Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Masyarakat India di Tanah Melayu - Coggle Diagram
Masyarakat India di Tanah Melayu
Pengenalan
Golongan ini datang dari Benggala dan Madras dan kebanyakannya bekerja sebagai peladang rempah dan bahan makanan di Pulau Pinang.
Melalui pembukaan Singapura pada tahun 1819 dan pengambilan Melaka pada tahun 1824, lebih ramai orang iIndia yang datang mencari peluang pekerjaan sebagai peladang, petani, kerani dan buruh.
Orang India datnag sebagai buruh kontrak pada awal abad ke-19 bekerja di ladang ubi kayu. teh, kopi dan tebu.
Sebab-sebab penghijrahan orang India
Kesengsaraan ekonomi
Penduduk India menghadapi kesempitan hidup di India kerana bancana alam seperti banjir dna kemarau yang telah mengancam kegiatan pertanian.
Masalah pengangguran, kebuluran, dan penyakit berleluasa di India.
Pertambahan penduduk di India
India menghadapi masalah pertambahan penduduk yang membawa kepada masalah kekurangan makanan.
Pengeluaran makanan tidak seimbang dnegan oertambahan penduduk.
Kerajaan british di india berpendapat masalah ini boleh diatasi dnegan menggalakkan penghijrahan penduduk India ke luar negara khasnya ke Tanah Melayu.
Kestabilan politik dan ekonomi Tanah Melayu
Pentadbiran British di Tanah Melayu menjamin kestabilan politik.
Keadaan ini mewujudkan suasana perkembangan ekonomi yang pesat terutamanya dalam perusahaan perlombongan perladangan getah.
Peluang pekerjaan yang disediakan itu telah menarik minat buruh India berhijrah ke Tanah Melayu.
Galakan kerajaaan british
Keperluan tenaga buruh dalam sektor pembinaan jalan raya dan landasan kereta api, sektor perladangan, dan sektor perkhidmatan awam kerajaan mendorong pihak British membawa masuk orang India ke Tanah Melayu.
Buruh India murah dan dalam jumlah yang banyak.
Cara-cara kemasukan buruh india
Sistem Kontrak
Sistem Kontrak telah diperkenalkan pada tahun 1820 dan diteruskan hingga tahun 1910.
Seorang ejen pengambilan burh india akan mengumpulkan buruh-buruh di india.
Mereka mendaftar diri akan menandatangani satu kontrak untuk berkhidmat di Tanah Melayu selama lima tahun.
Pada tahun 1876, tempoh perkhidmatan telah dikurangkan kepada tiga tahun. Mereka diberi tambang percuma oleh majikan.
Selepas lima tahun bekerja, mereka boleh meneruskan kontrak, pulang india ke india, atau bekerja dengan majikan lain.
Sistem Kangani
Sistem kangani diperkenalkan pada tahun 1890-an.
Seorang mandur atau kangani berbangsa India dari ladang di Tanah Melayu akan dihantar ke Inida untuk mendapatkan buruh-buruh dari kampungnya.
Tambang dan perbelanjaan untuk buruh yang dibawa ke ladang kangani itu bekerja akan dibayar oleh kangani tersebut bagi pihak majikan.
Sistem ini diharamkan pada tahun 1938 kerana wujudnya penyelewengan oleh kangani.