Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
MASYARAKAT CHINA DI TANAH MELAYU - Coggle Diagram
MASYARAKAT CHINA DI TANAH MELAYU
Faktor penolak
Ketidakstabilan politik
China diperintah oleh dinasti Manchu
Orang Manchu bukan orang Cina yang sebenar.tetapi mereka pemerintah asing yang berjaya menakluki dan memerintah China
Pemberontakan dan kekacauan sering berlaku akibat perasaan tidak puas hati rakyat seperti Pemberontakan Thiping (1850-1964) dan Pemberontakan Boxer (1899-1900).
Setiap kali pemberontakan dan kekacauan tercetus, ribuan nyawa yang menjadi korban.
Walaupun semua pemberontakan itu dapat ditumpaskan, tetapi keadaan politik dalam negeri sentiasa tidak stabil dan rakyat hidup dalam ketakutan.
Keadaan ini mendorong rakyat biasa untuk berpindah ke tempat lain yang lebih selamat.
Kesengsaraan ekonomi dan sosial kaum tani
pertambahan penduduk yang pesat menyebabkan keluasan tanah untuk kegiatan pertanian semakin terhad.
Keluaran pertanian yang dapat dihasilkan untuk keperluan makanan semakin berkurangan sehingga menimbulkan masalah kebuluran.
Masalah kekurangan makanan diburukkan lagi oleh bencana alam seperti banjir, kemarau dan gempa bumi yang sering melanda China.
Bencana alam ini telah meragut banyak nyawa dan memusnahkan harta benda serta mengakibatkan sebahagian besar keluaran pertanian musnah.
Kesannya, taraf hidup kaum tani semakin merosot dan hal ini memaksa mereka untuk berhijrah ke negara lain bagi memulakan kehidupan baharu
Faktor penarik
Perkembangan ekonomi di Tanah Melayu.
Ekonomi Tanah Melayu sedang berkembang pesat ekoran pelaburan modal British dalam perusahaan bijih timah dan getah.
Saudagar Cina juga sudah lama bertapak di Negeri-negeri Selat dan mereka berminat untuk melabur dalam perusahaan bijih timah dan getah.
Kehadiran pemodal asing dalam perusahaan bijih timah menjadi daya tarikan kepada penghijrahan beramai-ramai buruh asing Cina ke Tanah Melayu
Akibat perkembangan Revolusi Perindustrian di Britain, permintaan terhadap bijih timah semakin bertambah menyebabkan lebih banyak lombong baharu dibuka dan semakin ramai tenaga buruh diperlukan.
Kemasukan buruh asing Cina lebih tertumpu di kawasan yang mengusahakan kegiatan melombong bijih timah
Negeri-negeri Selat menjadi pangkalan utama kemasukan penghijrah Cina ke negeri-negeri Melayu kerana mereka bekerja di ladang gambir, lada hitam dan tebu.
Kestabilan politik di Tanah Melayu.
Dasar pentadbiran British
British berjaya menamatkan persengketaan antara kongsi gelap, perebutan takhta dan perang saudara seperti di Perak, Selangor dan Sungai Ujong.
Perkembangan ini dapat menyakinkan kaum Cina bahawa kestabilan politik di negeri-negeri Melayu telah dipulihkan sehingga membawa kepada bertambahnya bilangan buruh asing Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu.
Pada mulanya, lebih 90 peratus daripada orang Cina yang berhijrah ke Negeri-negeri Selat terdiri daripada lelaki kerana kerajaan china tidak membenarkan kaum wanita berhijrah ke luar negara.
Akibatnya, ramai lelaki Cina yang berhijrah ke Negeri-negeri Selat mengahwini wanita tempatan dan anak cucu mereka yang dilahirkan terus menetap di sini dan mereka dikenali sebagai 'orang Cina Selat'.
orang cina Selat memutuskan hubungan mereka dengan China dan menganggap diri mereka sebagai sebahagian daripada rakyat di Tanah Melayu'
Mereka boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan ada yang terlibat dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.
Cara Kemasukan
1.Melalui ejen atau sistem tiket kredit
Orang cina datang melalui seorang ejen yang dikenali sebagai Kheh-thau.
Ejen ini akan membayar tambang pelayaran mereka dan mengikat mereka dengtan satu perjanjian untuk bekerja dengan mereka pada satu tempoh masa sehingga hutang tambang pelayaran mereka dijelaskan.
Apabila sampai ke destinasi, buruh-buruh cina ini akan dijual pada majikan seperti pengusaha lombong atau ladang dengan harga $10 seorang (Sin Kekh)
Mereka dikehendaki berkhidmat dengan majikan sehingga hutang tambang mereka selesai dibayar. Selesai menjelaskan hutang tersebut, mereka bebas berkhidmat dengan sesiapa yang mereka suka. (Lau Kekh)
2.Sistem pengambilan kakitangan
majikan di tanah melayu telah menghantar pegawainya sendiri ke negara china untuk mendapatkan buruh.
Majikan akan menyediakan segala keperluaan seperti tambangkepada bakal buruhnya.
egawai yang Berjaya mendapatkan buruh akan menguruskan buruh tersebut sehingga sampai ke tempat majikan atau ke tempat kerja.
Cara Kemasukan
3.Sistem pengambilan rumah kongsi
pegawai di negara china yang di lantik oleh sebuah rumah kongsi di tanah melayu akan menguruskan kemasukan buruh ke tanah melayu.
Pegawai yang mengendalikan buruh akan menyediakan segala keperluan buruh termasuk tambang dan perbelanjaan.
Setelah menyerahkan buruh tersebut kepada rumah kongsi, mereka di bayar wang dalam kadar yang telah di tetapkan oleh rumah kongsi.
4.Melalui tajaan oleh Charles Brooke
Di Sarawak, kemasukan orang cina berketurunan Foochow dilakukan secara berkumpulan kerana wujud persetujuan antara ketua Foochow di sibu, iaitu Wong Nai Siong dengan Charles Brooke.
melalui syarikatnya yang beribu pejabat di Singapura.