk tempoh yang tertentu, biasanya lima tahun.
Namun sistem ini tidak lama digunakan kerana didapati bersifat menindas.
Buruh-buruh yang dibawa masuk diberi layanan buruk dan dipaksa bekerja keras di ladang-ladang.
Mereka dibayar upah yang rendah sehingga ada yang jatuh sakit dan tidak mendapat gaji.
Pada tahun 1868, sistem ini dihentikan dan digantikan dengan satu sistem lain iaitu Sistem Kangani.
Cara Kemasukan Melalui Sistem Buruh Kangani
Kangani bermaksud mandur dalam bahasa Tamil.
Majikan yang ingin memperoleh buruh dari India dikehendaki menghantar pulang seorang kangani (mandur) ke kampung halamannya untuk mendapatkan pekerja.
Kangani itu bertanggungjawab membiayai tambang dan lain-lain perbelanjaan sehingga mereka tiba di ladang majikan masing-masing.
Buruh-buruh ini diambil bekerja di bawah jagaan kangani berkenaan.
Sistem ini berjaya membawa masuk lebih ramai tenaga buruh dari India dan kebanyakannya datang secara berkeluarga.
Cara ini memudahkan mereka menyesuaikan diri dengan suasana dan tempat kerja yang baharu.
Buruh-buruh ini dikendalikan oleh kangani yang dikenali dan dilayan dengan baik.
Walaubagaimanapun, Sistem Kangani juga mempunyai kelemahan. - Sistem kangani dibayar mengikut jumlah buruh yang diambil dan ini mendorong mereka untuk mengambil seberapa ramai buruh yang ada.