Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENGHIJRAHAN BURUH ASING DARI INDIA - Coggle Diagram
PENGHIJRAHAN BURUH ASING DARI INDIA
Cara Kemasukan
Sistem kontrak
sistem Buruh Kontrak yang mula diperkenalkan pada tahun l820
buruh dikehendaki mengikat kontrak dengan majikan yang membiayai tambang perjalanan mereka ke Tanah Melayu
Mereka diwajibkan bekerja dengan majikan untuk satu tempoh tertentu, biasanya selama lima tahun.
Mereka diwajibkan bekerja dengan majikan untuk satu tempoh tertentu, biasanya selama lima tahun.
Buruh-buruh yang dibawa masuk itu diberi layanan yang buruk dan dipaksa bekerja keras di ladang-ladang.
Mereka dibayar upah yang murah sehingga ada yang Jatuh sakit dan tidak dibayar gaji. pada tahun 1868, sistem ini dihentikan dan digantikan dengan satu sistem lain yang dinamakan sistem Kangani.
Sistem Kangani
Perkataan 'kangani' dalam bahasa Timil bermaksud mandur.
majikan yang ingin memperoleh buruh dari India dikehendaki menghantar pulang seorang kangani (mandur) ke kampung halamannya untuk mendapatkan pekerja
kan pekerja. Kangani bertanggungjawab membiayai tambang dan lain-lain perbelanjaan sehingga mereka tiba di ladang majikan masing-masing.
Buruh-buruh itu diambil bekerja di bawah jagaan kangani berkenaan.
Sistem Kangani berjaya membawa masuk lebih ramai tenaga buruh dari India dan kebanyakannya datang secara berkeluarga
Cara ini memudahkan mereka menyesuaikan diri dengan suasana dan tempat kerja yang baharu.
Buruh-buruh ini dikendalikan oleh kangani yang dikenali dan dilayan dengan baik.
Faktor-Faktor
Faktor Penolakan
Pertambahan Penduduk
Selepas pertengahan abad ke-19, India
menghadapi masalah pertambahan penduduk
yang pesat
daripada 130 juta pada tahun 1845 meningkat
kepada 390 juta pada tahun 1941
menimbulkan pelbagai masalah terutamanya kepada masyarakat tani
Tanah yang boleh diusahakan untuk kegiatan pertanian semakin kurang
Ini bermaknasumber makanan untuk keperluan hidup seharian semakin kurang kerana orang yang menggunakannya
semakin bertambah.
Kesengsaraan Ekonomi
Petani yang memiliki tanah pula mula kehilangan tanah kerana terpaksa menjual atau menggadaikannya untuk membayar cukai atau hutang.
Manakala petani yang tidak memiliki tanah untuk diusahakan terpaksa memajak tanah daripada tuan tanah yang menyewakannya dengan kadar sewa yang tinggi.
Semua ini menjadikan kehidupan petani semakin susah. Mereka juga terpaksa menanggung beban cukai yang tinggi, serta terikat dengan hutang daripada peminjam wang.
bencana alam
banjir
kemarau
wabak penyakit
Sistem sosial di India juga membataskan mobiliti ekonomi dan sosial.
Mereka yang berasal daripada kasta rendah tidak berpeluang meningkat ke taraf yang lebih tinggi. Mereka sentiasa
dipandang hina dan tidak dapat menikmati hak yang sama seperti orang yang berasal daripada kasta tinggi.
wujudnya jurang antara mereka yang berpendidikan dengan golongan yang kurang terdidik atau buta huruf yang sebahagian besarnya berasal daripada kasta yang rendah.
Faktor Penarikan
Kestabilan politik dan ekonomi
di Tanah Melayu.
Perkembangan pesat perusahaan getah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20 telah meningkatkan keperluan tenaga buruh.
Keperluan ini semakin mendesak kerana penduduk tempatan enggan bekerja di ladang getah.
Oleh itu, orang India dibawa masuk untuk bekerja sebagai buruh di ladang getah.
Permintaan terhadap tenaga buruh semakin tinggi kesan tercetusnya Revolusi Perindustrian di Eropah.
Kuasa-kuasa Eropah yang inginkan bekalan bahan mentah mula menjajah di beberapa buah kawasan tropika. sesetengah kawasan ini tidak dapat membekalkan tenaga buruh.
Oleh itu, tenaga buruh terpaksa dibawa masuk dari luar. Keadaan ini diburukkan lagi akibat penghapusan amalan menggunakan hamba abdi di tanah jajahan British.
Peladang-peladang Eropah yang kehilangan sumber tenaga buruh meminta British mengadakan peraturan baharu untuk mendapat bekalan tenaga buruh yang tetap dari India.
Galakan kerajaan British
British di tanah Melayu menggalakkan kemasukan buruh dari India kerana mereka sanggup bekerja walaupun dibayar gaji yang rendah
Selain ladang getah, mereka juga diambil bekerja
untuk membina jalan raya dan landasan kereti api.
6 orang Punjabi keturunan sikh dibawa masuk untuk menjadi tentera dan polis.
Orang Tamil dari India Selatan yang berpendidikan Inggeris pula diambil untuk menjadi kerani dalam perkhidmatan kerajaan atau bertugas di ladang.