Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kemasukan buruh asing dari India - Coggle Diagram
Kemasukan buruh asing dari India
Faktor kemasukan
Faktor Penolak
Kesengsaraan ekonomi.
Petani yang memiliki tanah pula mula kehilangan tanah kerana terpaksa menjual ataumenggadaikannya untuk membayar cukai atau hutang.
Manakala petani yang tidak memilikitanah untuk diusahakan terpaksa memajak tanah daripada tuan tanah yang menyewakannyadengan kadar sewa yang tinggi.
Semua ini menjadikan kehidupan petani semakin susah. Mereka juga terpaksa menanggung beban cukai yang tinggi, serta terikat dengan hutang daripada peminjam wang
Kesusahan ini diburuktan lagi oleh bencana alam yang sering berlaku seperti bunjir, kemarau,kebuluran dan merebaknya wabak penyakit.
Misalnya pada tahun 1840-an, Dataran TinggiDeccan dan India Selatan mengalami bencana alam seperti kemarau yang merosakkan tanamandan mengakibatkan masalah kebuluran yang berpanjangan
Sistem sosial di India juga membataskan mobiliti ekonomi dan sosial.
Mereka yang berasaldaripada kasta rendah tidak berpeluang meningkat ke taraf yang lebih tinggi.
Mereka sentiasadipandang hina dan tidak dapat menikmati hak yang sama seperti orang yang berasal daripadakasta tinggi.
Sekatan dalam sistem sosial ini diburukkan lagi dengan wujudnya jurang antaramereka yang berpendidikan dengan golongan yang kurang terdidik atau buta huruf yangsebahagian besarnya berasal daripada kasta yang rendah.
Pertambahan penduduk di India
Selepas pertengahan abad ke-19, India menghadapi masalah pertambahan penduduk yang pesat,iaitu daripada 130 juta pada tahun 1845 meningkat kepada 390 juta pada tahun1941.
Pertambahan pesat penduduk ini menimbulkan pelbagai masalah terutamanya kepadamasyarakat tani.
Tanah yang boleh diusahakan untuk kegiatan pertanian semakin kurang.
Ini bermakna sumber makanan untuk keperluan hidup seharian semakin kurang kerana orang yangmenggunakannya semakin bertambah
Faktor Penarik
Kestabilan politik dan ekonomi di Tanah Melayu
Perkembangan pesat perusahaan getah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20 telahmeningkatkan keperluan tenaga buruh.
Keperluan ini semakin mendesak kerana penduduktempatan enggan bekerja di ladang getah.
Oleh itu, orang India dibawa masuk untuk bekerjasebagai buruh di ladang getah.
Permintaan terhadap tenaga buruh semakin tinggi kesantercetusnya Revolusi Perindustrian di Eropah.
Kuasa-kuasa Eropah yang inginkan bekalan bahanmentah mula menjajah di beberapa buah kawasan tropika.
sesetengah kawasan ini tidak dapatmembekalkan tenaga buruh
Keadaan ini diburukkan lagi akibat penghapusan amalan menggunakan hamba abdi di tanah jajahan British.
Peladang-peladangEropah yang kehilangan sumber tenaga buruh meminta British mengadakan peraturan baharuuntuk mendapat bekalan tenaga buruh yang tetap dari India.
Galakan kerajaan British
British di ranah Melayu menggalakkan kemasukan buruh dari India kerana mereka sanggup bekerja walaupun dibayar gaji yang rendah.
Selain ladang getah, mereka juga diambil bekerjauntuk membina jalan raya dan landasan kereti api.
6 orang Punjabi keturunan sikh dibawa masukuntuk menjadi tentera dan polis.
Orang Tamil dari India Selatan yang berpendidikan Inggeris pula diambil untuk menjadi kerani dalam perkhidmatan kerajaan atau bertugas di ladang
Cara kemasukan
Sistem kontrak
Pada peringkat awal, kemasukan orang India ke Tanah Melayu dikendalikan melalui satu sistemyang dikenali sebagai sistem Buruh Kontrak yang mula diperkenalkan pada tahun l820.
Di bawah sistem ini, buruh dikehendaki mengikat kontrak dengan majikan yang membiayaitambang perjalanan mereka ke Tanah Melayu.
Mereka diwajibkan bekerja dengan majikan untuksatu tempoh tertentu, biasanya selama lima tahun
Sistem Buruh Kontrak tidak kekal lama keranadidapati lebih bersifat menindas.
Buruh-buruh yang dibawa masuk itu diberi layanan yang burukdan dipaksa bekerja keras di ladang-ladang.
Mereka dibayar upah yang murah sehingga ada yangJatuh sakit dan tidak dibayar gaji.
pada tahun 1868, sistem ini dihentikan dan digantikan dengansatu sistem lain yang dinamakan sistem Kangani
Sistem Kangani.
Perkataan 'kangani' dalam bahasa Timil bermaksud mandur.
Melalui sistem ini, majikan yangingin memperoleh buruh dari India dikehendaki menghantar pulang seorang kangani (mandur)ke kampung halamannya untuk mendapatkan pekerja.
Kangani bertanggungjawab membiayaitambang dan lain-lain perbelanjaan sehingga mereka tiba di ladang majikan masing-masing.
Buruh-buruh itu diambil bekerja di bawah jagaan kangani berkenaan
Sistem Kangani berjaya membawa masuk lebih ramai tenaga buruh dari India dankebanyakannya datang secara berkeluarga.
Cara ini memudahkan mereka menyesuaikan diridengan suasana dan tempat kerja yang baharu
Buruh-buruh ini dikendalikan oleh kangani yangdikenali dan dilayan dengan baik