Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
4.3 Pembiayaan dan Sumber Modal - Coggle Diagram
4.3 Pembiayaan dan Sumber Modal
Modal merupakan dana dan segala peralatan yang digunakan dalam proses pengeluaran atau dalam menjalankan aktiviti perniagaan seperti wang tunai, inventori, premis kilang,peralatan dan mesin.
Bentuk Modal
Modal Kewangan
Merupakan kekayaan dalam bentuk wang yang digunakan untuk menghasilkan lebih banyak kekayaan kewangan dalam perniagaan.
Merujuk kepada modal pelaburan berisiko yang digunakan untuk memulakan sesebuah perniagaan baharu.
Modal Teroka
: Dana yang disediakan oleh syarikat, badan professional atau individu kaya bertujaun melabur bersama-sama pemilik dalam projek atau perniagaan baharu dan yang sedang berkembang pesat dan berpotensi menghasilkan pulangan tinggi.
Modal Hutang
: Modal kewangan yang diperoleh melalui pinjaman daripada pihak luar organisasi. Modal hutang perlu dibayar balik beserta faedah atas pinjaman yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
Modal Ekuiti
: Sejumlah modal yang dikeluarkan oleh pemilik untuk dilaburkan dalam perniagaan. Pelabur akan menanggung segala risiko jika usaha teroka yang diusahakan gagal tetapi jika perniagaan mereka berjaya, maka keuntungan akan dinikmati pelabur.
Modal Bukan Kewangan
Modal selain daripada modal kewangan yang digunakan untuk membiayai operasi perniagaan. Boleh terdiri daripada aset atau modal insan.
Modal dalam bentuk aset terdiri daripada aset tetap dan aset semasa.
Aset tetap terdiri daripada bangunan, kenderaan, mesin manakala aset semasa terdiri daripada inventori atau bahan mentah yang terdapat dalam perniagaan.
Modal bukan kewangan dari segi modal insan meliputi latihan dan pendidikan, pengalaman, kemahiran, idea dan pengetahuan.
Sumber Modal
Tidak Formal
Simpanan sendiri
: modal sendiri diperoleh drpd simpanan atau tabungan sendiri atau menjual aset peribadinya utk membiayai perniagaan.
Pinjaman dari saudara mara atau rakan
❖Pinjaman ini tdk memerlukan pendokumentasian yg banyak & rumit.
❖Usahawan perlu membuat perjanjian scrbertulis berkaitan pinjaman yg dibuat utk mengelakkan sebarang perselisihan.
Pelabur persendirian
❖merupakan individu yg kaya-raya yg merupakan usahawan atau individu yg mempunyai pengalaman dlm perniagaan
❖mereka membiayai usaha teroka baharu yg kecil & berisiko. Sebagai pertukaran, mereka akan memiliki kepentingan ekuiti perniagaan.
Formal
Pinjaman bank
i. pinjaman jangka pendek
❖pinjaman yg mempunyai tempoh bayaran balik kurang drpd 1 tahun
❖pinjaman ini digunakan utk membiayai modal kerja
ii. pinjaman jangka panjang
❖pinjaman yg mempunyai tempoh bayaran balik melebihi 1 tahun
❖pinjaman ini digunakan utk membeli aset tetap perniagaan
iii. pinjaman bercagar
❖membuat pinjaman dgn mencagar aset yg dimiliki kpd bank
iv. pinjaman bertempoh
❖pinjaman wang bg suatu tempoh antara 5 hingga 10 tahun biasanya digunakan utk membiayai peralatan yg mempunyai jangka hayat yg bernilai dari segi ekonominya
v. pinjaman berjangka
❖dikenali sbg pinjaman tetap yg merupakan pinjaman jangka masa panjang yg diberikan bg tempoh tetap dgn kematangan melebihi 1 tahun
Bank akan mempertimbangkan faktor 5C sblm meluluskan sesuatu pinjaman
c. Modal : merujuk kpd jumlah modal yg dilaburkan dalam perniagaan atau usaha teroka oleh peminjam
d. Keadaan : merujuk kpd keadaan & suasana persekitaran
b. Kapasiti : keupayaan peminjam utk membayar balik pinjaman serta faedah yg dikenakan
e. Sandaran : jumlah sandaran atau cagaran bergantung kpd jumlah pinjaman yg dipohon
a. Karakter : sifat peribadi peminjam yg dpt menyakinkan pihak bank utk meluluskan pinjaman
Overdraf bank
: satu kemudahan jangka pendek yg disediakan oleh bank perdagangan dimana seseorg pelanggan bank yg mempunyai ak semasa dibenarkan mengeluarkan wang melebihi baki yg ada di dlm ak nya setakat had yg telah ditetapkan
Pinjaman daripada kerajaan
: pihak kerajaan menyediakan pelbagai kaedah utk mendapatkan modal yg dilaksanakan menerusi agensi tertentu utk membantu usahawan kecil
Antara agensi kerajaan yg menawarkan bantuan modal untuk usahawan :
❖Malaysian Venture Capital Management Berhad (MAVCAP)
❖Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV)
❖Agrobank
❖Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank)
❖Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah
❖Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional), Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia
Kredit pusingan
❖berbentuk jangka pendek, digunakan utk membiayai keperluan modal pusingan
❖diberikan utk 1 tempoh tertentu yg blh dipusing semula apabila tempoh itu matang
Kredit perdagangan drpd pembekal
❖bayaran tertangguh atas pembelian brg utk proses pengeluaran atau jualan yg diberikan oleh pembekal kpd usahawan
❖diberikan kpd usahawan yg mempunyai hubungan baik dgn pembekal biasanya dlm tempoh 30 hari
Pelabur
❖merupakan individu atau organisasi lain yg melaburkan wangnya ke dlm perniagaan usahawan
❖usahawan blh mendptkan modal scr formal melalui suntikan modal drpd pelabur-pelabur