Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kepentingan Amalan Menabung - Coggle Diagram
Kepentingan Amalan Menabung
Pendahuluan
Sehubungan dengan itu, amalan menabung perlu dipupuk sejak kecil : melentur buluh biarlah dari rebungnya
hal ini demikian kerana, menabung memberi banyak faedah iaitu kita dapat mencapai matlamat bebas kewangan
menabung ialah cara paling efektif untuk memastikan masa depan yang sejahtera.
Youtube
amalan ini haruslah diamalkan kerana rakyat Malaysia semakin terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi.
persoalannya, apakah manfaat amalan menabung kepada masyarakat?
menabung dapat memberi manfaat untuk hari tua
Hal ini demikian kerana, kita dapat menikmati kehidupan yang lebih gembira dan selesa pada usia tua tanpa memikirkan beban kewangan lagi
Sebagai contoh, bagi umat Islam, wang yang ditabung boleh digunakan untuk menunaikan haji dan umrah pada masa hadapan
sikap yang rajin menabung semasa masih muda, bertenaga, dan sihat akan menyenangkan kita pada hari tua kelak
bak kata pepatah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
Tuntasnya, menabung dapat memberikan manfaat dan memastikan masa depan yang lebih sejahtera pada hari tua nanti.
Kegunaan pada waktu kecemasan
Dapat mengelakkan masalah perubatan atau komplikasi jika tidak mendapat rawatan dengan segera
Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa malang tidak berbau nasib buruk seseorang itu sukar dijangkakan oleh sesiapa.
Kita dapat menggunakan wang tabungan untuk membiayai kos perubatan ahli keluarga kita
Tuntasnya, wang tabungan penting untuk menghadapi hujan cabaran dalam kehidupan masyarakat
Tidak perlu bergantung pada orang lain jika kita berprinsip sediakan payung sebelum hujan
1.mendidik menjadi seorang yang berjimat cermat
membeli makanan, minuman dan mendapatkan hiburan yang sebenarnya tidak begitu penting
Amalan menabung dapat mendisiplinkan diri kita agar menyimpan wang sedikit demi sedikit di bank
Kebanyakan masyarakat bersikap boros pada musim gaji masuk ke dalam akaun bank
Ingatlah bahawa wang tabungan itu sedikit demi sedikit, lama-lama akan menjadi bukit juga
Penutup
Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia perlulah berfikiran positif untuk memastikan amalan menabung menjadi rutin
Peribahasa Melayu, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Kesimpulannya, amalan menabung adalah kunci kepada kebebasan kewangan dan kesejahteraan masa depan, jadi kita perlu mulakan sekarang dan rasailah manfaatnya.