Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN, Hoopes (1997) menjelaskan bahawa…
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
GLOBAL
➡️ Perkembangan teknologi pendidikan di peringkat global bermula apabila berakhirnya zaman pertanian dan zaman perindustrian iaitu selama beberapa kurun. Ini permulaan era alaf baru iaitu zaman ledakan maklumat
➡️ Pada 1920-an The British Broadcasting (BBC) mula menyiarkan program radio pendidikan di sekolah. Tahun 1924 penyiaran pertama bagi pembelajaran untuk orang dewasa dan dalam masa yang sama penyiaran untuk peringkat universiti dipertimbangkan.
➡️ Televisyen mula digunakan dalam pendidikan pada tahun 1960-an di beberapa buah sekolah dan digunakan secara meluas pada tahun 1970-an
➡️ Kerajaan British telah membangunkan Open University (OU) dengan menawarkan kursus-kursus pengajaran yang menerapkan penggunaan televisyen dan program radio
➡️ Perkembangan program radio (komunikasi lisan) dan televisyen (tayangan dokumentari, demonstrasi dan kajian kes) kepada pengenalan kaset audio dan video.
➡️ Pelaksanaan kuliah secara rakaman bermula pada tahun 1990-an kerana digital dan internet berkelajuan tinggi semakin kerap digunakan. Rakaman kuliah membolehkan murid-murid menonton rakaman kuliah pada bila-bila masa
➡️ Learning Management System diperkenalkan dengan disepadukan reka bentuk pendidikan asas
Teknologi komputer
Pembelajaran berasaskan komputer
🟠 Mesin pengajaran Skinner adalah pembelajaran berasaskan komputer yang pertama
🟠 Pembelajaran di mana menggunakan komputer dalam sesi pembelajaran kepada murid melalui ujian, memberi feedback segera kepada murid, menyediakan bahan atau kandungan pembelajaran
🟠 Sistem PLATO dibangunkan dan digunakan di universiti pada akhir 1970-an dengan menyediakan platform forum, perbincangan, perkongsian bahan, latihan dan permainan untuk tujuan pembelajaran
🟠 Proses AI bermula pada pertengahan 1980-an namun usaha tersebut gagal
Rangkaian komputer
🟢 World Wide Web (www) dilancarkan secara rasmi pada 1991 dan beberapa carian internet seperti Google, Yahoo! , Internet explorer dan seumpamanya mula dibangunkan sejak tahun 1993.
Persekitaran pembelajaran alam maya
🟣 Tahun 1995, sistem penguran pembelajaran (LMS) seperti WebCT dan Blacnboard dibangunkan dengan menyediakan persekitaran pengajaran dalam talian.
🟣 Kursus dalam talian sepenuhnya yang pertama muncul pada tahun 1995 sebagai platform untuk memuat naik bahan-bahan pembelajaran berbentuk teks atau grafik.
🟣 LMS sebagai kaedah utama pembelajaran dalam talian yang menggunakan kaedah kuliah rakaman berlaku sejak tahun 2008.
MALAYSIA
ZAMAN PRA & POS MERDEKA 1949 - 1971
➡️ Pengaruh teknologi pendidiikan bermula dengan penggunaan bahan visual seperti gambar, carta, peta dan bahan wujud.
➡️ Pengguanaan bahan batu dan bahan bercetak untuk pembelajaran
➡️ Wujudnya alat pandang dengar seperti projektor.
ZAMAN 1972 - 1979
➡️ Wujud pengaruh media komunikasi, Contohnya radio yang digunakan sebagai medium rancangan pendidikan secara langsung
➡️ Siaran TV pendidikan
➡️ Penubuhan unit Teknologi Pendidikan di Universiti Tempatan dan Maktab
ZAMAN 1980 - 1990
➡️ Perkembangan pengajaran berasaskan sumber & pendidikan komputer.
➡️ Penggunaan pembelajaran menggunakan teknologi komputer mengurangkan peranan guru
➡️ Pelaksanaan KBSR pada 1983 dan KBSM pada 1987 yang mengutamakan teknologi dalam kaedah pengajaran.
PERKEMBANGAN RANGKAIAN PUSAT SUMBER
➡️ Institusi pengajian tinggi dan IPG menyediakan kursus media pengajaran bagi guru terlatih dan bakal guru.
➡️Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyelaraskan penggunaan istilah 'Pusat Sumber Sekolah'
➡️ Rancangan membina Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD) mula pada tahun 1986 dan kemudian ditukarkan kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG) pada tahun 1990
➡️ Jawatankuasa Penyelarasan Rancangan Teknologi Pendidikan ditubuhkan pada 1983 dengan bertujuan menyelaraskan pelaksanaan rancangan berkaitan pusat sumber sekolah dan pusat sumber daerah.
🟠 Tahun 1987 & 1988 : Berlaku perkembangan teknologi pendidikan di Malaysia iaitu penubuhan Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (PTPM)
🟠 1 Januari 1988 : Pertukaran nama Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan (PSP) kepada Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) yang berperanan menyelaraskan semua aktiviti berkaitan teknologi pendidikan dari peringkat sekolah sehingga kementerian.
🟠 Falsafah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)
" Bahawa penggunaan pelbagai jenis media pendidikan secara terancang boleh mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah serta memberi peluang kepada setiap murid untuk menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan falsafah pendidikan kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu"
Hoopes (1997) menjelaskan bahawa Pendidikan Globel memiliki 3 tujuan yaitu
Pendidikan Global menyediakan pengalaman yang mengurangkan kedaerahan dan etnik. Matlamat ini boleh dicapai melalui bahan pengajaran dan menggunakan kaedah kepelbagaian budaya
*Pendidikan global menyediakan pelajar untuk masa depan dengan menyampaikan kemahiran analisis dan penilaian yang luas. Kemahiran ini akan melengkapkan pelajar untuk memahami dan bertindak balas terhadap isu antarabangsa dan antara budaya. Pendidikan global juga memperkenalkan pelajar dengan pelbagai strategii
Pendidikan Global menyediakan pengalaman yang menyediakan pelajar untuk terlibat dengan kepelbagaian global. Penggunaan matlamat ini adalah untuk membincangkan perbezaan budaya dan nilai etika, agama dan budaya negara. Pendidikan global menyediakan pengalaman tentang mengajar pelajar untuk berfikir tentang diri mereka sebagai individu, sebagai warga negara, dan sebagai ahli masyarakat dunia (global).
l
GLOBAL
TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN
EDUP2112 PDPP
(TUGASAN 1)
Rujukan :
https://opentextbc.ca/teachinginadigitalage/chapter/section-8-1-a-short-history-of-educational-technology/