Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
MASYARAKAT INDONESIA DI TANAH MELAYU (FAKTOR) - Coggle Diagram
MASYARAKAT INDONESIA DI TANAH MELAYU (FAKTOR)
Kesengsaraan sosial dan ekonomi
penduduk Indonesia
Pertambahan penduduk Indonesia semakin meningkat di bawah pemerintahan British dan Belanda. Ini adalah disebabkan keadaan yang aman dan kadar kesihatan yang agak memuaskan. Namun pertambahan ini tidak diikuti oleh pertambahan yang seimbang dengan kawasan tanah yang boleh diusahakan.
pemerintahan Belanda, penduduk Indonesia dikerah, dipaksa, dan ditindas. Belanda hanya berminat mendapatkan bahan mentah semata-mata dan tidak menjaga kebajikan penduduk tempatan.
pelaksanaan Sistem Kultur, petani Jawa ditindas dan dipaksa menanam tanaman jualan yang diperkenalkan oleh Belanda.
Mereka dipaksa menanam tanaman kontan lebih daripada masa yang ditetapkan sehingga penanaman padi yang merupakan tanaman makanan utama diabaikan.
Akibatnya, lebih daripada 300 000 orang mati kebuluran di Cheribon pada tahun 1843 dan di Jawa Tengah antara tahun 1949-1950.
Keadaan semakin buruk apabila sistem cukai yang membebankan diperkenalkan. Antara cukai-cukai yang diperkenalkan
tanah
harta peribadi
buruh
perniagaan
tol
Sistem sosial dan sifat keperwiraan
komuniti minangkabau, sistem sosial mereka adalah berasaskan adat perpatih(kaum perempuan)
siifat suka mengembara, berniaga mendorong org Bugis menjelajah jauh dari negeri Asal
Kestabilan politik dan perkembangan pesat ekonomi Tanah Melayu
Perkembangan ekonomi yang pesat mendorong penduduk Indonesia berhijrah ke Tanah Melayu. Pada awal abad ke-19, penduduk Indonesia telah memainkan peranan penting dalam perlombongan bijih timah.
Penduduk Indonesia diperlukan untuk membuka kawasan penanaman getah.
Orang India tidak mempunyai kemahiran dalam pembukaan kawasan manakala orang Melayu tidak berminat dalam bidang perladangan.
Dengan ini, pengusaha ladang getah telah menggunakan orang Banjar terutamanya dalam kerja-kerja menebas dan menggali parit.
Undang-undang tanah
yang longgar
Penghijrahan penduduk Indonesia ke Tanah Melayu juga digalakkan oleh undang-undang tanah yang longgar.
Pada masa dahulu, tanah tidak mempunyai nilai dan boleh dibuka oleh sesiapa sahaja asalkan mendapat persetujuan daripada penghulu atau ketua komuniti.
Ramai orang Jawa berhijrah ke Johor akibat daripada dasar pembukaan tanah yang membolehkan mereka menerokai tanah baharu untuk dijadikan kawasan pertanian, ladang, dan kebun
Di samping itu, tiada cukai tanah yang dikenakan terhadap peneroka.