Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENGHIJRAHAN BURUH ASING DARI CHINA - Coggle Diagram
PENGHIJRAHAN BURUH ASING DARI CHINA
Cara Kemasukan
Melalui ejen atau sistem tiket kredit
Orang Cina datang melalui seorang ejen yang dikenali sebagai Kheh-thau.
Ejen ini akan membayar tambang pelayaran mereka dan mengikat mereka dengan satu perjanjian untuk bekerja dengan mereka pada satu tempoh masa sehingga hutang tambang pelayaran mereka dijelaskan.
Apabila sampai ke destinasi, buruh-buruh Cina ini akan dijual pada majikan seperti pengusaha lombong atau ladang dengan harga $10 seorang.
Mereka dikenali sebagai Sin Kheh. Mereka dikehendaki berkhidmat dengan majikan sehingga hutang tambang mereka selesai dibayar.
Selepas menjelaskan hutang tersebut, mereka yang kini dikenali sebagai Lau Khek bebas berkhidmat dengan sesiapa yang mereka suka.
Pada bulan Mac 1872, jawatan Pegawai Pelindung Buruh dari China telah diwujudkan di Tanah Melayu bagi mengawasi kemasukan buruh dan imigran dari China.
Sistem pengambilan kakitangan
Dalam sistem ini, pegawai di Negara China yang dilantik oleh sebuah rumah kongsi di Tanah Melayu akan menguruskan kemasukan buruh ke Tanah Melayu.
Pegawai yang mengendalikan buruh akan menyediakan segala
keperluan buruh termasuk tambang dan perbelanjaan.
Setelah menyerahkan buruh tersebut kepada rumah kongsi, mereka dibayar wang dalam kadar yang telah ditetapkan oleh rumah kongsi.
Faktor-Faktor
Faktor Penolak
Kesengsaraan ekonomi
dan sosial kaum tani
China mengalami pertambahan penduduk yang pesat.
menjadikan keluasan tanah yang boleh diusahakan untuk kegiatan pertanian semakin terhad.
Keluaran pertanian yang dapat dihasilkan untuk keperluan makanan semakin berkurangan sehingga menimbulkan masalah kebuluran.
Masalah kekurangan makanan diburukkan lagi oleh bencana alam seperti banjir, kemarau dan gempa bumi yang sering melanda China
masalah sosial dan ekonomi yang melanda, taraf hidup kaum tani semakin merosot dan hal ini memaksa mereka untuk berhijrah ke negara lain bagi memulakan kehidupan baharu.
Ketidakstabilan politik di
Negara China.
China diperintah oleh dinasti Manchu dari tahun 1644-l9ll. Orang Manchu bukan orang Cina yang sebenar.
Mereka pemerintah asing yang berjaya menakluki dan memerintah China Semasa pemerintahan dinasti Manchu, pemberontakan dan kekacauan sering berlaku akibat perasaan tidak puas hati rakyat seperti Pemberontakan Thiping (1850-1964) dan Pemberontakan Boxer (1899-1900).
ribuan nyawa yang menjadi korban.Walaupun semua pemberontakan itu dapat ditumpaskan, tetapi keadaan politik dalam negeri sentiasa tidak stabil dan rakyat hidup dalam ketakutan.
Keadaan ini mendorong rakyat biasa untuk berpindah ke tempat lain yang lebih selamat.
Faktor Penarik
Perkembangan ekonomi di
Tanah Melayu
ekonomi Tanah Melayu sedang berkembang pesat ekoran pelaburan modal British dalam perusahaan bijih timah dan getah.
saudagar Cina juga sudah lama bertapak di Negeri-negeri Selat dan mereka berminat untuk melabur dalam perusahaan bijih timah dan getah.
Kehadiran pemodal asing, terutamanya dalam perusahaan bijih timah merupakan antara faktor penting yang menjadi daya tarikan kepada penghijrahan beramai-ramai buruh asing Cina ke Tanah Melayu
Akibat perkembangan Revolusi Perindustrian di Britain, permintaan terhadap bijih timah semakin bertambah. Ini menyebabkan lebih banyak lombong baharu dibuka dan semakin ramai tenaga buruh diperlukan.
Kemasukan buruh asing Cina lebih tertumpu di kawasan yang mengusahakan kegiatan melombong bijih timah seperti Kuala Lumpur, Thiping, Ipoh, Kampar dan Lukut.
Negeri-negeri Selat menjadi pangkalan utama kemasukan penghijrah Cina ke negeri-negeri Melayu.
Mereka bekerja dalam sektor perniagaan atau perladangan seperti di ladang gambir, lada hitam dan tebu.
Kestabilan politik
di Tanah Melayu
Dasar pentadbiran British di Tanah Melayu turut menggalakkan kemasukan buruh asing Cina.
Selepas campur tangan di negeri-negeri Melayu, British berjaya menamatkan persengketaan antara kongsi gelap, perebutan takhta dan perang saudara seperti di Perak, Selangor dan Sungai Ujong.
Perkembangan ini dapat menyakinkan kaum Cina bahawa kestabilan politik di negeri-negeri Melayu telah dipulihkan. Ini membawa kepada bertambahnya bilangan buruh asing Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu.
Pada mulanya, lebih 90 peratus daripada orang Cina yang berhijrah ke Negeri-negeri Selat terdiri daripada lelaki.
kerajaan china tidak membenarkan kaum wanita berhijrah ke luar negara.Akibatnya, ramai lelaki Cina yang berhijrah ke Negeri-negeri Selat mengahwini wanita tempatan
Anak cucu mereka yang dilahirkan terus menetap di sini dan mereka dikenali sebagai 'orang Cina Selat'.T
orang cina Selat memutuskan hubungan mereka dengan China dan menganggap diri mereka sebagai sebahagian daripada rakyat di Tanah Melayu' Mereka boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan ada yang terlibat dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.