Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
MASYARAKAT INDIA DI TANAH MELAYU - Coggle Diagram
MASYARAKAT INDIA DI TANAH MELAYU
Faktor Penolak
Pertambahan penduduk di India
India menghadapi masalah pertambahan penduduk yang pesat, iaitu daripada 130 juta pada tahun 1845 meningkat kepada 390 juta pada tahun 1941.
Pertambahan pesat penduduk ini menimbulkan pelbagai masalah terutamanya kepada masyarakat tani.
Tanah yang boleh diusahakan untuk kegiatan pertanian semakin kurang.
Kesannya,sumber makanan untuk keperluan hidup seharian semakin kurang kerana orang yang menggunakannya semakin bertambah.
Kesengsaraan ekonomi.
Petani yang memiliki tanah pula mula kehilangan tanah kerana terpaksa menjual atau menggadaikannya untuk membayar cukai atau hutang.
petani yang tidak memiliki tanah untuk diusahakan terpaksa memajak tanah daripada tuan tanah yang menyewakannya dengan kadar sewa yang tinggi.
Mereka juga terpaksa menanggung beban cukai yang tinggi, serta terikat dengan hutang daripada peminjam wang.
Kesusahan ini diburuktan lagi oleh bencana alam yang sering berlaku seperti banjir, kemarau, kebuluran dan merebaknya wabak penyakit.
Batasan ekonomi mobiliti dan sosial
Mereka yang berasal daripada kasta rendah tidak berpeluang meningkat ke taraf yang lebih tinggi.
Mereka sentiasa
dipandang hina dan tidak dapat menikmati hak yang sama seperti orang yang berasal daripada kasta tinggi.
Sekatan dalam sistem sosial ini diburukkan lagi dengan wujudnya jurang antara mereka yang berpendidikan dengan golongan yang kurang terdidik atau buta huruf yang sebahagian besarnya berasal daripada kasta yang rendah.
Faktor Penarik
Kestabilan politik dan ekonomi di Tanah Melayu.
Perkembangan pesat perusahaan getah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20 telah meningkatkan keperluan tenaga buruh.
Keperluan ini semakin mendesak kerana penduduk tempatan enggan bekerja di ladang getah menyebabkan orang india bekerja sebagai buruh di ladang getah.
Permintaan terhadap tenaga buruh semakin tinggi kesan tercetusnya Revolusi Perindustrian di Eropah.
Kuasa-kuasa Eropah yang inginkan bekalan bahan mentah mula menjajah di beberapa buah kawasan tropika. sesetengah kawasan ini tidak dapat membekalkan tenaga buruh.
Keadaan ini diburukkan lagi akibat penghapusan amalan menggunakan hamba abdi di tanah jajahan British.
Peladang-peladang Eropah yang kehilangan sumber tenaga buruh meminta British mengadakan peraturan baharu untuk mendapat bekalan tenaga buruh yang tetap dari India.
Galakan kerajaan British
British di tanah Melayu menggalakkan kemasukan buruh dari India kerana mereka sanggup bekerja walaupun dibayar gaji yang rendah.
Selain ladang getah, mereka juga diambil bekerja
untuk membina jalan raya dan landasan kereti api.
6 orang Punjabi keturunan sikh dibawa masuk untuk menjadi tentera dan polis.
Orang Tamil dari India Selatan yang berpendidikan Inggeris pula diambil untuk menjadi kerani dalam perkhidmatan kerajaan atau bertugas di ladang.
Cara kemasukan
Sistem Buruh Kontrak
Buruh dikehendaki mengikat kontrak dengan majikan yang membiayai tambang perjalanan mereka ke Tanah Melayu.
Mereka diwajibkan bekerja dengan majikan untuk tempoh yang tertentu, biasanya lima tahun.
Namun sistem ini tidak lama digunakan kerana didapati bersifat menindas.
Buruh-buruh yang dibawa masuk diberi layanan buruk dan dipaksa bekerja keras di ladang-ladang.
Mereka dibayar upah yang rendah sehingga ada yang jatuh sakit dan tidak mendapat gaji.
Pada tahun 1868, sistem ini dihentikan dan digantikan dengan satu sistem lain iaitu Sistem Kangani.
Cara Kemasukan
Sistem Kangani
Majikan yang ingin memperoleh buruh dari India dikehendaki menghantar pulang seorang kangani (mandur) ke kampung halamannya untuk mendapatkan pekerja.
Kangani itu bertanggungjawab membiayai tambang dan lain-lain perbelanjaan sehingga mereka tiba di ladang majikan masing-masing. Buruh-buruh ini diambil bekerja di bawah jagaan kangani berkenaan.
Sistem ini berjaya membawa masuk lebih ramai tenaga buruh dari India dan kebanyakannya datang secara berkeluarga.
Cara ini memudahkan mereka menyesuaikan diri dengan suasana dan tempat kerja yang baharu. Buruh-buruh ini dikendalikan oleh kangani yang dikenali dan dilayan dengan baik.
Sistem Kangani juga mempunyai kelemahan iaitu dibayar mengikut jumlah buruh yang diambil dan ini mendorong mereka untuk mengambil seberapa ramai buruh yang ada.