Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Penghijrahan buruh asing ke Sarawak - Coggle Diagram
Penghijrahan buruh asing ke Sarawak
Orang Cina
Orang Cina merupakan kelompok terbesar dalam kalangan masyarakat bukan bumiputera yangmeliputi 23.3% daripada jumlah penduduk Sarawak.
Kawasan petempatan mereka tertumpu di bandar-bandar besar. Orang Cina di Sarawak dibahagikan kepada beberapa suku kaum seperti Hikkien, Foochow, Hakka, Teochew, Kantonis danHenghua. Mereka bertutur dengan menggunakan bahasa Mandarin dan Hokkien
Sebelum kedatangan James Brooke pada tahun 1840, terdapat sejumlah kecil orang Cina yang telah menetap di Sarawak.
Mereka menjalankan beberapa kegiatan seperti bedagang, melombong emas dan bercucuk tanam.
Orang Cina semakin ramai berhijrah ke Sarawak menjelang akhir abad ke-19, iaitu semasa pemerintahan Charles Brooke.
Kebanyakan mereka berasal dari China Selatan iaitu dari wilayah Canton, Fukien dan Kwangtung
Mereka tidak datang secara langsung dari China, tetapi melalui kawasan Sambas-Pontianak.
Kongsi Cina daripada suku Hakka telah melombong emas di kawasan itu sejak tahun 1760-an.
Apabila Belanda menguasai Pantai Barat Kalimantan pada tahun 1823 dan longgokan emas semakin berkurangan pada tahun 1830-an, pemombong Cina mula berpindah ke tempat lain.
Pada tahun 1841, pelombong Cina dari Sambas mula berpindah ke kawasan Bau di Hulu Sungai Sarawak.
Sebelum kemasukan mereka secara besar-besaran, sebilangan kecil orang Cina telah melombong emas di Bau.
Sehingga akhir tahun 1840-an hampir semua orang Cina di Sarawak daripada suku kaum Hakka. Pedagang Cina daripada suku kaum Hokkien menetap di Kuching mulai tahun 1840-an
Orang India
Orang India meliputi 0.3% daripada pnduduk Sarawak merupakan kelompok terkecil dalam kalangan masyarakat bumiputera Sarawak
Mereka terdiri daripada orang Sikh dan Punjabi Muslim yang dibawa masuk oleh JamesBrooke untuk bekerja sebagai polis di Sarawak.
Setelah Sarawak mencapai kemerdekaan menerusi Malaysia, keturunan mereka terus menetap di Sarawak sehingga kini
Orang India berketurunan muslim datang ke Sarawak sebagai peniaga kain dan pedagang.
Namun tidak ramai orang India yang bekerja sebagai buruh kerana dari segi geografi kedudukan Sarawak agak jauh dari benua India